Thursday, May 8, 2014

THE MIGHT OF GOD

The Might Of God


Aku sebenarnya tak minat fizik. Langsung tak minat. Kimia pun tak minat langsung. Yang aku minat sejarah dan biologi.

Tapi semenjak dengar ceramah ustad yang menggantikan Ustad 'Bollywood' yang tak dapat hadir, berkenaan pengembaraan menakjubkan baginda Muhammad SAW dalam Israk Mikraj - aku berminat dengan kosmologi dan sains fizik. Dan juga apa yang terbentang dalam AlQuran.

Aku tak akan mengkaji sampai ke tahap formula ataupun nas itu nas ini, tapi cukuplah sampai ke tahap pengetahuan am.

Dan aku fikir, kembara ilmu aku tidak sia sia. Kerana aku semakin takjub dengan kebesaran dan keperkasaan Tuhanku. Aku tidak menyangka sampai begitu hebatnya ilmu dan kekuatan Tuhanku. Dan aku terasa sungguh kerdil berhadapan dan menyaksikan tanda tanda keagunganNya.

Aku tidak menyangka yang alam semesta (universe) begitu luas dan masih tidak nampak penghujung walau pun kita memiliki pelbagai instrumen sains yang super canggih dan super sensitif.

Aku tidak menyangka yang alam semesta kita sebenarnya adalah salah satu dari sekian banyak alam alam alam alam semesta.

Aku tidak menyangka langsung, yang kita duduk dalam multiple universe.

Aku juga tidak menyangka yang alam semesta kita ada tujuh lapis. Dan kita manusia, jin, dan malaikat sebenarnya adalah penghuni lapisan pertama. Ada enam lagi lapis yang kita tidak tahu siapa penghuninya.

Sungguh aku tidak menyangka yang kita ada enam lagi shadow universe.

Aku juga tidak menyangka yang alam ghaib yang kita sangat hairankan lagi sangat takutkan selama ini (seperti alam bunian, alam jin, alam malaikat) hanyalah sebahagian dari lapisan pertama alam semesta.

Dan lagi setiap enam lapis alam semesta, atau lagi enam lapis shadow universe, rupa rupanya mereka memiliki alam ghaib masing masing.

Dan aku sangat tidak menyangka yang setiap universe dalam multiple universe memiliki pelbagai lapisan masing masing. Dan setiap lapis memiliki alam ghaib masing masing.

Dan aku sangat sangat tidak menyangka yang multiple universes itu tidak nampak kesudahannya... mereka alam semesta demi alam semesta terus berterusan dicipta dan dicipta.. dan setiap alam semesta itu dipenuhi pelbagai ragam makhluk..

Dan aku sangat sangat tidak menyangka yang saiz alam semesta kita, yang kita sangkakan begitu luas tidak berpenghujung, jika dibandingkan dengan saudara saudaranya, hanyalah bagaikan setitik air dalam lautan yang sangat luas..

Aku sama sekali tidak menyangka... yang keinginan main main aku untuk mengetahui lebih lanjut akan Isra' Mikraj membawa aku ke tahap ini.

Sungguh aku tidak menduga sampai begitu hebat sekali kekuatan dan keperkasaan Tuhanku. Padanlah semua jemaah malaikat dan makhluk kosmos tunduk ketakutan terhadap Tuhanku.


Betapa kerdilnya para manusia yang hinggap di Bumi yang terapung diam sendirian... dan bagaimana ada antara kita yang berani mengatakan Tuhan tidak wujud?..



No comments:

Post a Comment