Friday, April 10, 2015

PELAWAT SEMALAM - I NEED A LIGHT SABER!

Semalam aku dapat mempertontonkan kepada para pelawat ladang aku akan kemahiran menyembelih (ketidakmahiran menyembelih) aku yang 'less than stellar'. 

Biasanya bila aku sembelih kambing aku sendiri, walaupun ditonton ramai orang, aku takde masalah menyempurnakan proses sembelihan tersebut tanpa darah memancut mancut terpercik ke tangan dan baju aku. Ianya cepat, ianya bersih.

Clean and precise cut.

Tapi semalam, aku sembelih kambing trading yang kulitnya tebal semacam. Pisau aku yang selama ini 'menggigit' tiba tiba hilang 'gigi'. Aku kena meningkatkan output tenaga dengan drastik semasa menyembelih. Biasanya 100 calorie @ horsepower @ Newton meter @ watt @ british thermal unit @ god damn whatever the energy unit is, tiba tiba kepada 1000 calorie. Dang!

Dan ini membuatkan aku berimaginasi yang aku ini Obi Wan Kenobi yang ada pedang cahaya, atau Skywalker, atau Yoda, atau Darth Vader, atau Darth Maul, atau the badass Emperor himself - janji sapa sapa watak dalam filem Star Wars yang ada pedang cahaya. 

Demi memudahkan kerja menyembelih kambing trading yang kulit tebal ni.

Eh pasai apa diorang ni kulit tebal? Dok makan apa sampai kulit tebal semacam? Sapa sapa buleh bagi pencerahan sket kat aku ni?

Jefri dan Salmi dari Bidor. Cadang nak buka ladang kambing di Bidor, atau kampung halaman Salmi di Jengka 10, Pahang. 


Kamarudin dan Izwan


Shamsul


Darth Vader and his cool looking lightsaber..

Hey Mr Vader! Can I borrow your planet-busting lightsaber for a moment? Payah tul nak semelih kambing trading kulit tebai ni.

No comments:

Post a Comment