Friday, July 4, 2014

JUALAN KAMBING BULAN PUASA

Operasi aku sahaja. Orang lain aku tak tahu.

Ok. Tuan puan tahu sangat sangat aku tak agresif dalam pemasaran. Slow sangat bab bab marketing nih. Dan tumpuan aku adalah livestock - kambing hidup semata mata. Dan... mode utama sales aku sekarang ialah jualan runcit. Kiranya yang datang beli seekor dua. Lebih lebih pun tiga empat ekor. 

Hmmm... aku tak gembira nak melaporkan yang 'retail demand' untuk kambing jantan adalah slow. Too slow. 

Ye ke tak gembira? Pasalnya ada juga selit rasa gembira. Yeah... ada ruang untuk kambing kambing jantan aku yang sedia ada untuk terus membesar. Biasanya kambing jantan aku capai 25kg dah lesap. Yang ada sekarang semua kecik kecik baru cerai susu. Bawah 25kg semuanya. Jadi slow retail demand untuk bulan puasa beri aku 'breathing space'.

Dan kalau aku layan wholesale demand/borong - baik jantan atau betina - dah lama lesap semua stok yang ada. Waiting list panjang. Dan semakin panjang. It's growing by the day. Not by week. Not by month.

Ok ok ok. Gambaran sebenarnya atau yang tersirat bagi sesapa yang tak berapa nampak - demand untuk kambing tinggi.

Kalau retail nampak slow - boleh aje pindah channel lain. Wholesale. Berderet deret trader yang menunggu (dan banyak trader sekarang offer harga yang lebih menarik. Tak macam dulu). Dan berderet deret penternak baru yang menunggu stok. 

Kalau rajin buat promosi - lagi mahsyuk demand. Dan kalau lokasi ladang adalah strategik tak remote macam aku - lagi lagi bertambah demand.

Nothing to worry about demand. Livestock demand. Baik untuk jantan. Betina. Yang kondem. Sentiasa ada buyer.

Cuma nak rajin sikit hulur tali pancing.  

Selamat membiakkan kambing!

Sebahagian anak anak kambing yang baru cerai susu dan sedang digemukkan. Kedatangan ramadhan beri aku sedikit ruang untuk 'slow down' dan beri tumpuan pada 'production' setelah sekian lama tak diambil peduli. 

5 comments:

  1. Lain pula hal di kelantan ni. Saya tak cukup kambing nak supply. Habis di jual kepada pelanggan.cuma tinggal yg belum cerai susu. Banyaknya untuk majlis buka puasa. Nak cari kambing trading pun tak dapat..harga mahal sangat..kambing seberang..risiko penyakit dan kematian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huiii.... kalah pisang goreng panas! baik baik baik tahniah! semoga usaha ternak tuan semakin berjaya

      Delete
  2. Wow...makin byk kambing...tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiadalah semua ini wujud tanpa kekuatan dari Yang Maha Perkasa! btw, Rayyan Livestocks kat mana yek?

      Delete
    2. gak slow buyer kat jitra bro....

      Delete