Sunday, November 23, 2014

BAGAIMANA MEMENANGKAN ULAMA

Aku musykil bilamana aku perhatikan setiap rasul, yakni golongan yang diwajibkan menyampaikan kebenaran, dimestikan melalui pengalaman sebagai seorang pengembala kambing. Terutamanya ketika mereka muda remaja. Umur belasan tahun. 

Aku fikir medan gembala adalah suatu pilihan yang sangat aneh untuk membina peribadi atau membina sifat kepimpinan. Sepatutnya tugas menyampaikan kebenaran, seterusnya memimpin masyarakat, mempengaruhi masyarakat - memerlukan para rasul ini diberi pendedahan sebanyak banyaknya untuk bergaul dengan masyarakat. Lebih banyak masa dihabiskan bermasyarakat, lebih tinggi daya kepimpinan yang bakal tercipta. 

Sepatutnya para rasul ini dilatih tubi sepuas puasnya dengan 'interpersonal skill', atau kemahiran berhubung sesama manusia. Jaringan sesama manusia. Human networking.

Sepatutnya.

Tetapi kita tahu kehidupan seorang pengembala memerlukan keterasingan dari manusia. Kita tahu kehidupan seorang pengembala, ketika mengembala, adalah sendirian. Diam keseorangan. Silence. Bebas dari hiruk pikuk, atau campurtangan, atau suara manusia. Bebas dari jaringan manusia. Free from human network.

Tiada kemahiran interpersonal boleh dibina disini.

Dan... kerana itulah, sebab itulah, ianya memberi ruang untuk suatu kemahiran baru muncul. Kemahiran yang boleh dilatih. Kemahiran yang sangat berkuasa.

Intrapersonal ability.

Kemahiran melihat ke dalam diri. Kemampuan mengenal diri sendiri. Mendengar konflik, persoalan, rintihan, rungutan, ........ dan kehendak... jiwa. Ruh. Maka dari sinilah, bermulanya kembara dan kebolehan untuk mengenal Tuhan.

God networking.

Ya.. hanya bila kita terasing, hanya bila senyap sunyi, hanya bila pancaindera kita bebas dari asakan melayan manusia lain, barulah..... kita ada ruang untuk kenal diri sendiri, ada ruang untuk berbicara dengan Tuhan.

Sekarang aku tahu. Rupanya para rasul ini diwajibkan tugasan gembala agar mereka dapat mengenal diri sendiri, mengenal Tuhan mereka, membina kekuatan hubungan dengan Tuhan, bagaimana memelihara kekuatan hubungan tersebut DAN akhirnya mendapat kekuatan langsung dari Tuhan untuk memulakan dan bertahan dalam dakwah. Misi agung mereka.

Dan aku tahu menyampaikan kebenaran, yang pastinya mendapat tentangan sengit kebanyakan manusia, TIDAK CUKUP dengan kekuatan sendiri melainkan dengan bantuan kekuatan yang diberikan Tuhan. 

Siang gembala. Malam solat tahajjud.

Siang diam. Malam diam.

Siang kenal diri sendiri. Malam kenal diri sendiri.

Siang berbicara dengan Tuhan. Malam berbicara dengan Tuhan.

Siang malam ada ruang untuk kenal dan dekat dengan Tuhan.

Dan inilah cara terpantas untuk membina network dengan Tuhan. Broadband dengan Tuhan. Upload segala masalah dan kerisauan kita kepada Tuhan, dan didownloadkan dengan ketenangan kekuatan keyakinan yang jalan kita pasti bertemu kemenangan. Hatta sebesar mana pun rintangan tersebut. 

Jadi kepada para ulama, dan utamanya kepada mereka mereka yang mahu anak anak menjadi ulama pewaris Nabi, ada baiknya jadi gembala kambing buat sementara. 

Ada baiknya kita ikut jalan para rasul. Kalau para rasul semuanya jadi pengembala kambing sebelum berdakwah, kita pun ikut jalan tersebut. Anak anak muda di sekolah sekolah agama atau pesantren - kita latih mereka dengan tugas gembala. Agar mereka dapat bina 'intrapersonal ability' mereka. 

Ya aku fikir tugasan mengembala kambing adalah komponen penting dalam kurikulum pembentukan ulama. Ianya memberikan kelebihan kompetitif, dan kekuatan luar biasa dalam usaha kita menyampaikan kebenaran dan melenyapkan kebatilan. Sebagaimana yang terjadi kepada para rasul.

Sesungguhnya dakwah  tidak cukup dengan kebolehan jaringan sesama manusia, tetapi ia perlukan kekuatan tambahan bersumberkan  jaringan dengan Tuhan. Baru tinggi baru cerah peluang kita untuk berjaya dalam usaha dakwah.

Itulah kekuatan gembala dalam usaha dakwah. Network dengan Tuhan. Intra personal strength.

Semoga para ulama terus dimenangkan! Semoga kita semua umat Muhammad SAW  Nabi yang Terakhir, diberikan kekuatan untuk meneruskan kerja kerja kenabiannya! Semoga kita semua bertemu jalan kemenangan!

Long live gembala!

Assalamualaikum!





2 comments:

  1. Musim hujan ni...pengembala jugak mengalami kesukaran,...tergelicik,..jatuh dalam lecah....dan bangun dengan kotoran lumpur untuk terus mengembala!!! (Es Emdi)

    ReplyDelete
  2. Kambing antara binatang yg nakal...Cuba cari mana ada sarkas guna kambing dlm persembahan mereka.Kalau jaga Kambing pun susah,apalagi nak jaga manusia-Sablee.

    ReplyDelete