Tuesday, May 12, 2015

NAIKKAN GAJI MINIMUM JPV (DAN SEMUA AHLI KERAJAAN)

Aku ada pi JPV Tapah baru baru ni. Jumpa Bob dan Erni. Rupanya Bob adalah pembaca blog aku. Rajin menelaah dan mengkaji. Erni pula sebelum ni Bahagian Kesihatan Ladang Infoternak Sg Siput. Semua binatang kat situ dalam pemantauan dia. 

Erni dan Bob. Thanks for reading!
_______________________________

Masa Bob dok cerita pasal blog aku (dan Bob dan Erni tidak menyentuh isu ini), aku ditimpa sebiji buah fikir, dimana buah fikir itu berpandangan yang gaji minimum kakitangan JPV (dan semua kakitangan Kerajaan) sepatutnya ditahap 3 dinar per bulan. Berdasarkan harga semasa, lebih kurang $700 satu dinar. Jadi ianya $2100 sebulan. 

Yep. Aku fikir gaji minimum penjawat awam tak boleh bawah 3 dinar sebulan. Lebih takpa. 

Mesti banyak yang tak setuju. Mesti ada yang kata, kakitangan kerajaan yang ada la ni pun tak cekap tak efisyen suka curi tulang - nak bagi gaji lebih plak. Mengarut apa?

Dulu dulu aku pun berfikiran sebegini. Tapi kalau dikaji sejarah, dan sosioekonomi negara negara yang high wages vs low wages, tanpa emosi, secara objektif - the better the wages the better the productivity the better the prosperity.

Contohnya zaman Renaissance di Eropah, yang bermula selepas black plague. Bila banyak populasi yang mati akibat wabak tikus, rakyat yang tinggal sedikit itu diberikan gaji yang tinggi demi memenuhi kekosongan jawatan yang banyak berlaku. Spending power rakyat meningkat, dan serentak dengan itu aktiviti ekonomi dan peluang bisnes.

Ekonomi Eropah semakin makmur, dan bermulalah zaman kebangkitan.

Daripada Zaman Gelap ribuan tahun, ke Zaman Pencerahan dalam masa yang singkat, apabila...... gaji/pendapatan rakyat tinggi. 

The higher the spending power, the better opportunity for business, and thus better opportunity for riches. 

Zaman kegemilangan tamadun Islam (Umayyad, Abbasid, Ottoman) pun sama. Sebelum masuk Golden Age, semuanya bermula dengan gaji/pendapatan rakyat yang tinggi. Sebenarnya semua tamadun hebat non agrarian dalam sejarah pun sama. 

Ya. Rakyat berpendapatan tinggi adalah 'prequisite' utama untuk masuk ke landasan kemakmuran. 

Hmmm.... Daripada dok sibuk sibuk buat projek kondo lembu kambing ratusan juta yang faedahnya langsung tak sampai kepada sasaran, baik naikkan gaji geng JPV, dan kerajaan. Beribu ribu kakitangan dapat manfaat, boleh beli lebih banyak lembu kambing untuk aqiqah dan qurban, justeru lebih menguntungkan penternak. 

Di samping itu mengurangkan masalah rasuah. Pasal gaji tinggi. Dah takdak rasa 'economic insecurity'. Perasaan insekuriti ni yang mendorong kepada banyak salah laku dan amalan rasuah.

Itu yang aku pikir. Mesti ramai tak setuju....

*Dalam jurnal Work, Employment and Society yang mengkaji 19,000 responden dari 18 negara Eropah - lebih tinggi gaji dan manfaat kebajikan untuk rakyat, LEBIH RAJIN rakyat, bukannya semakin malas......

Norway dan Sweden, negara Eropah yang paling tinggi faedah kebajikan berbanding negara lain - memiliki rakyat yang paling banyak berpandangan positif terhadap negara mereka, paling kurang amalan rasuah, paling kurang perasaan 'job insecurity', dan.... paling kurang obesiti dan masalah kesihatan.

Penyelidik berpendapat, negara yang membuatkan rakyatnya rasa selamat dan gembira - akan memiliki lebih ramai rakyat yang bersedia memberi balik (giving back) kepada tanah tumpah air mereka.

How's that for a thinking?

(alwigoatfarm adalah pembekal kambing muda, pembekal kambing aqiqah / kambing akikah, dan pembekal kambing qurban / kambing korban. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no telefon yang tertera di atas)



No comments:

Post a Comment