Tuesday, April 7, 2015

RAKAN PEMBIAK : HJ ZEID THE BOER MASTER BREEDER

Masih di Melaka. 

Selepas tersinggah ladang Pak Puteh, aku tersinggah pula ke Wawasan Manis, milik Hj Zeid, yang dah 'season' dalam industri kambing ni. Hj Zeid dah 14 tahun jadi pembiak, dan daripada 14 tahun itu, 12 tahun diperuntukkan untuk membiakkan boer. Fullblood. Piau. Dalam erti kata lain - high quality boer genetics. Bukannya cap ayam atau cap tengkorak seperti kebanyakan boer yang kita jumpa dalam Malaysia.

Masa aku pergi ni, populasi kambing Wawasan Manis ada lebih 900 ekor. >800 ekor boer, dan 100 ekor bebiri damara. 

Dan Wawasan Manis turut dilantik oleh Mardi sebagai Ladang Pengganda dalam usaha membiakkan genetik boer yang berkualiti dalam Malaysia (aku juga Ladang Pengganda tapi strategi berlainan - Wawasan Manis tertumpu kepada biak baka manakala aku fokus kepada biak pedaging).

Secara teknikalnya, membiakkan baka boer fullblood/tulen/piau untuk pembakaan dibawah cuaca tropika, adalah sukar dan memerlukan kepakaran tinggi. 

A high degree of technical expertise. Yep. 

Kalaulah bela kambing ni ada diploma, ijazah, master, PhD - maka sapa sapa yang bela fullblood, kena pulak asalnya zon cuaca yang berbeza dengan cuaca tropika kita - nak kena ada PhD. Haaa.. bukan boleh main terjun aje.

Aku dah banyak kali tengok projek projek 'fullblood' yang bermula gempaq seantero Malaysia, hanya untuk menyaksikan operasi mereka ditutup setelah 2-3 tahun. Punca utama - ilmu tak cukup, ilmu salah. 

Jadi sapa sapa yang nak bela pembakaan fullblood meat goat skala besar, boleh menuntut ilmu dan SOP dengan Hj Zeid. Jangan takat pi berdialog sehari, pi berkampung sebulan dua kat Wawasan Manis. Tengok macam mana Hj Zeid buat kerja. Pasalnya Hj Zeid takdak ambik vet kerja bawah dia. Dia sendiri vet. Haaa dasat tak dasat. Kambing dekat 1000 ekor, rilek aje tak pakai vet.

Aku yang 300 ekoq ni pun, mulut dah bising terkumat kamit  tak cukup masa nak jadi vet buahaha.

Orait orait orait. Apa yang sangat membezakan Hj Zeid@Wawasan Manis dengan ladang komersial yang lain ialah aku tahu ladang komersial yang lain ada business lain sebelum menceburkan diri dalam industri kambing. Atau pun dapat significant funding dari kerajaan. Jadi mereka ada 'talian hayat' sekiranya ada kekurangan  dana dalam operasi kambing. 

Tetapi setakat yang aku tahu, Hj Zeid sama macam aku. Bergantung sepenuhnya kepada operasi kambing. Payah oiii nak cari golongan penternak macam ni. Lagi payah nak cari yang betul betul independent bermula kecil modal sendiri dan tidak bergantung kepada kontrak kerajaan. 

Jadi aku pandang Hj Zeid@Wawasan Manis 'in high regard'. Aku kagum dengan kebolehannya membiakkan baka boer fullblood. Truly a master.  A boer master breeder indeed.

Ok. Meh tengok suasana ladang Wawasan Manis. Aku ambik 107 keping, tapi yang nak publish kat sini sikit aje .(upload speed slow macam siput babi yang anemik, sorry).


Old signs are good.. phone numbers are outdated though. Jangan call guna no yang tertera.



Aku pun dapat juga papan tanda ni. 



The entrance. 



Tinggi tinggi napier kat Wawasan Manis ni. Harvest setiap 45 hari. Crude protein 14%. Guna baja taik kambing. Campur NPK. 

