Tuesday, November 25, 2014

GOD CENTRIC CULTURE

Assalamualaikum dan selamat pagi semua rakan rakan pembiak dari lapisan langit pertama hinggalah lapisan ketujuh! Juga kepada para pembiak di seluruh multiple universe!

"Ya Allah Tuhan yang menciptakan manusia dan menundukkan tanaman dan ternakan buat mereka, kurniakanlah kesihatan dan kesuburan pada tanaman juga ternakan kami. Sesungguhnya tiadalah kami ini berhasil tanpa pertolongan dan limpah kurniaMu kepada kami. Berikanlah kekuatan kepada ku dan rakan rakan pembiakku dalam menempuhi jalan yang telah Engkau tunjukkan kepada Habil dan para rasul sesudahnya. Berkatilah usaha kami sebagaimana engkau berkati jalan mereka yang tunduk kepadaMu."

.... dah beberapa hari aku amalkan doa ini. Sebelum ini doaku lebih tertumpu kepada diri sendiri (selfish aku ni! ya Allah ampunkan kesombonganku, maafkanlah kelalaianku). Sekarang aku doakan rakan rakan pembiak setiap hari. Agar kita semua beroleh kekuatan dalam perjuangan kita membebaskan diri dari kebergantungan.

Mmm.. bila aku perhatikan sejarah nenek moyang manusia, atau ketamadunan mereka - semuanya God centric. Berpaksikan Tuhan. Utamanya kepada tamadun agrarian atau tamadun yang banyak bercucuk tanam atau tamadun yang banyak menghasilkan makanan. 

Lagi banyak hasil mahsul pertanian, lagi kuat pegangan kepada Tuhan, lagi besar dan lagi hebat amalan qurban (sacrifice) mereka. Tak kisahlah ianya monotheism atau polytheism. Tapi memang konsep 'penghambaan kepada Tuhan' adalah sangat kuat dalam budaya agrarian. 

Dan dalam keadaan teknologi pertanian kurang, tetapi berkat hasil doa dan qurban mereka kepada Tuhan, mereka dilimpahi hasil mahsul pertanian yang melimpah ruah.

Macam kerajaan firaun mesir zaman Nabi Yusuf Alaihissalam. Buleh simpan stok bijirin yang bertahan 7 tahun walhal kemarau 7 tahun. Bukan sahaja cukup kepada rakyat mesir, tapi siap boleh bantu kerajaan kerajaan jiran sekeliling selama 7 tahun.

7 tahun... bukannya 7 hari atau 7 bulan.

Besar betul magnitud output pertanian. Melimpah ruah penghasilan makanan.

Zaman kita yang penuh atheism ni mana ada mampu buat macam tu. Padahal teknologi canggih manggih. Jauh mendahului zaman nenek moyang kita. Tapi sekali datang kemarau  atau flooding atau musim sejuk 3-4 bulan, terus menggelabah satu globe. 

Ini membuatkan aku terpikir... Sepatutnya semua golongan petani penternak nelayan mesti dididik dengan peri pentingnya membina hubungan dengan Tuhan. Kurikulum sekolah sekolah pertanian mesti tanamkan sedalam dalamnya  'networking dengan Tuhan' kepada setiap pelajar mereka. 

Kita bukan sahaja kejar teknologi, tapi yang lebih utama ... kejar hubungan dengan Pencipta yang telah menurunkan kita ke Bumi dan menundukkan tumbuhan dan haiwan buat kita semua.

Kita sangat sangat bergantung kepada rahmatNya.

Dan sifat PemurahNya. 

"Tiadalah semua ini wujud tanpa kekuatan dan pertolongan dari Mu ya Allah!"

Assalamualaikum!


1 comment: