Thursday, June 7, 2012

OMEGA 3 : APA YANG KITA TAK TAHU

Dalam posting sebelum ini Garam Jilat Bervitamin : Perlukah? Aku terlupa nak tambah beberapa perkara. Yang pertama vitamin ADEK yang fat soluble ni memerlukan kehadiran lemak tepu, baru boleh diserap ke dalam badan dengan cepat dan efisien. Yang kedua vitamin ADEK yang datang dalam bentuk bersama lemak tepu, oxidation rate dia sangat lambat, jadi kesegaran dn kualitinya lebih terjamin. Kalau dia datang sebagai serbuk, pil atau dalam bentuk selain daripada minyak (lemak tepu), maka aku ragui keberkesanan dan kualitinya.

Yang ketiga bagi monogastrik, sumber vitamin AEK yang terbaik adalah daripada organ dalaman binatang berdarah, terutamanya hati (liver). Hati adalah pusat stor simpanan nutrien terbesar dalam badan. Bukan sahaja iron, vitamin fat soluble, tetapi bermacam macam jenis lagi nutrien. Hati sememangnya makanan istimewa yang sangat dihargai nenek moyang kita. Kalau kita nak ambil suplemen vitamin yang organik, maka carilah yang diproses daripada hati (dalam bentuk minyak – tak kisahlah minyak hati ikan ke, minyak hati kambing lembu ke, minyak hati burung unta ke..)

Manakala sumber terbaik vitamin D adalah cahaya matahari. Percuma dan terbaik. Bila kulit terlebih serap vit D, dia akan hantar ke hati untuk disimpan. Kalau kita jarang keluar rumah, jarang kena cahaya matahari, jawabnya kita kena selalu makan belacan atau budu atau cencaluk. Pasalnya udang udang halus dan ikan bilis yang dijadikan ramuan belacan budu cencaluk ni adalah sangat kaya dengan vitamin vitamin. Kena pula diperam tak dimasak. Concentration vitamin dan enzim adalah sangat tinggi. Memang pandai lagi bijaksana nenek moyang kita. Terima kasih aku ucapkan kepada tok nenek kita kerana telah mewariskan cencaluk budu belacan kepada generasi aku.


Budu, cencaluk, dan belacan yang kaya dengan essential amino acids, vitamin, dan enzim dalam bentuk yang sangat mudah diserap badan kita. Makanan 'power booster', jauh lebih power daripada kopi power atau kopi tegak atau kopi jantan. One of the best antioxidants on planet Earth. 

Vitamin ADEK sangat penting dalam fisiologi mamalia kerana badan kita direka untuk menyimpan secara besar besaran stok ADEK ni, bagi kegunaan pelbagai proses dalam badan. Badan kita sanggup dan bersedia menyimpan vitamin ADEK di merata badan – kulit, lemak, hati, darah. Berbeza dengan vitamin B dan C yang segera dibuang bila berlebihan, hari hari. Tapi kalau vitamin ADEK berlebihan, badan tak buang, dia simpan. Bila ada kecemasan, dia gunakanlah stok yang ada, tahan berbulan bulan. Masalahnya manusia sekarang tak cukup makan vitamin ADEK ni, berbeza dengan nenek moyang kita. Kita punya reserve vit ADEK rendah sangat, berbanding nenek moyang kita dulu yang reservenya mungkin 10 kali ganda lebih tinggi dari kita.

Mungkin tahap vitamin ADEK dalam darah boleh dijadikan 'underlying explanation' betapa besarnya perbezaan tahap kesihatan nenek moyang kita berbanding kita zaman moden ni. Sama juga halnya dengan kambing kita. Mamalia ruminan. Tinggi tahap vit ADEK dalam darah, maka tinggilah taraf kesihatannya – cergas, lasak, subur, tinggi resistance dan resilience kepada parasit dan penyakit. Tapi kenalah dapatkan dari sumber yang betul, benar dan reliable. Bukan main membuta aje kita beli suplemen vitamin untuk kambing kita.

Ok, masuk ceritera aku hari ini. Peh jauh gila terbabas ni, sampai ke siam depan opis si isal hahaha, jenuh nak patah balik ke bidor nih.. kalau isal guna kereta syarikat bawak 170km per jam balik keratong, maka aku kena naik bugatti veyron ss bawak 340km per jam.