Oh ya! Wawasan Manis guna sistem intensif. Padang napier ada 7 ekar. 



Kandang jualan depan opis. Biasa biasa je kandang. Nothing fancy. I like it! Belakang opis tu ada 4 kandang besar. Ke 5? Aku tak ingat.



Pejabat 



Notice board depan pintu pejabat. 

"PERHATIAN : Maaf tidak ada cuti hingga padang rumput dibereskan" hehehehe..



Beware! Here lies the lair of Minotaurs.. (That's a very striking office door).


Antara betina boer dalam kandang jualan



Pejantan pejantan boer. Cantik cantik wehh! High grade punya ni. Takdak skim pinjaman ka tuan haji Zeid?





Majalah atas meja kopi dalam pejabat. Mana nak langgan majalah macam ni?



Haaaa yang baju putih tu lah Hj Zeid. Yang baju biru tu aku tak pasti sapa.



Aku kata dah.. kandang tarak fancy tarak mengarut punya. It's basic. It's functional.







There are kids..


.. and plenty of kids. Ini kandang beranak. Dan ladang yang banyak anak membuktikan ianya ladang pembiak. Jadi adalah jelas kepada aku Wawasan Manis ialah ladang pembiak.

Nisbah semasa ibu:anak bagi sesebuah ladang pembiak sepatutnya sekitar 50:50. Dalam kes aku ianya 100 : 150. (Nisbah semasa populasi ye, bukannya kadar kelahiran)











Ini kandang beranak. Panjanggggg...... penuh dengan anak.


Jerami? Hmmmm..... untuk penggemukan sememangnya rumput kering lebih tinggi nilai penggemukan berbanding rumput basah.






Banyak betul kandang besar besar. Aku pun dah jem tak ingat.












British Alpine? These are expensive milk guys. What are they doing here?




Kandang bebiri




Kenapa aku rasa padang napier macam lebih 7 ekar?


Staf Hj Zeid sibuk suruh aku gambar dia. Diorang ni dah empat hari chop napier guna tangan. Pasalnya mesin chopper rosak. Pehhh.... dasat stamina diorang nih.

Ok. Aku rasa cukup dah kot aku upload gambar gambar di Wawasan Manis. Jenuh bila internet slow ni. Lambat kerja dibuatnya. Bayar bulan bulan sama ja macam Unifi si fiber optik, tapi speed... hampeh taugeh soya kelapa bagai.

Anyway, aku dapat banyak pencerahan hasil lawatan aku ke Wawasan Manis. Aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada Hj Zeid yang sudi menerima kedatangan mengejut aku. 

"It's basic, it's simple, and it does work!"

Thanks Hj Zeid, the boer master breeder!

Assalam!!



3 comments:

  1. Alwi kasi petua yang dapat dr hj zeid..

    ReplyDelete
  2. SIAP BELI SINGKONG SEGAR NON KUPASAN BAYAR KONTAN HARGA BAGUS segala jenis singkong (gajah, mangu ketan, tracak kebo, parokah, tambak urang dll) Kriteria besar bisa dikupas. Syukur kalau bisa kirim kontinyu setiap hari. Kebutuhan kami 200 ton/minggu. Selain beli Singkong saya juga menjual murah kwalitas super karena hasil ternak sendiri KAMBING BOER SUPER KETURUNAN AUSTRALIA UMUR 2 TAHUN BOBOT BISA MENCAPAI 100 kg, KAMBING PE, JAWA RANDU, KAMBING KACANG untuk bisnis penggemukan, Warung Sate, Aqiqah & Qurban siap kirim partai besar & Kecil. hubungi Bpk HERU IRAWAN AJI lokasi di Malang - Jawa Timur - Indonesia Hp/Wa +6281334272800 website saya di www.belisingkongsegar.blogspot.com Dan www.malangkambingdombasuper.blogspot.com

    ReplyDelete