Saturday, June 7, 2014

TERIMA KASIH TUHAN KERANA JADIKAN LEMBU BAOULE!

Di Barat Afrika (yang sama zon cuaca dengan kita yang tropik) banyak lembu mati setiap tahun kerana serangan penyakit trypanosomosis (wasting disease atau sleeping sickness). Jutaan lembu telah pun mati. Lembu jadi sangat anemik dan biasanya mati.  Penyakit ini disebabkan oleh lalat tsetse yang menjadi vektor untuk sejenis protozoa yang menjadi punca sebenar trypanosomosis.

Lebih kurang sama pesen dengan malaria atau denggi, dimana nyamuk jadi pembawa protozoa yang menyebabkan penyakit tersebut. 

Didapati sejenis lembu baka tempatan Afrika yang kecik molek atau dwarf atau pygmy - dipanggil sebagai baka Baoule - memiliki daya rintang dan daya juang yang tinggi terhadap trypanosomosis. 

Yaaaa!! Genetik tempatan sekali lagi menjadi penyelamat untuk masa depan industri ternakan!

Ada pun di Barat Afrika sekarang sudah mula ada bermacam macam pesen lembu termasuklah lembu yang diimport. Baka baka bergenetik asing. Ini kerana lembu lembu luar zon cuaca ini ada lebih daging dan lebih susu. Jadi ianya adalah option yang menarik. Tetapi sama seperti kita disini, haiwan dari zon cuaca berbeza banyak masalah kesihatan. Mudah sakit mudah mati. Tak tahan dengan cuaca dan parasit tempatan.

Contohnya trypanosomosis yang merupakan ancaman besar di Afrika. 

Walaupun baka Zebu yang berasal dari India diimport dan dibiakkan (ada genetik tropik juga), tetapi di India tiada lalat tsetse. Di Afrika ada. Haaa sebab itu para saintis di sana sekarang tengah berusaha mengkaji bagaimana nak mengurangkan ancaman trypanosomosis ini.

Mereka dapati lembu Baoule tidak mudah dijangkiti, dan kalau dijangkiti - demam sekejap hilang berat sekejap tetapi sembuh balik. Walaupun konsentrasi protozoa dalam badan sangat tinggi. 

Yes! Lembu Baoule yang kecik molek ini memiliki resilience yang sangat tinggi terhadap penyakit berbahaya ini. Rilek aje dia hidup sihat walafiat lagi membiak biak. 

Berbeza dengan lembu lembu baka asing dimana kewujudan konsentrasi tinggi protozoa ini pastinya.... dah gol. Dah kiok. Sangat merugikan.

Jadi para saintis sedang berjuang untuk memelihara genetik Baoule, DAN mengkacukkan Baoule dengan baka baka asing dengan harapan kacukan ini memiliki daya rintang dan daya juang lebih baik terhadap trypanosomosis (dan juga penyakit penyakit endemik kawasan ini). 

Yes! Genetik tempatan dijadikan paksi dalam usaha pembiakan. Alhamdulillah.

Baoule - small in size, big in immunity. Sama seperti baka Kedah-Kelantan kita.

Terima kasih Tuhan kerana menjadikan baka Baoule dan Kedah-Kelantan!

Baoule - kecil kecil cilipadi.. syabas!

2 comments:

  1. salam,5 ekor kambing betina saya dah beranak,2 kelahiran kembar 2 dari induk yg pnh branak manakala 3 kelahiran lg single birth,1st beranak..dari 5 ekor ibu,ada 7 anak..tp seekor mati,tinggal 6..kesemuanya anak jantan tmasuk yg mati..sy baru start menternak dan inginkan anak betina untuk dijadikan induk..sistem yg sy gunakan semi intensif (gembala)..mcm mana petua2 untuk dptkn kelahiran ank betina kerana semua yg lahir jantan..untuk makluman kawsan ragutan byk tdpt pokok ulaman,ubatan..adakah ini adalah 1 penyebab?

    ReplyDelete
  2. sy start menternak awal bln 1 thn ni dengan 6 betina,1 jantan..sekarang dh bertambah 6 ekor,jumlah 13 ekor..

    ReplyDelete