Thursday, July 10, 2014

KAKI PUNGGUNG!

Gilo aku ni. Bulan pose sibuk cerita punggung. Bulan tak pose takde plak teringin cerita punggung. Aiii....

Itu hari aku ada buat test pada Red Fellow. Aku letak dia dalam kandang breeder yang penuh betina. Rilek. Takde apa pun. Semua kambing menjauh.

Tapi sebaik sahaja aku letak Red Fellow dalam kandang jantan - tu diaaa.... terus kena gomol kena gigit kena panjat. Memang selamat dia jadi lauk. Walaupun dia plastik, dan aku sangat pasti tiada pheromone yang dikeluarkan. 

Jantan memang.... sexually driven. Visually stimulated.

Bentuk sahaja sudah cukup mengghairahkan bagi sang jantan. 

Kambing betina semuanya saspen dengan kehadiran Red Fellow. Semua menjauh..

Dalam kandang jantan. Letak aje dah terus kena cium cium.

Dah kena panjat.

Jantan... jantan..... 

So it's very clear that males are very lusty. Very natural. Fitrah.

Cerita pasal pheromon, didapati kambing jantan keluarkan 'minyak wanginya' di bulu pada kepala. Ini adalah cara utama menarik perhatian betina. Kalau dia kencing kencing pada badannya sendiri itu cumalah sebagai booster. Turbo. Enhancement.

Yang utamanya tetap bau pada bulu di kepala. 

Selamat membiak!


2 comments:

  1. ish3... puasa tak puasa sama je kambing2 ni.

    ReplyDelete
  2. Tuan.. mohon buat satu post tentang palestin diserang. Promote sumbangan melalui aman palestin.

    Semoga usaha kita semua di berkati

    ReplyDelete