Inilah dia Bugatti veyron ss yang aku mesti bawak untuk mengatasi kelajuan isal yang menaiki kereta syarikat hehehe :) 16 silinder, 8000cc, 4 turbo, 10 radiator, top speed 430km/jam

Ok, kali ni aku nak cerita pasal omega 3, aku nak highlight beberapa perkara yang jarang diketahui umum. Kebenaran memang susah dicari, banyak kebenaran yang disorok dan disembunyikan. Hanya mereka yang 'persistent' dapat menyelongkar kepalsuan yang melilit kebenaran dan bila berjumpa kebenaran, ianya suatu yang mengejutkan, kerana kebenaran itu mudah (very simple).

Orait, omega 3 ni sejenis asid lemak (fatty acid). Semua makanan kita ada karbohidrat, protein dan lemak. Bahan asas karbohidrat adalah gabungan glukosa, bahan asas protein adalah gabungan asid amino, dan bahan asas lemak adalah gabungan asid lemak. Gabungan ni adalah campuran bahan bahan asas tadi pada pelbagai nisbah.

Asid lemak ni biasanya dikategorikan kepada 3 bahagian : asid lemak tepu (saturated fatty acids), asid lemak monotaktepu (monounsaturated fatty acids), dan asid lemak politaktepu (polyunsaturated fatty acids). Antara contoh polyunsaturated fatty acids ni ialah omega 6 dan omega 3. Omega 6 ada lagi beberapa jenis asid lemak politaktepu bawah dia, begitu juga omega 3.

Contoh makanan yang tinggi lemak tepu adalah daging merah, susu, hati, otak, telur, minyak kelapa, minyak sawit dan minyak daripada haiwan macam minyak sapi, mentega, keju.

Contoh makanan yang tinggi lemak monotaktepu biasanya minyak daripada buah dan kekacang macam minyak zaitun, minyak avocado, minyak jarak, minyak kacang tanah.

Contoh makanan yang tinggi lemak politaktepu macam biji flax, minyak jagung, minyak kacang soya, minyak bunga matahari, minyak rapeseed, minyak canola.

Pening pening. Ada ka sapa sapa yang berminat nak baca explanation aku ni? Betul ada ka?

Kita sambung. Yang dikatakan baik untuk kesihatan dan memulihkan kerosakan badan ialah apabila nisbah omega 3 kepada omega 6 lebih tinggi dalam makanan kita. Maknanya semua makanan ada lemak, ada asid lemak politaktepu, ada omega 6, ada omega 3. Cuma nisbah yang berbeza. Generally, lagi tinggi omega 3 berbanding omega 6 yang kita consume, lagi baiklah untuk kita.

Kata kunci ialah nisbah.

Makanan zaman nenek moyang kita yang segar, alami dan simple didapati mengandungi nisbah omega 3 : omega 6 yang jauh lebih tinggi berbanding makanan zaman kita yang highly processed. Dulu nisbah omega 3: omega6 mencapai 6:1 hingga 20:1 tapi zaman sekarang jadi 2:1, 1:1, 1:6, 1:20 malah ada yang langsung takdak omega 3. Lagi banyak proses, lagi tinggi omega 6, dan semakin rendah omega 3. Lagi tak alamiah penghasilan sesuatu sumber makanan, lagi rendah nisbah omega 3 : omega 6. Lagi banyak proses dan lagi tak alamiah adalah 2 perkara yang berbeza.

Penghasilan makanan yang lari dari tabie digabungkan pula dengan pemprosesan yang banyak mewujudkan makanan yang 'alien' dan merosakkan badan kita, sesuatu yang nenek moyang kita tak pernah jumpa dan consume zaman diorang, tetapi berleluasa pada zaman kita.

Ok, banyak research sekarang kata omega 3 ni bagus untuk kesihatan. Betul, aku tak menafikan. Banyak kajian terkini menyatakan yang nisbah omega 3 kepada omega 6 yang tinggi ada kebarangkalian tinggi menghindari kanser, diabetes, strok, sakit jantung dan bermacam macam lagi. Pendek kata, penemuan sangat hebat (great discovery) dalam dunia kesihatan. Lebih kurang macam Einstein dan teori relativitinya. Dan dalam masa yang sama membuka peluang keemasan kepada syarikat farmasi dan sekutu sekutunya. Berlumba lumba menghasilkan produk komersial yang kaya omega 3 dan sibuk mencanangkan kehebatan produk mereka ke seluruh dunia.

Masalahnya, diorang yang tamak ni mengambil kesempatan atas kita punya ignorance. Banyak produk dan kempen mereka yang misleading, bermuslihat, berniat jahat. Tapi kita tak perasan pasal mereka menggunakan pakar pakar nutrition atau dietician atau doktor yang berpihak kepada mereka. Its dirty business, greed driven without regard for the consequence.

