Saturday, April 4, 2015

PRESKRIPSI ANTI STRESS NENEK KEBAYAN

Adakah antistress boleh membantu prestasi kambing secara signifikan?

Berdasarkan observasi aku, bagi ladang pembiak yang tinggi beban stress - antistress memang berkesan  memang membantu memang aku rekemen. Antistress membantu meningkatkan kembali kandungan vitamin dan mineral dalam tubuh kambing. Justeru kemampuan melawan stress (dan melawan kurang selera makan) berada pada tahap tinggi. 

Tetapi antistress dalam pasaran kita sekarang kebanyakannya tak cukup power tak cukup 'high' tak cukup 'ho liao'. Anemik... seriously underpowered.

Preskripsi asas antistress yang berkesan dan 'high powered' mesti ada.... garam. Sodium @ natrium. Kalau nak murah, boleh buat sendiri. Garam kasar + cobalt (terima kasih kepada Hariz Nordin dari Kaprima Hulu Seladang Terengganu atas formula ini).

Upgraded version yang lebih power ialah elektrolit + antistress.  Elektrolit ni biasanya sodium bikarbonat + kalium. Haaa... memang kaw memang 'ho liao'. High powered antistress. Keberkesanannya cepat.

Ok. Dalam pasaran dah start muncul  antistress + elektrolit. Pek sedia ada. Tapi aku perhatikan kepekatannya kurang. Dan harga pun lebih mahal.

Lebih baik lebih berkesan beli berasingan lepas tu gabungkan sendiri. Beli antistress beli elektrolit lepas tu 'masak' sendiri. 

Mari kita lihat contoh contoh antistress yang aku gunakan setakat ini. 

Stress Vit ni yang special nya ada glucose powder. Kambing aku suka sikit minum yang ini berbanding anti stress jenis lain. (Awas! Kambing aku saja ye. Kambing orang lain aku tak tahu). 

Dan ini penting, kerana aku nak kambing aku minum air sebanyak banyaknya apalagi ketika heat stress melanda. Kalau antistress powerful macam mana pun, kalau kambing tak suka minum - baik tak payah guna.

*Ini antistress sahaja. Tiada elektrolit.


Yang ni dah ada B Complex. Tapi buh cobalt lagi (Cobalt ni precursor kepada vit B). Aku pun pelik juga. Tapi yang specialnya VitaPlus ni ada iron dan manganese. Cuma aku tak pasti keberkesanan iron dan manganese dalam air. Kambing aku tak berapa suka VitaPlus ni. 

*Ini antistress sahaja. Tiada elektrolit.

Haa yang ni lagi special.. dan lagi mahal. Ada probiotik ada enzyme ada lysine. Dah ada B Complex sebagai penggalak selera makan, dan ada lagi lysine sebagai penggalak tambahan. Double power.

Lepas tu ada pula lactobacillus. Dan ini lebih berkesan untuk prestasi kambing berbanding penggunaan mikroba efektif dalam makanan atau minuman kambing. Yep. Bagi aku probiotik lebih baik daripada EM tetapi tetapi tetapi! ....

cuma  sementara. Prebiotik lebih penting. (Takpa ini cerita lain). Aku x nak bagi tuan puan pembaca double pening.

Dia ni juga ada vit C (ascorbic acid) yang tidak terdapat dalam antistress lain. (Vit C  dalam dos tinggi memiliki sifat 'poison neutralizer'). 

Ok. Tapi ini masih aku masukkan dalam kategori basic antistress.... maybe advanced basic antistress. Bau dia sedap betoiii. Macam bau buah kurma. Masa dok 'masak' dia ni, aku pula yang rasa nak minum dia ni. Dan memang aku minum buahahaha..

Bersambung (adehhh sakit pinggang weh! caffeine pun dah abis).......




1 comment:

  1. Salam n SANSAW.(1 hr =1000xslwat)..vv good explanation untuk antistress.den mudah paham sekali bacoja.SOBAB.***.o/doses caffein.tapi nak tanyo mano dapek JEMBALANG** cobalt ** .den mintak tolong CEO pondok tanjong smuggle bondo tu xdapek-dapek.Dia ulang alek ke Aussi. Hampeh.Kek sanon hantu tu dia buek majun.Huhh mujarap.Sobabtu Kambing pondok tanjong sekali tergolek beratus.Ratus bang.Jamunya Pak tertinggal.baru turun KLIA masok parking curentin.Kapan nya nyempee.Baru sampai dah kono kapan.ORang pondok tanjong xpaham.xpaham.
    Nee.masaalah kito orng kuek menteri ramai SAMI V..bukan Ma'nikam.pakai borinya.den syorkan orng yg mohon Pondok Tanjong kono buek blood test macam kambing jugak.tq

    ReplyDelete