Sunday, December 21, 2014

PARANOID DENGAN IRON

Setelah melalui pengalaman buruk dimana kambing kambing mengalami mass anemia akibat kekurangan serius iron, aku jadi paranoid dengan iron. Aku fikir semuanya patut diperkuatkan dengan iron, semua orang mesti ambik iron.

Termasuk aku, dan keluarga aku.

Habih aku check kelopak mata sendiri, bini, dan dua orang anak pompuan aku. Mencari tanda tanda anemia justeru kekurangan iron. Yep. Aku buat Famacha ke atas setiap ahli keluarga. Bukan kambing je yang kena Famacha.

Kelopak mata aku merah. Urat urat pun jelas nampak. Kemerahan. Tapi ini tak menghalang aku daripada berfikir yang aku kekurangan iron dan mesti beli suplemen iron. Dan memang aku beli. Iberet. Yang biasa doktor kerajaan bagi pada ibu ibu mengandung yang anemik.

Iberet ada B Complex, vitamin C, asid folik, iron dalam bentuk gradumet - semua ini membantu penyerapan iron secara maksimum. Dan.... menaikkan selera makan.

Aku telan Iberet sebelah malam. Dimana tiada intake susu dan kafein. Susu dan kafein menghalang penyerapan iron. Menurut doktor di klinik kerajaan berhampiran. Aku tak pasti kebenarannya tapi aku ikut aje lah.

Dan memang aku rasa ada tenaga extra pada keesokan harinya. Rasa macam ada generator dalam badan aku yang menjana extra 'horsepower'. Dan ini membantu aku buat kerja kerja berat di ladang sampai ke malam.

Malangnya selera makan aku juga bertambah tambah mendadak dadak. Makaaaaannnn aje aku ni. Kejap aje dah rasa lapar.

Ini membahayakan. Sebabnya dalam masa dua hari perut aku naik dari 33 ke 34.

Damn man!

Sekarang bini aku kata perut aku ni macam pompuan mengandung 3 bulan. Oh crap this!

Aku terpaksa berenti makan Iberet. Ataupun sebarang jenis iron supplemen. Kerana iron menaikkan selera makan. Di luar kawalan. 

I got to stop my iron paranoia!

No comments:

Post a Comment