Ok, berapa banyak daripada kita yang tahu omega 3 ni asid lemak politaktepu, yang mudah rosak (rancid) bila terdedah kepada haba walau pun sedikit (mudah rosak bila dimasak)?

Berapa banyak daripada kita yang tahu asid lemak tepu yang kita ditakut takutkan akan bahayanya adalah stabil pada suhu tinggi (tak mudah rosak bila dimasak)?

Berapa banyak daripada kita yang tahu omega 3 ni tak mudah rosak bila dimasak apabila datang bersama lemak tepu yang tinggi? Tak mudah oxidised bila wujud bersama sama lemak tepu?

Yaaa asid lemak politaktepu menghasilkan banyak free radicals (oxidation agents) – merosakkan sel, menjadi plak dalam salur darah, mengganggu fungsi organ dan hormon, yang merbahaya kepada badan apabila terdedah kepada suhu tinggi. Melainkan jika wujud lemak tepu (saturated fat) kerana ianya melindungi molekul omega 3 daripada suhu tinggi semasa dimasak.

Sebenarnya melalui autopsi yang dijalankan ke atas pesakit yang mati akibat sakit jantung dan strok, mendapati jenis lemak yang menyumbat saluran darah ni kebanyakannya lemak politaktepu yang sudah rancid, sudah rosak. Bukannya lemak tepu yang kita selalu ditakut takutkan jangan makan. Jantung kita sendiri naturally diselaputi lemak tepu sebab itu sumber terbaik tenaga bagi dia. Yang buat dia kondem pasal banyak sangat lemak politaktepu, enjin diesel bubuh petrol, habih la.

Tuan tuan saksikanlah berapa banyak kepalsuan yang melingkari hidup kita.

Minyak jagung sesuai dijadikan minyak masak demi hidup yang lebih sihat? Karut.
Minyak bunga matahari sesuai dijadikan minyak masak demi hidup yang lebih sihat? Karut.
Minyak kacang soya sesuai dijadikan minyak masak demi hidup yang lebih sihat? Karut.
Minyak canola sesuai dijadikan minyak masak demi hidup yang lebih sihat? Karut.
Minyak zaitun sesuai dijadikan minyak masak demi hidup yang lebih sihat? Karut.


Semua minyak sayuran diatas yang tinggi lemak politaktepu, yang dicanang canang kehebatannya untuk kesihatan, sebenarnya mudah rosak bila terdedah kepada suhu tinggi. Bukannya bermanfaat sebaliknya memudaratkan kesihatan.


Minyak jagung yang diwarwarkan sebagai minyak masak yang lebih sihat. Very misleading, bukannya menyihatkan tetapi memudaratkan. Sama jugalah minyak sayuran lain (soya,sunflower,canola,rapeseed) yang tinggi kandungan asid lemak politaktepu. Mudah rosak apabila dimasak. Menyesakkan arteri kita dengan cara menjadi plak dalam salur darah.

Eh nabi kita kan guna minyak zaitun?

Haa kalau nak tahu nabi kita guna minyak zaitun sebagai minyak rambut, dan minyak zaitun mentah mentah tak dimasak beserta cuka buah bila makan bersama buah buahan dan sayur sayuran. Bila nak masak masak, nabi kita guna minyak sapi, minyak haiwan, lemak tepu.

Nabi kita makan lemak tepu. Sepertimana keturunan nenek moyang kita di seluruh muka bumi sebelum ini. Barulah dapat kebaikan nisbah omega 3 kepada omega 6 yang tinggi,  yang terpelihara daripada kerosakan.

Minyak sapi sesuai dijadikan minyak masak demi hidup yang lebih sihat? Terbaik
Minyak ikan paus sesuai dijadikan minyak masak demi hidup yang lebih sihat? Terbaik
Mentega sesuai dijadikan minyak masak demi hidup yang lebih sihat? Terbaik
Minyak haiwan sesuai dijadikan minyak masak demi hidup yang lebih sihat? Terbaik
Minyak kelapa sesuai dijadikan minyak masak demi hidup yang lebih sihat? Baik
Minyak sawit sesuai dijadikan minyak masak demi hidup yang lebih sihat? Baik

Janji minyak yang kandungan lemak tepunya adalah majoriti, barulah struktur molekul asid lemak politaktepu tidak rosak apabila dimasak. Only then we receive the goodness of omega 3. Sepertimana yang nenek moyang kita buat dah beribu ribu tahun.


