Monday, June 4, 2012

BERTEMBUNG HANTU CARIK KAFAN


Masa awal awal aku bela kambing, aku dok sorang sorang jauh dari orang lain. Siang menghadap kambing, malam menghadap diri sendiri. Kawan memang susah nak cari, pasalnya aku belum biasa dengan geng indonesia ni. Letrik memang takde, nak beli genset duit pun takde masa tu, so aku mengharapkan cahaya lilin je lah bila malam menjelang.

Aku dulu budak bandar. Membesar di bandar baru bangi, selangor. Dah terbiasa dengan kesenangan hidup di kawasan bandar. Tapi semenjak buat keputusan bela kambing, memang terbalik dunia aku. Dari rumah teres 2 tingkat, jadi rumah kayu lama yang berusia lebih 20 tahun. Dari menghadap red alert, warcraft, championship manager kat komputer, aku menghadap kambing dan sawit. Dari jamban duduk, jadi jamban cangkung bawah pokok sawit. Terpaksa berperang dengan nyamuk, lalat dan pacat masa nak buang air besar. Dari malam yang terang benderang dan ramai orang, jadi malam yang gelap, sunyi dan menakutkan.

Lampu takde, kawan takde, memang saspen tahap burj dubai malam malam. Bila dengar bunyi lain macam kat luar, nak check bukak tingkap rumah pun menggigil gigil. Macam macam bayangan yang ter'projected' dalam kepala aku. Nilah padahnya banyak sangat tengok cerita hantu cerita seram seram. Terkumat kamit baca doa dan ayat ayat quran yang aku ingat sebaik sahaja maghrib bermula. Nasib baik ada itik dan kucing malam malam, takdelah boring atau takut sangat.

Tapi itik dan kucing ni pun tak lama. Itik mati, kucing hilang. Tinggal sorang sorang. Mencabar betul bila terpaksa berhadapan situasi kesunyian dan ketakutan. Memang kambinglah yang jadi kawan dan lawan bercakap. Aku rasa aku dah boleh keluarkan siri bercakap dengan kambing, macam siri bercakap dengan jin karangan tamar jalis yang popular tu. Tak taulah kalau ada yang sanggup beli novel aku hahaha.

Anyway ada satu peristiwa yang betul betul menakutkan aku, membuatkan aku susah nak tidur beberapa malam. Adapun pada suatu malam yang tenang dan sunyi, setelah aku mula biasa dengan suasana hidup sorang sorang nih, aku dikejutkan dengan satu suara yang pelik tengah malam buta. Hilaian yang menakutkan. Aku dah biasa dengar bunyi mengilai ni, baik siang atau malam, jadi aku dah tak heran macam macam bunyi pelik. Tapi kali ini hilaiannya jelas, kuat dan menimbulkan ketakutan kepada aku.

Aku tak berani bukak selimut, tak bergerak pun. Pejam mata kuat kuat, soksek baca ayat mana yang aku ingat, tarik selimut tutup habih kepala. Sampai tertidur. Dalam dok takut takut boleh gak aku tidur. Pasalnya letih kepenatan jaga kambing. Malam kedua datang lagi bunyi pelik yang kuat ni. Betul betul rasa macam bunyi tu kat balkoni rumah kayu lama yang aku duduk ni. Kali ni aku beranikan diri.

Aku readykan diri untuk terkejut, tangan sebelah pegang torchlight, tangan sebelah lagi pegang parang. Aku bukak pintu cepat cepat, pejamkan sebelah mata, ingat nampaklah langsuir rambut panjang atau hantu penanggal (kepala terbang bersama isi perut, badan takdak). Kalau nampak aku nak terus libas aje. Tapi takde apa pula. Kosong. Tercengang aku kat balkoni tu. Lepas tu bunyi pelik tiba tiba berkumandang. Aku suluh suluh kat tanah keliling rumah tak nampak apa. Aku suluh kat atas pokok sawit. Tu diaaaaa.....

Inilah dia hantu carik kafan yang berjaya mengecutkan perut aku untuk satu malam..



Omputih panggil Spotted Wood Owl. Bahasa Rome (latin), Strix Leptogrammica. Aku tahu nama dia pun sebab aku pergi Zoo Melaka 2 hari sudah ngan anak bini aku. Pehh mengancam betul nama melayu dia. Takdak nama lain ka? Tapi mungkin tuk nenek kita panggil dia hantu carik kafan pasal bunyi yang dia keluarkan tengah tengah malam bukan bunyi biasa, memang saspens betul dibuatnya.

