Friday, November 14, 2014

SUJUD SYUKUR BILA TAK DAPAT KAMBING BANTUAN

Baru baru ini seorang rakan pembiak mengeluh dengan kematian mengejut dan besar besaran kambing di ladangnya setelah menerima bebiri pawah sebanyak 6 ekor. 5 betina 1 pejantan. 

Setelah sekian lama membela kambing, baru ni lah pertama kali dapat bantuan pejabat haiwan. Dia terasa seronok dan dihargai. 

Dan sebenarnya... aku telah pun memberi 'early warning' kepada dia agar jangan terima sebarang jenis kambing bantuan/bebiri pawah kerana aku telah menyaksikan sekian banyak penerima bantuan dilanda musibah penyakit dan akhirnya merugikan operasi mereka.

Banyak rakan pembiak terpaksa tutup kandang setelah menerima kambing bantuan. Mereka tidak sedar yang kambing/bebiri luar ini berpenyakit. Punyalah excited punyalah teruja nak terima kambing bantuan sehinggakan mereka susah nak menerima amaran daripada rakan pembiak. 

Dan bila dah dapat, baru nampak kesan kemusnahannya. 

Dalam kes dia, bebiri pawah nampak sihat, tetapi rupanya adalah 'carrier' kepada penyakit radang peparu (pneumonia). Bebiri pawahnya ok, tetapi wabak penyakit pneumonia pantas menyerang kambing kambing sedia ada. Lebih 30 ekor mati.

30 ekor.... yang dapat bantuan cuma 6 ekor. Bayangkan magnitud kerosakan dan kerugian yang terpaksa ditanggungnya. Langsung tak padan dengan kambing yang diterima.

Inipun dia pantas bertindak. Ada modal untuk beli ubat mahal mahal bagi merawat wabak ini. Selama ini elok cantik bahagia membiak kambing kambingnya, tetapi kali ini punah habis usaha biaknya. 

Dirosakkan diracun dikhianati oleh kambing kambing pawah yang dibekalkan oleh importer. Tahun ini semua kambing dan bebiri bantuan di negeri rakan pembiak aku adalah jenis kacukan (pejabat haiwan negeri ini dah sedar kemustahilan biakkan baka aussie). Masalahnya kambing/bebiri kacukan ini bersumberkan negara luar. Siam. Burma. 

Bukannya bersumberkan pembiak tempatan. 

Dan dah banyak kali aku tengok rakan penternak yang tumbang bila main atau dapat bantuan kambing siam/burma. Brucellosis, meliodosis. Dua penyakit ni sinonim dengan kambing siam/burma bagi mereka yang tak berhati hati. 

Kambing ada 600 ekor, sekali datang meliodosis, 200 ekor sekali jalan. Terpaksa gali lubang besar pakai excavator, bawak kambing dengan lori, lepas tu jack semua kambing belakang lori masuk ke dalam lubang. Lepas tu tembak mana mana kambing yang masih mengembek dalam lubang.

Menyayat hati.. 

Yang skim bantuan bersumberkan aussie macam ni pula ceritanya. Takde kes brucellosis, meliodosisi. Tapi sebab adaptation stress akibat perubahan cuaca yang sangat berbeza - banyak yang kiok bila sampai ladang penternak. 

Lepas tu kena tangani penyakit Caseous Lymphadenitis. CL. Ingat boleh main main ka dengan penyakit CL yang endemik dari aussie ni? 

CL ni dulu bukannya ada kat Malaysia. Tapi dah diimport bawak masuk ke Malaysia dan perlahan lahan menjahanamkan potensi pembiakan kambing tempatan. Aku bagi contoh.

Katakan potensi jualan kambing kita setahun $100,000. Tetapi akibat CL, kita cuma boleh kutip $85,000 ke $90,000. Bukan setahun aje jadi macam ni, tapi tiap tiap tahun.

Setiap tahun rugi $15,000. Nilai kambing bantuan? $10,000 - $25,000 je. Itupun kena bayar balik. Bukannya free cik kiah oiiii...

Dahla kena bayar balik, lepas tu terpaksa menelan realiti rugi $15,000 setahun.

Ketongongan apa ini???

Bayangkan magnitud kerosakan yang dibawa oleh kambing kambing import ini kepada usaha biak kita semua. Inilah senario yang berlaku sekarang dalam industri kita. Zaman gelap. Zaman yang berbeza dengan zaman cerah sebelum ini dimana polisi adalah berkiblatkan pembiak dan ternakan tempatan. 

Selagi kita berkiblatkan importer dan negara negara luar, selagi itulah industri kita akan terus diracun. Usaha biak kita akan terus gagal demi gagal. Para pembiak akan berterusan dibunuh. 

Sekarang tuan puan boleh nampak kenapa aku radikal dengan golongan importer ni. Mereka adalah pembunuh peracun pengkhianat. Berterusan membekalkan kambing kambing berpenyakit lagi bertoksik. Mulut mereka manis tetapi beracun. 

Dan yang paling angkuh adalah importer aussie. Angkuh mempertahankan genetik luar. Angkuh mempertahankan kebergantungan kepada kekafiran kekufuran kesesatan. Angkuh menindas para pembiak yang berani bersuara. 

........................
........................
........................

Sebelum aku lebih panas hati, dan mengarang ayat ayat yang lebih panas, baik aku berenti. 

Bagi rakan rakan penternak yang tidak menerima kambing bantuan - usah bersedih tetapi bergembiralah. Tuan puan bebas daripada bencana penyakit. Usaha ternak tuan puan terlindung dari kerugian. Bersujud syukurlah kepada Tuhan atas kebebasan tersebut. Buatlah kenduri 40 hari 40 malam pun takpa. 

Raikan kebebasan dari bantuan. Raikan kebebasan dari penyakit. Raikan kebebasan dari kebergantungan.  Raikan lah dengan gembira segembiranya!

Into the fight for freedom!

*Bagi rakan rakan penternak yang telah terima kambing/bebiri pawah - sila buat ujian darah dengan segera. Buat untuk semua jenis penyakit yang utama. Tiap tiap 3 bulan buat. Kalau tak nak pening kepala, jangan terima kambing pawah.

Lebih elok sistem pawah dihapuskan!

6 comments:

  1. Org pejabat veterinar ade sugest amik kambing pawah tapi dia pun cakap kambing tu x capai spec untuk baka. Dia jujur dan aku pun rasa x perlulah ambik kalau kes camni. Nampaknya semua jabatan ada cter kongkalikong

    ReplyDelete
  2. idea pawah@bantuan ni memang dah bagus. bantu penternak. cuma cara pelaksaan ni macam mmmm.. kena baiki lagi. kena telus setelusnya

    ReplyDelete
  3. Fobia dengar citer Prof. Pada 5/3/2013 ambo mula beli kambing KITA,dan ari ni(4-am) 16/11/2014,Alhamdulillah,kambing ambo tok kenal jarum lagi.Bukan "kedekut" tapi sebab "keperluannya" tak ade.Bukan payah "pencucoknya",sepupu bini ambo je tukang cucoknya,bagi $5/sekor.Bab pawah mempawah ni dah lama dah cerita macam Prof cakap ni.HARAM kandang ambo masuk barang pawah.Ambo akan berjuang dengan DARAH KITA,BUMI KITA,KELUARAN KITA.Salam

    ReplyDelete
  4. lokasi penternak di mana tuan? saya pun mengalami masalah yg sama, bebiri barbados...drp 15 ekor, mati 8 ekor....saya terima dari JPV sgor...baru buat aduan dgn JPV HQ

    ReplyDelete