Minyak sapi, minyak yang tinggi kandungan lemak tepunya, sangat stabil pada suhu tinggi, justeru asid lemak omega 3 terlindung daripada dimusnahkan ketika dimasak. Minyak kelapa dan minyak sawit juga mempunyai sifat yang sama. 

Itu makanan dimasak, kalau makanan mentah, apa pula yang kaya omega 3?

Salah satu makanan tertinggi nisbah omega 3:6 ialah biji flax(flax seed). Pokok flax ni biasanya ditanam untuk mendapatkan flax fiber yang diproses menjadi linen, pakaian bermutu tinggi. Mumia mumia zaman Mesir dulu biasanya dibalut dengan linen, bagi tahan lama mumia tu. Mekanismenya aku pun tak tahu.

Masalah flax seed atau flax seed oil ialah betapa mudahnya ia menjadi rancid walau pun dibuat cara cold pressed extraction kemudian disimpan dalam botol kaca opaque. Lagi pantas oxidation rate dia berbanding vitamin sintetik yang aku cerita sebelum ni. Lagi pun nenek moyang kita tak biasa pun saja saja makan flax seed atau miyaknya, yang penting adalah nisbah omega 3 lebih tinggi daripada omega 6, itu dah cukup baik. Tak payah risau sangat nak setinggi boleh intake omega 3.

Now, binatang ternakan kita yang diternak secara alami dapat membekalkan kita dengan nisbah omega 3:6 yang cukup cantik. Untuk ruminan kambing, pucuk pucuk adalah sumber omega 3 yang terbaik, berkesan lagi murah. (Remember : semua makanan natural ada karbohidrat, protein, dan lemak – so lemak tepu, monotaktepu, politaktepu pun ada).

Pucuk. Maknanya kambing yang boleh bebas meragut mengandungi nisbah omega 3:6 yang baik untuk dirinya dan kita yang makan dagingnya. Tak payah susah susah tambah flax seed dalam dedak dia macam ayam telur moden sekarang.

Telur kaya omega 3 yang kita dok makan sekarang diperolehi dengan cara menambah flax seed ke dalam makanan dia. Pasalnya telur komersial biasa sekarang terlalu rendah omega 3, mungkin takdak pun omega 3. Rumput pun tak dapat, asyik makan dedak aje dari kecik. Manakala ayam kampung organik dapat omega 3 yang tinggi bila dia dapat makan serangga. Makan rumput pun dapat omega 3, tapi lagi terbaik kalau dapat makan serangga. Serangga ni makanan semulajadi ayam, tak kisahlah ulat ka, cengkerik ka, dan ianya sumber terkaya omega 3 bagi beburung.

Sebab itu cara terbaik menghasilkan makanan yang penuh nilai kesihatan adalah cara yang alami, yang tabie, yang fitrah kepada tanaman atau ternakan tersebut. Kalau kita dapat makanan sebegini, cantiklah, apa pula sibuk nak beli suplemen itu ini, mahal mahal plak tu.


Dan kita sebagai pembiak kambing, jika kita benarkan kambing itu mengikut tabienya, kita akan dapat menghasilkan antara makanan terbaik di dunia. Daging merah yang cantik nisbah omega 3:6nya. Memandangkan daging merah ni tinggi juga lemak tepunya, maka omega 3 ni tak mudah rosak walaupun daging merah itu dimasak.


Jika haiwan diternak secara alami, ia akan menghasilkan daging merah yang tinggi nisbah omega 3:6, antara makanan terbaik dunia. 

Tuan tuan yang dihormati,

Dalam zaman kita yang penuh informasi hingga ke tahap 'information overload', terlalu sukar bagi kita untuk nampak kebenaran kerana berlapis lapis kepalsuan yang melingkarinya. Kita dok ingat kita dah jumpa kebenaran tapi rupanya ia adalah selapis kepalsuan.

Cara yang paling mudah untuk nampak kebenaran adalah kembali kepada Allah dan RasulNya. Kita selusuri balik kata kata Tuhan dan cara hidup utusanNya, nescaya kita nampak kebenaran. Dan betapa mudahnya kebenaran bila kita mengetahuinya.

Peh panjang lebar posting aku kali ni. Bukan blog dah ni, macam tesis aje. Aku tak yakin ada orang yang sanggup baca panjang lebar ni, serabut kepala jadinya hahaha. Sorilah tuan tuan pembaca yek.