Saspen saspen... Kelakar pun ye bila mengenangkan situasi pengecutan sistem pencernaan aku masa pertama kali bertembung hantu carik kafan ni.. Aduh la bikin malu sungguh..

Anyway semenjak aku bertapa dalam sawit ni, aku belum nampak lagi secara fizikal hantu atau makhluk halus. Kawan kawan indon aku banyak yang nampak, tapi aku tak nampak apa apa. Bunyi ye ada dengar.

Salah satu hantu yang kawan indon aku nampak ialah hantu cina. Sebelum sampai ladang kambing aku, memang kena lalu jirat cina. Luas dan dah lama. Sapa sapa yang pernah sampai, tahulah pasal memang jirat cina sebelah kiri jalan sebelum sampai kandang aku. Indon yang merantau kat malaysia ni biasanya suka main nombor ekor. Dan bila dah kaki nombor, macam macam sanggup buat, termasuklah memuja hantu walau pun amalan tu syirik.

Nama kawan indon aku ni eddy. Berani memang tak takut hantu. Dalam usahanya nak menang nombor ekor, pasal dia kata nak cepat balik indon, dia pergi 'menurun' di sebuah kubur cina bersama 3 member. Dalam tengah khusyuk operasi menurun tengah malam buta, muncul hantu cina. Habih berterabur lari 3 member dia ni. Tapi eddy tak lari. Dia beranikan diri minta nombor. Dan dia nampak nombor tu muncul kat kulit telur yang dia bawak. Besoknya dia beli nombor tu dan surprisingly dia menang no 1. Dapat rm23,000.

Yang aku nak cerita ni pasal hantu cina yang dia jumpa. Bukannya terloncat loncat pakai baju zaman dulu macam dalam filem cina yang biasa kita tengok. Tapi hantu cina yang dia nampak ni smart habih, pakai kot siap bowtie. Yang tak bestnya, kepala dia kat tangan bukan kat atas leher. Tu yang berterabur kawan kawan si eddy ni lari. Hahaha....

Hmm.. main nombor ni sebenarnya tak berkat. Lagi membawa kehancuran ada. Bukannya menambah kebaikan dan kekayaan. Setan kasi menang sekejap pasal nak sedapkan hati, nak yakinkan manusia lain betapa bermanfaatnya berjudi ni walhal itu semua kepalsuan yang tak bertahan lama.

Kaya amendenya, ramai yang jatuh miskin, rumahtangga porak peranda, anak bini tak cukup makan. Mana ada jalan senang, mana ada jalan pintas kalau nak jadi kaya. Kena ada ilmu, disiplin dan sentiasa bersedekah. Inilah surefire way nak jadi kaya, ada pulak nak mintak kat hantu. Karut marut sungguh!

Aku terkejut sebenarnya bila duduk kampung ni. Dulu kat bangi mana ada kedai nombor ekor, aku tak pernah nampak orang berjudi. Sampai kat sini memang culture shock, tengok pak lebai dah pergi haji pun ada beli nombor ekor. Bila ditanya, pak lebai ni cakap mana ada haram, kerajaan dah benarkan kedai nombor ni beroperasi. Maknanya halallah. Pehh memang kalut ni..

Banyak yang kita nak kena renung balik dalam dalam ni... undi di tangan kita hehehe..

Salam.  

4 comments:

  1. hahaha..xbley blah post prof.alwi kali nih.ni bleh masuk MASTIKA.haha..tul la.ko punye lokasi rmah lme mmg strategik.brdkatan jirat cina.tp hntu cina xmnakutkn sbb die trloncat2 n bleh tmpal krtas kt dahi(pngaruh TV)...

    tp btul la indon mmg kuat main judi no.ekor nih.nme je islam tp skdar pd nama.org kite pun sme jgk.kdg2 yg jual tu org kite jgk.elokla sme2 mmusnahkn bangsa sndri.kt tmpt aku dgn penguatkuasa skali join.mne x merebaknye wbak nih..

    ReplyDelete
  2. Dalam banyak banyak jenis hantu yang wujud dan popular dalam dunia ni, aku rasa hantu melayu yang paling menakutkan, paling menyeramkan. Hantu bangsa lain tak menakutkan, geli hati ada hahaha

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum Wrmbth,

    Haha, memang kelakar gambar ko ni. Kambing tengah baca ABC. Terbaik tuan. Ada lagi darah boer dalam kandang ya.

    ReplyDelete
  4. Semuanya darah boer cross. Boer tulen aku tak berani. Mr Vanilla ko tu ada darah boer.

    ReplyDelete