Tuesday, May 27, 2014

YANG TERSEMBUNYI DENGAN IRISH GREAT FAMINE

Bila genetik tempatan ditinggalkan.

Irish Great Famine yang berlangsung 1845 -1849 di Ireland dimana lebih 1 juta kematian direkodkan, sebenarnya, ialah Irish Potato Famine. Ketika itu kentang telah menjadi makanan ruji kebanyakan rakyat Ireland, dan Ireland semasa itu adalah dibawah pemerintahan British.

Dan kentang sebenarnya bukanlah tumbuhan asal di Ireland yang beriklim temperate. Tak pernah wujud. (Penting fakta ni). Tetapi pada 1500 ia dibawa oleh kelasi Amerika Selatan, dan perlahan lahan diperkenalkan. Pada 1800 ia telah pun menjadi sangat popular dan menjadi tanaman pilihan kebanyakan petani.

Ok. Dalam masa 300 tahun, didapati kentang pergunungan Amerika Selatan (penting penting! - amerika selatan beriklim panas lembap tetapi kawasan pergunungan ini memiliki subzon temperate) boleh adaptasi dengan elok dan jayanya di Ireland. Mestilah, sebab cuaca hampir sama. Pergunungan yang sejuk dan kebetulan - kering. 

Sejuk dan kering. Kena ingat ni. 

Ireland dan pergunungan Amerika Selatan tempat asal kentang - memiliki cuaca hampir sama. Jadi kentang membiak subur.

Lebih lebih lagi bila varieti baru diperkenalkan. Lumper. Hybrid. Kacukan. Hasil kentang melonjak tinggi. Semua orang sibuk makan kentang tanam kentang. TETAPI baka Lumper ialah terbitan genetik asing - dari Amerika Selatan juga. Jenis high yield. 

Lumper tiada genetik tempatan atau genetik asal atau genetik kentang liar yang tumbuh di Amerika Selatan. TIADA genetik yang telah terbukti tahan hidup selama ribuan tahun dengan perubahan cuaca. 

DAN bila cuaca berubah di Ireland bermula 1843, dimana iklim menjadi lebih lembap dan lebih sejuk - kentang Lumper yang meluas kawasan tanamannya diserang oleh suatu penyakit kulat yang aneh lagi berbisa : 

Phytophtora infestans

Semua tanaman kentang Lumper gagal. Meluas. Seluruh tanah Ireland. Dan bukan sahaja varieti Lumper yang terkena tempias, tetapi semua varieti kentang di Ireland diserang juga kulat berbisa tersebut. (Mereka juga bukan 'native' bukan pribumi kawasan tersebut). 

Potato blight telah memunculkan diri.

Kebuluran melanda. Wabak penyakit menyerang dan merebak. Kematian demi kematian. 

Impian syurga makanan yang melimpah limpah bertukar menjadi mimpi ngeri  kebuluran dan derita.

Dan...Ini bukan kemarau tuan puan. Ini cuma sedikit perubahan cuaca. Hujan tambah sikit..

Apa yang nampak promising selama 300 tahun, apa yang nampak ok selama 300 tahun, apa yang nampak melimpah ruah selama 300 tahun - semuanya - lenyap punah dalam masa yang singkat.

Genetik asing yang dibayangkan menjadi penyelamat..... tersungkur rebah dan membawa bersama samanya, kesengsaraan kepada seluruh rakyat Ireland. 

Dan rupanya hampir di seluruh dunia, dan di pergunungan amerika selatan tempat asal kentang, juga diserang phytophora infestans. Tetapi.... sebahagian besar kentang di kawasan pergunungan ini telah pun dikacukkan dengan genetik liar genetik pribumi kawasan itu. Jadi serangan potato blight adalah terhad dan tidak memudaratkan.

Genetik tempatan adalah penyelamat..

Sekarang kita semua nampak apa yang sebenarnya terjadi ketika Irish Potato Famine. Para petani terlepas pandang akan kekuatan genetik tempatan genetik asal sesuatu kawasan. Sebaliknya genetik asing dijulang julang kehebatannya. Dianggap sebagai hero kerana pulangan yang nampak sangat meyakinkan. 

Sayang sekali strategi itu gagal dan membawa bencana kepada seluruh rakyat.

Sama juga lah ceritanya dengan kita penternak ruminan sekarang. Kita nak mengulang sejarah Irish Great Famine. Kita ni zon cuaca panas lembap. Kacang adalah genetik pribumi kawasan ini. Tetapi kita sibuk dengan dasar pandang ke australia yang cuacanya panas kering. Kita fikir baka baka zon panas kering sesuai dibiakkan di kawasan tropika kita - malangnya itu hanyalah khayalan kita semata mata.

Baka zon cuaca yang berbeza dengan kita pasti sukar dibiakkan. Dan kalau ia berjaya dibiakkan ia memerlukan input yang tinggi. Melainkan kalau kita guna sebagai genetic improvement untuk mempelbagaikan varieti baka. Maknanya kita kacukkan dengan genetik tempatan kita. Yang ni masuk akal. Yang ni ada chance survival bila ada perubahan cuaca dan serangan penyakit.

Selagi ada paksi pada darah tempatan, peluang kejayaan dan survivability usaha biak kita - ada..

Kita kena yakin dengan nilai tinggi darah yang mengalir dalam tubuh kita. Kita adalah anak watan. Kita adalah pribumi kawasan ini. Kita tumbuh dari tanah ini. Kita muncul berkembang biak dengan hasil mahsul tanah sini. 

Hargai darah kita. Hargai genetik tempatan.

Darah kita penyelamat kita!




4 comments:

  1. "Ok dah habis? Dah habis? Dah selesai? Ada apa lagi nak cakap?"

    Kata-kata seorang importer penyembah negara australia kepada aku semasa aku beri cadangan supaya pembiakan lembu di Malaysia berpaksikan darah tempatan atau dari baka yang sama zon iklimnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak sangat perangai importer yang pikir keuntungan jangka pendek daripada kesejahteraan industri.

      Tamak.

      Delete
  2. syabas..artikel yg sangat bagus..
    bukan saja potato dan kambing.. bebiri pun serupa.. Siamese long tail dan malin adalah baka tempatan yang sudah dilupakan..tahan penyakit dll.. walaupun nama SLT, tapi dalam kamus ruminen dunia, berasal dari malaysia atau SEA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye tuan kita mesti bergerak untuk memberi kesedaran kepada rakan rakan penternak agar memelihara genetik tempatan.

      terima kasih kerana turut sama percaya pada kekuatan darah kita sendiri!

      Delete