Salam hormat!

15 comments:

  1. Salam,

    Posting ko kali ni aku kena ambil masa nak baca. Banyak sungguh benda nak cerna. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita monogastrik cepat cerna hehehe lainlah kalau ruminan memang lambat pencernaannya kuikuikui....

      Delete
    2. Aku jangka tak dak orang yang sanggup memeningkan kepala sendiri dengan membaca entri aku yang panjang kali ni. Dah la panjang, kontroversi, contrarian, lari dari norma konvensional.

      Kalau ko sanggup baca dan mencerna, memang respek!

      Delete
  2. perghhh..

    mmg tahap PhD punye tesis nih..ingtkn psal zat-zat kmbing je prof kaji..skali dgn lemak2 nye die kaji..ptutla ade peg.JPV ckp ko pengkaji..smpi ke Pahang name ko trkenal ye prof alwi.haha

    aku blik lalu highway PLUS asl nmpk signboard Bidor je tringt kt ko..insyaAllah satu hri nnti aku snggah dgn ole2 Siam.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puas aku mengkaji dan merenung sampai tertonggeng tonggeng, last last kebenarannya ada pada alquran dan nabi. Memang kita orang islam patut bersyukur dan bergembira kerana telah dipermudahkan nampak jalan kebenaran.

      Jpv pahang? Aku takdak kenal sapa sapa atau penah berjumpa jpv sana. Camana plak diorang tahu? Pelik sungguh..

      Delete
    2. nme die En.Sham nme pnuh xtahulaa..rsenye die JPV Segamat,Johor..die knal ko..die kate nk g mlwat kndg ko nnti.haha..

      Delete
    3. Aku tak perasan pula, tapi ko ni kira terer gak, boleh kenal banyak orang jpv. Rajin berjalan jumpa orang.

      Delete
  3. Saturated fat has been wrongly and intensely villified as the major reason for humankind health woes. But I believe strongly just like our forefathers did, saturated fat is not the villain nor the enemy. It is a friend. I am waging war against those so called nutritionist and experts who engage in this malicious, misleading, greed derived campaigns against saturated fats.

    war against falsehood!

    ReplyDelete
  4. Aku ni selalu landing dalam 'hot water', banyak mencabar norma konvensional. Makin bertambah enemy aku ni hahaha. Tapi dalam masa yang sama aku sedar jadi mr nice guy tak ke mana. Kena yakin pada kepercayaan sendiri, kena berani tegakkan ia, dan bersedia menerima tempias daripadanya.

    Kebenaran menuntut perjuangan.

    Kenyataannya.

    ReplyDelete
  5. bkan aku..awang yg kenal..aku xtaula JPV kwsn aku nih bdak muda Azrul namenye.mmg bleh msuk la dgn Awang tu.die yg bg info ttg bntuan2 JPV nih..aku xkenal pun.hehe..

    ReplyDelete
  6. Setelah berapa bulan, akhirnya habis juga aku baca post ko ni. Aku pernah baca yang sumber utama tenaga kambig adalah melalui fatty acid yang telah diuraikan didalam kebuk ruminannya.

    Jadi memang secara amnya, kalau dia makan sumber semulajdi akan seimbanglah kadar keseimbangan lemak tepu, monosaturated dan polysaturated dalam diet.

    Masuk akal jugalah kenapa ko pernah suruh aku bagi campuran mentega dan marjerin dalam pelet kambing.

    Mesti ko ada jumpa pakar lipid untuk bincang benda macam ni kan. Hehe.

    ReplyDelete
  7. sy dah baca. sekali saja.
    Saya faham dan setuju.

    Tahniah.

    ZM

    ReplyDelete
  8. Saya pun seronok membaca the whole posting. setuju dan dah lama tahu...

    ReplyDelete
  9. boleh bagi tak source of information dari jurnal medical or science mana

    ReplyDelete
  10. Terbaik info yg tuan kongsikan ni.. Dulu kita selalu disogokkan dgn maklumat2 yg tak tepat utk kepentingan dakyah bangsa asing yg tidak mahu kebaikan ini tersebar terutama kpd org Islam. dan kita selalu juga diberitahu bhw minyak kelapa, minyak sapi dan minyak kelapa sawit itu tidak baik kerana banyak lemak tepu, ttp kajian pemakanan telah membuktikan diet bersumberkn makanan trsbut dpt menghindari strok, sakit jantung dn kawalan obesiti..

    ReplyDelete