Sunday, July 20, 2014

PINKEYE INFECTION

Kambing orang lain tahan asap. Kambing aku tak tahan. 

Vulnerable. Very vulnerable. Almost defenseless. The speed of infection is astonishing.

Dalam usaha aku menangani wabak pinkeye dikalangan kambing kambing, aku cepat cepat order pinkeye spray. $45 sebotol. 

Tak sampai 15 ekor kambing - dah habis? Cilakak betul. Baik aku guna terramycin LA injection aje. $50 sebotol. Banyak kambing boleh bagi. Tempoh keberkesanan pun lebih lama.

Pinkeye aerosol. Tak puas hati dengan harga dan kapasiti aplikasi.

Pinkeye. Atau konjuktivitis. Mata berair air. Air mata mengandungi bakteria yang mudah merebak. Cara terbaik (yang aku tahu setakat ini) - basuh kedua dua belah mata dengan disinfectant (air bergaram, atau dalam kes aku bila garam takde - air berclorox buehehe). 

Kemudian inject terramycin. Lepas tu spray antibiotik ke dua dua belah mata. Banyak kerja sebenarnya kalau kambing dah kena sakit mata. Tak boleh dibiarkan. Boleh jadi buta.

Pinkish. Greyish. Ntah mana satu yang betul. 

Clorox + air. Biasa orang guna garam + air. Aku punya stok garam mana pegi ntah. Sebat ajelah apa yang ada. Pipi kambing yang berair air tu wajib dibersihkan dinyahkumankan. Demi memperlahankan perebakan. 

Lepas kena sembur dengan pinkeye aerosol.

Lagi contoh kambing yang kena pink eye. Ada berbelas ekor situasi macam ni.

Very bad case of pink eye. Aku terlepas pandang. Tak perasan situasi dia ni. Pasal dia selalu menyorok bawah palung makan. Kes macam ni memang kena inject terramycin, cuci hari hari, spray hari hari. Banyak keroje weh!

Front view. Teruk. Dua dua belah mata dah kena pink eye. Tapi yang peliknya si budak dara ni masih mampu ikut meragut. 

Pinkeye sebenarnya aku rasa sakit yang kuat untuk kambing. Boleh demam. Agaknya sakit kepala juga. Kita memang kena cepat cepat rawat. Jangan tangguh tangguh. Bahaya sakit ni. 

Ada teknik atau petua lain yang lebih mudah atau lebih berkesan untuk atasi pinkeye?



4 comments:

  1. ya, kadang memang tak perasan ternakan kena pink eye ni. Cuma, saya guna hanya pink eye spray. yg lain tak guna. ok je selepas tu (mahal skit la..)

    masalah bebiri cuma ketosis (ini sebab cara pemakanan je), pink eye (jarang -jarang sekali) dan pnuemonia paru-paru/selsema. yg lain takde masalah, cuma kadang-kadang ternakan mati mengejut tu banyak sebabnya lah (kembung contohnya)..tak nampak sangat sebab kita ingat bunting.

    ReplyDelete
  2. Salam tuan,saya lbh ska gna terramycin LA eye ointment..yg bntuk gel 2..mngkin lbh byk krja ckt dan mngkin jd mhl ckt..rm3.5o -4.5o 1 tube kot skrng..tp sy lbh puas hti..

    ReplyDelete
  3. Saya setuju dengan noru...saya pakai terramycin LA eye ointment. Kat JPV RM3.5, kat farmasi RM4.5 hingga RM6.5 berkesan, lebih murah dan jimat (banyak dosage per tube)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Tuan dan para pembaca...

    Saya dah try guna Vaseline Pretoleum Jelly utk rawat pink eye ni. alhamdulillah mujarab.

    Cuma sapukan terus jelly pada mata yg kena jangkitan.

    Wassalam.

    ReplyDelete