Sunday, May 17, 2015

LANGKAH DEFENSIF BERHADAPAN TIKUS

Tiada perang ke atas tikus. Yang ada ialah hidup bersamanya.
_________________

Ladang sawit ada banyak tikus. Bersepah. Dan bela kambing bawah sawit kena terima kenyataan ini. 

TERIMA. Bukannya MENENTANG. Bukannya melancarkan PERANG.

Perang ke atas tikus (dan parasit) hanya akan mengecewakan kita, dan merendahkan output pertanian kita jangka panjang. Dulu pemikiran aku sebegini. Sebarang jenis parasit yang mengancam kambing aku hendaklah dihapuskan. Dilenyapkan. Dibunuh. 

Aku sibuk guna perangkap. Aku sibuk guna racun. 

Jangka pendek nampak berkesan. Tapi jangka panjang? Tikus tetap ada. Dan berdendam. Populasinya boleh tiba tiba meletup, dan keganasannya di luar jangkaan. Habih semua barang boleh digigit gigit, termasuk jari kaki kita semasa sedang tidur. Juga kuku kambing, dan anak anak kambing. Sampai mati berlubang anak kambing dikerjakan tikus

Dan pengalaman aku berhadapan dengan tikus, menyedarkan aku - langkah defensif adalah lebih baik daripada langkah ofensif.

Defensive measures are much better much more rewarding than offensive measures that try to terminate. 

Aku tidak lagi guna racun. Aku tidak lagi guna perangkap. 

Guna kucing. Guna proksi. 

Ya. Tikus masih ada. Kadang kadang berkeliaran, tetapi dalam keadaan terkawal. Tiada gerombolan tikus. Tiada gerombolan yang mengganas. Tiada ancaman terhadap produktiviti kambing. 

Selain daripada kucing sebagai agen kawalan biologi, aku juga berjaga jaga dengan kebersihan sumber air minuman kambing aku. Walau pun tikus tidak mengganas secara fizikal, tetapi kencing dan beraknya membawa risiko leptospirosis. 

Dulu aku pernah terkena sebegini. Kambing tiba tiba banyak demam. Yang mengandung gugur. Anak kambing berderet deret mati. Mana yang hidup jadi bantut. Dewormer dah bagi. Antibiotik dah bagi. Tetapi demam dan mortaliti terus berlaku.

Puas aku bersihkan kandang. Puas aku jaga kebersihan palung makanan dan tong dedak. Puas aku tutup rapi tangki air minuman kambing. Puas aku jaga kebersihan kandang tetapi.... kenapa kambing masih demam dan mati?

Rupa rupanya aku terlepas pandang perkara yang kecil. 

Mari kita lihat apa yang aku terlepas.

Tangki air minum kambing di kandang aku. 

Aku tutup rapi. Takdak tikus / cicak / perosak boleh masuk ke dalam tangki. Tapi...

Uh oh... bibir tangki rupanya penuh dengan tahi tikus tahi cicak. Air kencing tikus juga boleh berkumpul pada bibir tangki ini. Bila penuh, utamanya bila terkena tempias hujan, air tercemar yang berkumpul pada bibir tangki ini boleh masuk ke dalam tangki. 

 Haaa .... kasi jelas sikit situasinya. Bila aku buka je penutup tangki, memang boleh nampak bersepah sepah tahi tikus pada bibir tangki. Kalau kering macam ni takpa, tapi kalau terkena tempias hujan, atau kencing tikus banyak sangat berkumpul - memang boleh masuk ke dalam tangki. Walau pun bertutup. 

Kawasan bibir tangki ni kering kerana aku dah tebuk lubang untuk menyalirkan air keluar. 

Itu lubangnya. Ada dalam tiga empat lubang aku tebuk untuk menyalirkan air tercemar yang terkumpul disini. 

Nasib baik ada lubang. Kalau takde lubang, alamatnya memanjanglah kambing terkena serangan leptospirosis. Memanjanglah kambing tergolek sana sini hari hari.

Jadi tuan puan, disinilah perkara kecil yang aku terlepas pandang. Air minum kambing boleh tercemar dengan kencing dan tahi tikus walaupun tangki bertutup rapi. Tikus memang takde access ke dalam tangki, tapi kencing dan beraknya boleh ada access ke dalam tangki air minum kambing tanpa kita sedar. 

Kita semua pembiak kambing kena hati hati dengan perkara sebegini. Leptopirosis sebenarnya ancaman besar kepada prestasi kita. Jangan disebabkan perkara kecil sebegini, punah ranap operasi kita.

Ceritanya kecil, tapi impaknya besar.

Jangan pandang rendah Cik Ti!

(alwigoatfarm adalah pembekal kambing muda, pembekal kambing aqiqah / kambing akikah, dan pembekal kambing qurban / kambing korban. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no telefon yang tertera di atas)

www.gengkambing.com - The Breeders Exchange is now up and running!



2 comments:

  1. Tq for the info,Bro!! Kena panjat jugak tengok tangki air!!

    ReplyDelete
  2. TQ. Sangat berinformasi

    ReplyDelete