Tuesday, July 15, 2014

ITS CALLED FLEHMEN!

Selama ini fenomena kambing yang pelik dimana kambing cium kencing kawan dia kemudian menggulungkan bibir atas - aku panggil 'juih juih'. Sebutan Melayu yang sebenar aku tak tahu. Tapi omputih kata 'flehmen'. Kalau kambing sedang buat menatang ni - 'flehmening'.

Flehmen bukan sahaja pada kambing, tetapi hampir semua mamalia. Manusia? Hmmm..... ntah la susah nak cerita ;)

Ok. Flehmen sebenarnya suatu fitrah (built in response/reflex). Jantan dan betina. Semua buat. Termasuklah jantan yang dipotong telurnya. Flehmen membantu mengenalpasti tahap kesuburan dan kesediaan seseorang individu yang di.. flehmenkan ;)

Flehmen menguatkan deria bau dengan cara mempercepatkan pemindahan bau/feromon dari hujung mulut ke organ vomeronasal/Jacobson's organ. Jadi lebih pantas dan lebih tepat untuk kenalpasti status sebenar kambing yang dicium kencingnya. 

Macam gambar gambar ni. 

Bebiri jantan..

Kuda..

Tapir..


Kambing... yang ni melampau lampau flehmen response nya. Gilo..

3 comments:

  1. Salam-ada Kala Kambing jantan ia hisap kemaluannya sendiri, kenapa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. halamak tuan! saya belum study lagi part tu!

      Delete
    2. haah betul, ade kambing jantan saya isap kemaluan sendiri.
      sebab ape ye?

      Delete