Tuesday, April 14, 2015

THE SEARCH FOR PHOSPHORUS SOLUTION

Kelmarin aku pergi sebuah kedai vet di Ipoh. Vet Vision. Beli garam jilat dan antistress. Dan dah lama bertahun tahun aku tak kemukakan soalan soalan yang membuatkan kakitangan kedai vet tercengang cengang, tapi sebab mimpi 'fosforus' punya pasal, aku pun start memuntahkan soalan soalan yang membuatkan geng kedai vet terpaksa menelefon bos suruh masuk ofis untuk tangani soalan aku.

Jadi Mr Liow pemilik Vet Vision pun memunculkan diri.

Haaa ini Mr Liow. Vet Vision punya boss.


Vet Vision adalah pengimport dan distributor garam jilat berkualiti tinggi KNZ Holland, untuk pasaran seluruh Malaysia. KNZ dah buat garam semenjak 1930an. 

Malangnya Vet Vision tidak menyimpan semua jenis stok garam jilat KNZ. Dan aku harap ini akan diatasi. Kalau takde juga..... kita buat sendiri. (Thailand dah ada contract manufacturer garam jilat, kita ada tak kat Malaysia nih?)

Buat masa ni Vet Vision ada 3 jenis garam jilat KNZ - universal (ada iron dan selenium - warna merah), traditional (hygienic sodium 100% - warna putih), dan specialist tambah susu (spesifik untuk pasaran Jepun, warna kulit telur - nama apa aku pun lupa dah).

Ok. Mr Liow kata memang secara naturalnya, fosforus kurang pada tanah di Malaysia. Jadi dia rekemen bila aku tanam napier, gunakan baja baja tertentu yang tinggi kandungan fosforus. Hmmm... Mr Liow ingat aku ada tanam rumput untuk kambing. 

Masalahnya aku tak tanam, dan aku tiada kecenderungan menjadi petani rumput. Yep I'm not a grass farmer. Simply because I find staring and talking to goats are much more intellectually satisfying compared to staring and talking to the napiers. Yeahh babehh...

So I rule out planting napiers, and enriching them with phosphorus. For now.

It is just not my things.

Dalam fikiran aku, adalah lebih mudah dan lebih low input bagi operasi produksi kambing pedaging sistem gembala menggunakan garam jilat yang tinggi kepekatan phosphorus. Senang sikit kerja. Long term effect. 

Dan memang ada dalam pasaran Malaysia, satu dengan kepekatan 2%, dan satu lagi dengan kepekatan 10% (yang 10% ni nak kena verifikasi tambahan). Cuma yang masalahnya garam jilat ini dari segi palatibiliti kurang. Kambing tak suka.

Pulokkk...

Memang kena reka sendiri garam jilat yang khas spesifik untuk kambing gembala cuaca tropika. Dan bukan satu sahaja, tapi berjenis jenis - untuk kambing gembala jenis integrasi, untuk kambing gembala jenis open pasture, untuk kambing gembala yang beranak dan menyusukan, untuk penggemukan, untuk pejantan.... tu diaaa banyaknya.

Banyak research kena buat ni. Dan realitinya research pertanian kita memang ketinggalan berbanding negara negara maju pertanian. Sebab itu Persatuan Pembiak request research budget yang signifikan untuk 5 tahun akan datang. 

Ok. Balik kepada cerita mencari solusi fosforus.        

Ada solusi rumput, ada solusi garam jilat, ada solusi makanan (biasanya bijirin dan hampas bijirin mentah), dan ada juga solusi ubatan (hematofos, catophos, tonophosphan, etc..). Aku akan cuba menerokai setiap satu solusi, dan berkongsi pengalaman dengan tuan puan pembaca sekalian.

Assalam!

(alwigoatfarm adalah pembekal kambing muda, pembekal kambing aqiqah/akikah, dan pembekal kambing qurban/korban. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no telefon yang tertera di atas)





2 comments:

  1. Salam n SANSAW.[1hr=1000×selawat]
    SANSAW=selawat atas nabi salallah alaihi wasalam.
    Soalan?.
    1.Diantara tiga unsur N:P:K yg mana satu ianya penting dlm pemakanan Ruminan?
    2.Nilai diet kambing gembala vs kambing feedlot.adakah sama?
    3.Bagaimana penyakit metabolik boleh berlaku dari punca pemakanan.
    4.....
    5......?6.......?
    Saya setuju dgn cara tuan mencari solusi permasaalahan ini.xlain dan xbukan=R&D yg kita punya. Semua gembala mendegar pengalaman orang lain.xjadi dan xboleh diaplikasi tempat lain.
    Saya jemput PPKM buat R&D.yang saya buat ialah Projek Stesen Penyelidikan Pemakanan Haiwan Ruminan.berasakan rumput e.g pennisetum p,brachiara h.dll lagi.
    Baru dapat satu rumput shj..Pennisetum purpurum yg lain belum lagi.Jadi penternak yg lain cuba rumput lain pula.Buat perbandingan satu sama lain.I optimistik usha sebegini memberi sejuta kebaikan.
    Diantara tiga unsur N:P:K.yg manakah telah menunjukan ianya penting bagi pemakan Ruminan.?
    Untuk mencari jawapan kita boleh menggunakan perbagai kaedah.
    Saya ingin jemput PPKM atau individu yg berminat.
    Pada bln

    ReplyDelete
  2. Apa dah jadi?xboleh publish..pulak.

    ReplyDelete