Wednesday, November 5, 2014

PENGALAMAN SEORANG PENGEMBALA DARI KUANTAN

Semalam aku sempat mendengar pengalaman seorang rakan pembiak dari Kuantan. Bro WH. Sebaya aku. Sebaya tuan punya blog ZiezulGoatworld. Muda sikit dari tuan punya blog Kambing (halimyusopagrofarm). Tua sikit dari tuan punya blog Gemuk-gemuk Agro. 

Bujang. Sama macam tuan punya blog Gembala Kambing.

Buahaha - saja aku nak peningkan tuan puan pembaca. 

Ok. Pendekkan cerita. Pasal dah pening. Bro WH ada printing business kat KL. Beliau tinggalkan bisnes tersebut dibawah jagaan orang kepercayaannya, dan membuka sebuah ladang kambing small scale di Kuantan. 2010.

Pada mulanya beliau bermula dengan boer cross yang dibeli dari trader, dan sistem yang lazim dicanangkan ke seluruh bumi bertuah ini - sistem intensif. Sistem makan tanggung. Sistem cut and carry. Sistem ...... high input, high workload, high cost.

Malang buat bro WH, sistem tersebut tidak mendatangkan output yang sepatutnya buat beliau. Dan beliau simpulkan dengan mudah .... kambing 20 ekor tapi macam jaga 200 ekor.

Setiap pagi beliau akan bangun dan pening memikirkan mana nak cari rumput hari tersebut. Setiap hari berhempas pulas mencari rumput sebanyak banyaknya, dan topup lagi dengan dedak. Sampai pukul 12 tengah malam pun bagi kambing makan lagi (waaaaa dasat dasat work ethic bro WH ni! Tahniah!).

Ini kerana kambing beliau ketika itu akan mengembek sebising bisingnya jika sekilas ternampak kelibat beliau. Pantang nampak, terus bising memanggil manggil. Dan bro WH ingat diorang ni tak cukup makan. Sebab tu bising sangat. Maka berhempas pulaslah bro WH pam makan kambing kambingnya sampaikan kambing jadi bulat sebulat bulatnya.

Tapi kambing masih bising..

Hinggakan bro WH terpaksa buat tabir hitam keliling kandang agar tiada peluang untuk kambing kambing melihat kelibatnya. Baru boleh tidur dengan aman.

Tapi dari segi output, memang tak padan dengan input yang telah dikeluarkan. Maka pada 2012, bro WH terpaksa tutup operasi. Tapi semangatnya tak pernah padam. 2013 mula balik dengan kandang yang telah direnovasi, dan kambing kambing kacukan tempatan yang dibeli dari pembiak. (Tahniah sebesar besarnya kepada bro WH yang tak putus asa). 

Kali ni bro WH memburu ilmu kambing dengan lebih agresif. Dan secara kebetulan terjumpa blog aku. Dan... bro WH telah pun khatam seluruh isi kandungan blog alwigoatfarm. (Terima kasih!).

Bro WH tidak teragak agak untuk mengamalkan sistem semi intensif dimana gembala bertongkat digunapakai. Sepertimana yang aku sarankan. Sepertimana yang Habil AS dan para rasul Allah amalkan zaman berzaman. Alhamdulillah, perubahan sangat positif nampak pada kambing kambing beliau. Input turun mendadak, output naik, kambing sihat, kambing ceria, dan... kambing tidak lagi bising mengembek ngembek. Senyap sesenyap senyapnya.

Bro WH kata "macam takdak kambing dalam kandang". (Ini adalah suatu kebiasaan bagi mana mana ladang kambing yang amalkan sistem gembala - peace and silence). Workload juga turun mendadak, dan bro WH bagi rating "kalau dulu tahap 10 punya beban kerja, sekarang cuma 2". Dedak pun boleh bagi seco'et aje. Kejap bagi. Kejap tak bagi.

Demi Tuhan yang menundukkan kambing, segala kebesaran kepada Dia yang telah menunjukkan jalan gembala kepada para rasulNya! Alhamdulillah!

Terima kasih kepada bro WH yang sudi berkongsi pengalaman. Semoga usaha ternak beliau semakin berjaya dan diberkati Yang Maha Perkasa!

Into freedom!!

*Aku sangat berharap agar bro WH dapat buat blog untuk berkongsi pengalamannya. Buleh kan bro?


3 comments:

  1. Replies
    1. takdak gambar. dia belum buat blog lagi. fesbuk baru buat.kot.

      Delete
    2. ya kalau ada blog memang elok, kongsi2 pengalaman

      Delete