Thursday, May 22, 2014

UNTUK RAKAN PENTERNAK DI BRUNEI

Terima kasih kepada rakan rakan penternak kambing dari Brunei yang sudi membaca blog ini. Terima kasih atas sokongan tuan puan.

Baik. Soalan pertama.

Berapa umur dan average berat kambing prof yang mula dicerai susu?

Ok. Pertama sekali, jawapan aku adalah berdasarkan pengalaman aku dengan kambing kacukan tempatan. Maknanya penternak lain akan berbeza pandangan. Lain ladang lain stail. Macam macam pesen.

Biasanya aku akan cerai susu umur 3-4 bulan bagi anak jantan, atau, beratnya 12-15kg. Dan... aku lebih berpandukan situasi kesihatan dan berat badannya berbanding umur. 

Bagi anak betina, tiada program cerai susu. 

Seriously, aku tak kisah sangat program cerai susu SEBAB kambing berdarah tempatan akan kahwin secara automatik. Tak perlu susah susah cerai susu untuk menggalakkan betina mengawan kembali. Kambing berdarah tempatan akan biang semulajadi tanpa perlu tunggu 'bercerai' dari anaknya.

Ada sesetengah pembiak, utamanya yang biakkan baka asing dan baka eksotik, akan ambil berat program cerai susu - sebabnya - kambing baka asing atau eksotik hanya akan datang biang selepas 'kehilangan' anaknya.
_____________________________________

Soalan kedua.

Berapa umur dan average berat kambing yang dijual?

Biasanya umur 7-8 bulan dan ketika ini beratnya 25kg - 30kg. 

Buat masa ini - just nice - menepati keperluan pasaran sekitar ladang aku. End user. Retail. Sekarang banyak customer Melayu, dan mereka tak berapa nakkan kambing yang besau besau. Kalau customer India, memang nakkan jantan 30kg ke atas untuk sembahyang di kuil. Kalau perayaan, diorang nak kambing betina kondem, atau  yang dah dipencenkan. Dan aku takde betina kondem buat masa ini. Dah lama tak jual yang kondem sebab semua ibu masih produktif.

_____________________________________

Soalan ketiga.

Berapa kali  maksimum seekor induk boleh beranak?

Kalau ikut pejabat haiwan, umur 5 tahun dikira patut dipencenkan. 

Aku? Tiada lagi kambing betina yang dipencenkan secara terpaksa. Melainkan seekor yang lepas beranak kali pertama, tak beranak beranak selepas menunggu dua tahun. 

Ibu ibu yang ada masih produktif walaupun dah lebih 9 tahun umurnya. Yaa, ibu ibu original masih ada. Dari masa start bela kambing dulu. I still have 'the core'. 

Sebenarnya kambing betina tiada menopause. Selagi ada jantan, dia akan kahwin. Cuma bila semakin tua, jarak kelahiran bertambah dan bilangan anak yang muncul pada setiap kelahiran berkurang. 

Kambing yang ada capaian kepada senaman atau exercise di luar kandang akan memiliki jangka hayat lebih panjang daripada kambing makan tanggung. Jadi kambing atletik akan memiliki zuriat yang lebih banyak. Maksud lain, kambing atletik menguntungkan tuan pembiaknya.

Tapi kalau nak pencenkan juga, demi mendapatkan kadar kelahiran yang maksimum, mungkin boleh pencenkan ibu ibu kambing yang berusia 7 tahun ke atas. 

Ok. Aku rasa cukup buat masa ini. Dan aku tahu ada sebilangan rakan penternak yang tak setuju dan kurang setuju. Hmmm.... ini adalah apa yang terjadi di ladang aku. Dan sebetulnya aku tahu aku belum cukup pengalaman walaupun dah 9 tahun biakkan kambing. Jadi kalau ada yang nak berkongsi pengalaman dan memberi tunjuk ajar, dipersilakan. 

Panduan tuan puan dihargai. Terima kasih semua!

Salam hormat!









5 comments:

  1. Mana pejabat haiwan dapat maklumat umur 5 tahun kena pencenkan induk? Banyak literature cakap boleh sampai 10-12 tahun. Saya sendiri ada induk yang dah takde gigi incisors. Tak tau umur berapa sebab induk beli dgn orang kampung yang rekod.

    Selamba je masih produktif. Dah masuk 3rd parity bersama saya. Bagi saya..selagi condition body ok, pemakanan ok, susu yang dihasilkan masih mampu untuk besarkan anak. Maka masih sesuailah untuk dibiakkan.

    Kalau ikut rule 5 tahun..alamatnya kena capital intensive laa untuk buat replacement programme secara rapid. Hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. **beli dgn org kampung yg tiada rekod.

      Umur 5 tahun orang kata tengah "sedap" beranak
      .at its peak fertility.

      Delete
    2. Yaa biasanya kambing semi intensif jangka hayat normal lebih 10-12 tahun dan masih produktif (tapi dah kurang). manakala intensif 6 tahun dah nampak ketara penurunan produktiviti. sebab tu pejabat haiwan rekemen 5 tahun.

      mungkin berdasarkan pengalaman sistem intensif.

      Delete
  2. Assalamu'alaikum wr. Wb
    Perkenalkan nama saya ridwan munir
    Saya sudah beternak kambing perah jenis ettawa selama 8 tahun secara organik terintegrasi yaitu rumput untuk makanan kambing diberi pupuk kandang yang melimpah, dan diberi makanan tambahan seperti kurma, madu, habbatussaudah, kedelai dll, agar kambingnya sehat dan kualitas susunya lebih baik, lokasi peternakan kami di pegunungan salak Bogor 60km dari jakarta
    Saya berharap tuan bisa berkunjung bersilaturrahim ke lokasi peternakan saya dan lokasi pabrik untuk membubukkan susu kambing menjadi serbuk, semoga Tuan bisa berkenan berkunjung ke lokasi peternakan dan pabrik saya, jawaban dari tuan sangat kami harapkan. terima kasih wassalam www.susukambingorganik.com

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum wr. Wb
    Perkenalkan nama saya ridwan munir
    Saya sudah beternak kambing perah jenis ettawa selama 8 tahun secara organik terintegrasi yaitu rumput untuk makanan kambing diberi pupuk kandang yang melimpah, dan diberi makanan tambahan seperti kurma, madu, habbatussaudah, kedelai dll, agar kambingnya sehat dan kualitas susunya lebih baik, lokasi peternakan kami di pegunungan salak Bogor 60km dari jakarta
    Saya berharap tuan bisa berkunjung bersilaturrahim ke lokasi peternakan saya dan lokasi pabrik untuk membubukkan susu kambing menjadi serbuk, semoga Tuan bisa berkenan berkunjung ke lokasi peternakan dan pabrik saya, jawaban dari tuan sangat kami harapkan. terima kasih wassalam www.susukambingorganik.com

    ReplyDelete