Monday, June 2, 2014

SINGGAH KEJAP LAZULI

Hari Isnin aku balik semula ke ladang. Sempat singgah Lazuli untuk beli sedikit supply untuk operasi kambing. 

Lazuli ni kedai vet bagi sesapa yang belum tahu. Di Kelana Jaya, Selangor. Dah lama dalam industri. Tak seagresif Km Vet dan Ks Vet dalam pemasaran. Aku rasa Glovet pun lagi agresif dari Lazuli. Tapi takpe, sebab Lazuli dah ada nama. 

Sedikit gambar semasa disana.



Proton Saga wagon ni takdak kaitan dengan Lazuli. Tapi sebab dia parking depan Lazuli, dan aku ada terpikir nak cari kereta sepesen ini untuk operasi ladang. 


Garam jilat rockies phosrich. Lebih sesuai untuk lembu dan bebiri. Aku tak guna yang ini untuk kambing. 


Dalam opis Lazuli di tingkat atas. Ada perubahan susun atur dari kunjungan terakhir aku. Di sini ada jual pisau pisau berkualiti untuk sembelihan ternakan. 


Antara ubatan. Banyak aku tak guna pun. 


More stuff. Tapi ni display aje lah. Stor barang di tingkat bawah. 


Hari ni yang melayan aku ialah Kak Zan. Lama dah kerja ngan Lazuli ni. Kak Wan tak mahu gambarnya diambil. Dr Sue pula takdak hari ni. Cuti.


Ada pembekal baru tag telinga di Lazuli. Biasanya Lazuli guna aussie tag. Mahal tapi tahanlah kot. 

Aku guna Nam Trading punya. 100 pasang harganya $150. Tak tahanlah, asyik digigit kambing. Asyik kena replace je. Kalau aussie tag, 100 pasang harganya $330. Applicator lain harga. Buahaha.... mahal banyak, tapi tahanlah kot. 


Stor Lazuli. Kat sini ada juga jual pagar cyclone, pagar letrik, mesin chopper, bla bla bla.....

Ok. Itu sahaja buat kali ini. Terima kasih kepada Kak Zan yang melayan aku. 

Selamat membiak!


5 comments:

  1. Haha..aku baru je pegi pagi jumaat tu. Kak Zan juga yg ada. Beli sikit ubatan dan tag tambahan..Aussie tag lagi murah.RM112/100 pcs. Tapi yg dah numbered dan lebih kecil. Setakat ni kambing takde gigit.gantian lebih kurang 5 biji.dan yg paling penting..telinga cepat sembuh dan tak pernah ada yang infection.

    ReplyDelete
  2. Huii pergi juga Lazuli.

    Gantian 5 biji tu adakah untuk yang baru dipasang selepas jumaat?

    ReplyDelete
  3. Memang tempat saya beli ubat......main reason, dekat rumah!! Dulu banyak vet,..tapi sekarang cuma Dr Sue ajor!! My only comment, Dr Sue ni banyak sangat teori...jarang dia zero in to the problem!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai vet dia dah keluar bukak business sendiri kot..

      Delete