Tuesday, December 16, 2014

THE HIDDEN BASTARD IN SK

Aku dah withdraw atau tarik balik garam jilat SK buatan Thailand dari kandang aku. Tapi masih ada sebahagian kambing kambing dalam petak beranak yang ada access kepada garam jilat SK. 

Observasi aku sangat tidak menyenangkan. Kambing kambing anemik yang sudah diinject dengan antianemik, samada Hematofos B12 (ammonium iron citrate) atau Intrafer 200 (iron dextran) - masih anemik. Kambing ni ok sekejap lepas kena inject antianemik, tapi tahan 2-3 minggu je. Lepas tu datang balik anemia.

Tapi bagi kambing kambing yang tiada access kepada garam jilat SK, mereka nampak ok. Kembali kepada normal. Tiada degradasi kondisi badan. Bila kita buat Famacha, kelopak mata mereka 'maintain' kemerahan. 

Maknanya ada 'something' yang menghalang penyerapan iron, atau dok telan habih iron, dalam garam jilat SK. Something wrong. Something really really wrong.

A bastard. Dan aku belum ada upaya kenalpasti siapa bastard tersebut.

'Bastard' ini menjadikan garam jilat SK beracun untuk kambing aku. Damn stupid bastard!!!

Hipotesis aku, atau telahan aku - mungkin copper. Copper dalam kuantiti yang sedikit tak mengapa untuk kambing, tapi mungkin dengan pengenalan garam jilat SK kepada kawanan kambing aku - uptake copper menjadi semakin tinggi dan tinggi, dan akhirnya menjadi excess copper.

Copper poisoning? Maybe..

Tu yang habih cepat semua iron. Digunakan untuk meneutralkan excess copper dalam badan. 

Dan aku flashback kepada suatu ketika dahulu dimana aku pernah eksperimen penggemukan kambing dengan PKE semata mata. Garam jilat high iron digunakan. PKE kita tahu tinggi copper.

Dok bagi 700-900gm PKE sehari per ekor, tapi naik berat cuma 1-1.5kg per bulan. Lambat sangat naik beratnya!

Aku pikir kawasan ragutan aku yang bawah sawit ni dah cukup tinggi copper. Tak perlu copper suplement dalam garam jilat. Kalau guna garam jilat bercopper - hanya merudumkan prestasi kambing je. 

Hmmm... itu apa yang aku agak. Kalau nak confirm, kena buat kajian lanjut lah. Mana budak budak universiti nih?

Garam jilat SK ada copper

Garam jilat KNZ takdak copper

2 comments:

  1. Assalam, sy pun ada masalah serupa. guna SK dalam masa agak lama. sekarang guna NAM Trading punya. dulu kadang gilir SK kadang Nam. tak seteruk macam sekarang ni..so, dah stop SK.

    cuma muskil skit garam jilat NAM ni cuma ada Iron sekitar 500mg sedangkan SK ada 1500mg. kenapa worst?

    ReplyDelete
  2. tahap copper dalam SK bagi bebiri takde masalah..yg masalah cuma PKE.

    ReplyDelete