Wednesday, July 9, 2014

KAMBING DALAM DUSUN - FABULOUS!

Terlebih dahulu, aku nak ucapkan terima kasih kepada seorang pembaca tegar blog yang memaklumkan pada aku semalam bahawa dia telah khatam blog aku. Habih semua post dibacanya. Aku juga nak ucapkan terima kasih kepada lain lain pembaca yang telah khatam blog aku sebelum ini, dan juga mereka mereka yang bersusah payah 'print out' semua hasil penulisan aku. 

Kadang kadang moral aku jatuh, takde semangat nak menulis, dan bila dapat sokongan 'private' macam ni - yes, you give me hope, you give me the spirit to continue my writing. 

Aku menghargai sokongan kalian. Terima kasih banyak banyak!!

Ok. Semalam ada pembaca tanya sesuai tak kambing bela dalam dusun buah buahan. 

Mmmmmm...... tengok dusun. Tahap mana 'vegetation' bawah dusun. 

Bagi aku, dibawah cuaca tropika yang panas dan lembap, dimana 'heat stress' kepada ternakan sangat mudah terjadi berbanding zon cuaca lain - 'open pasture' atau padang ragut terbuka adalah kurang sesuai untuk ruminan. Apalagi ruminan jenis meragut. Macam kambing macam rusa.

Dengan open pasture, kita tak dapat ekstrak potensi penuh prestasi PEMBIAKAN kambing kita (bagi sesiapa yang mengamalkan sistem semi intensif). 

Aku pikir 'wooded pasture' macam dusun buah, atau sawit, atau getah adalah lebih kondusif untuk kambing. Faktor 'heat stress' kepada ternakan dan juga sang pengembala - dapat dikurangkan ke tahap minimum. 

Jangan main main dengan heat stress. Ini adalah faktor yang sangat sangat mempengaruhi prestasi ternakan kita. Baik kadar kelahiran, mahupun kadar pertumbuhan berat badan. Sangat mempengaruhi. 

Tapi, jenis dan tahap vegetation dalam wooded pasture juga main peranan ke atas prestasi ternakan. Kalau rumput sejenis aje bawah wooded pasture, ataupun cantik semacam landscaping - alamat kambing kita membiak biasa biasa aje la. 

Tapi kalau jenis liar, ada paku pakis, semak samun, pisang liar, atau rasa seram aje nak masuk, alamatnya - phewitttt.... kambing kita membiak dan menggemuk sangat baik. 

Bagi aku kalau betul 'vegetation' bawah dusun, maka kambing + dusun  = sinergi. Bukan lagi 1+1 = 2. Tetapi 1+1 = 3.

Yeah itu observasi aku sepanjang menjadi pengembala. 

Aku tak tahu observasi penternak lain.

Selamat membiak!

Low quality wooded pasture

Better quality wooded pasture

2 comments:

  1. Kalau kat dusun mesti "low quality wooded pasture".....like my dusun, takkan nak biarkan semak samun??? (Es Emdi)

    ReplyDelete
  2. rumput liar byk kat kawasan trbuka.kalo bwah pokok hutan rimbunrumput pn pyah nk hidup.

    ReplyDelete