Thursday, May 7, 2015

FROZEN LAWAN FRESH

Berhampiran tempat aku ada sebuah pusat perlindungan dan pemuliharaan harimau. Mana mana harimau yang sakit, cedera, dan tidak mampu dijaga akan dihantar ke sini. Buat masa ini ada lebih kurang 40 ekor.

Dulu para harimau ini diberi makan daging beku yang diimport. Ianya murah. Ianya mudah.

Masalahnya tok tok belang lambang kegagahan ini lambat pulih dari kecederaan, dan banyak yang sakit sakit. Ngauman mereka ini...... anemik. Tiada vitaliti. Tiada cukup ke'harimau'an.

Dan bila diet mereka ditukar kepada kambing segar, dimana kambing kambing ini disembelih dan dipotong empat, dan diberi beserta kulit dan bulunya – transformasi berlaku. Harimau yang cedera cepat pulih, dan kekuatan mereka berada di tahap yang sepatutnya. Mereka tidak lagi anemik. Ngauman mereka bergema dan menakutkan.

Betapa berbezanya kualiti makanan sejuk beku dibandingkan makanan segar.

Ya makanan frozen memang boleh mengenyangkan bahkan menggemukkan. Tetapi ianya kurang vitaliti. Ianya kurang memberikan kekuatan. Ianya lambat menambahkan kekuatan. Healing factor rendah.

Berbeza dengan makanan segar. Penuh vitaliti. Cepat memulihkan kekuatan. Pantas menambahkan kekuatan. Healing factor dia tinggi.

Itu sebabnya kenapa makanan tempatan mesti diutamakan. Kesegarannya lebih terjamin. Vitalitinya tinggi. Healing factor pun tinggi. Mereka tidak perlukan jarak perjalanan yang jauh sebelum sampai ke mulut kita. Justeru kurang tempoh dibekukan.

Itu sebabnya kenapa.... qurban mesti kambing hidup. Ternakan yang hidup. Al an'am yang hidup. Ruminan yang hidup.

Tuhan mahu kita makan daging yang segar. Hangat. Yang penuh vitaliti. Yang memberikan kekuatan. Yang memelihara kesuburan anak anak Adam dan Hawa. Agar anak cucu Adam terus membiak, dan penuh dengan kekuatan.

Lebih lebih lagi kepada mereka yang lidah dan hatinya bersaksikan Tuhan yang Satu.

Tuhan mahu melindungi kita.

Marilah kita utamakan 'produce' yang segar dan tempatan! Terbaik untuk kita!

*Macam mana pula dengan vitaliti aged meat? Ianya tidak beku, tapi sejuk. Ada yang disejukkan dua minggu, ada yang sampai dua bulan. Sedap memang sedap, tapi aku pikir bila kembali kepada apa yang Tuhan perintahkan dalam ibadah qurban, dan alam semula jadi – jelas Tuhan mahu kita mempercepatkan pengagihannya. Binatang pun suka makan yang segar segar.

Yep. Kualiti vitaliti aged meat di tengah tengah. Sedap dan menggemukkan. Tapi tak boleh lawan yang segar. Yang segar tetap yang terbaik.

Frozen food - mudah, cepat dimasak, dan mengenyangkan. Tetapi rendah 'healing factor'.


Local produce @ makanan tempatan - 'healing factor' tertinggi. Makanan paling sempurna untuk anak anak Adam yang tinggal di Bumi ini.

Wallahua'lam.

(alwigoatfarm adalah pembekal kambing muda, pembekal kambing aqiqah / kambing akikah, dan pembekal kambing qurban / kambing korban. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no telefon yang tertera di atas)

1 comment:

  1. Tengok YouTube: best Malaysian picnic part 1-14(samsul bahrih nursali).Geng surau bkt beruntung berkelah bawa kambing fresh.kelebihan fresh drpd
    frozen-Sablee.

    ReplyDelete