Saturday, May 17, 2014

TERIMA KASIH KERANA PERCAYA AKAN DARAH SENDIRI!

Komen Tok Ba (Tuan Wan Ab Mutelib) dari Kelantan :

"5/3/2013, ambo beli kambing kampong betina 2ekor,16/5/2014 dah beranak 7ekor, dan sekor lagi dok tunggu nak beranak. Mungkin 1 bulan lagi beranak le. Kalu beranak 2, dah jadi 9. Ngan 2 induk selama 1tahun 3bulan dah dapat 9ekor . Fuuuuuh, HEBAT NYE DARAH KITE!.Itu lah kaji selidek ambo hoktok sekolah tinggi ni."

Terima kasih atas komen Tok Ba. 

Yang pertama sekali, syabas Tok Ba kerana turut serta menggalas cabaran meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara. Situasi keselamatan makanan negara kita semakin lemah dan kritikal. Kita perlukan sebanyak banyak pembiak. 

Yang kedua, syabas kepada Tok Ba kerana percaya seutuhnya kepada kemampuan genetik tempatan. Kebiasaannya, penternak dan pembiak baru akan dilencongkan kepada kehebatan genetik asing. 

Yang ketiga, syabas Tok Ba kerana menyimpan rekod usaha pembiakan dan juga menulis blog. Maknanya kita tidak akan bercakap kosong berdegar degar, sebaliknya berlandaskan bukti dan pengalaman. 

Baik. Berdasarkan komen Tok Ba, dari 2 ekor akan menjadi 9 ekor dalam masa setahun tiga bulan in sha Allah, menampakkan ---- kesan pengganda. Multiplier effect. Inilah formula yang dicari cari dalam sebarang usaha meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara. Kita tak nak 1 jadi 1, tapi kita nak 1 jadi 2, atau 1 jadi 3, atau 1 jadi 4, dan seterusnya. 

Kemudiannya kita tahu Tok Ba masih baru dalam usaha pembiakan kambing, dan Tok Ba juga beritahu yang dia tak sekolah tinggi. Kenyataan ini menunjukkan tahap keberhasilan penggunaan genetik tempatan dalam usaha pembiakan. Ianya mudah, ianya low input, ianya senang dibuat oleh semua lapisan masyarakat termasuk orang kampung. 

Mudah, murah, tinggi hasil. Tak pening kepala. Tak pening dengan kambing sakit macam macam. Tak pening tertunggu tunggu hasil pembiakan. Tak pening melihat input menimbun dan terus menimbun tetapi output main sembunyi sembunyi main polis sentri. 

Sebetulnya aku melihat dan berharap, semua program peningkatan pengeluaran makanan dalam negara adalah berpaksikan genetik tempatan. Darah kita, genetik kita, DNA kita - adalah kunci kepada kejayaan jangka panjang sebarang program pengeluaran makanan negara. 

Darah kita menunjukkan kemampuannya bertahan dan membiak selama ribuan tahun di mukabumi tropika ini. Selama itu pelbagai perubahan cuaca, tanah, tumbuhan dan segala cabaran telah berjaya diharungi. Darah kita sememangnya terbukti lasak dan pantas membiak.

Kembalilah kepada dasar mengutamakan genetik tempatan!

Syabas Tok Ba! Syabas kepada semua pembiak yang mengutamakan genetik tempatan!

Selamat membiak!


Tok Ba dan bapak kambingnya. Semoga usaha ternak Tok Ba semakin berjaya! (Aku main kebas aje gambar ni dari blog Tok Ba. Jangan marah ye Tok Ba!)
  

2 comments:

  1. Tak marah,tapi bapak kambing tu dahtinggal gambar je(sembelih kenduri arwah).Terima kasih kerana menghargai pandangan ambo.Ambo sangat2 menghargai apa yang Alwi,penuh ngan panduan dan ilmu.Selalu ambo beri pandangan ambo pada member seperkambingan berpandukan apa yang Alwi tulis kat blog tu.TERIMA KASIH,TERIMA KASIH,TERIMA KASIH.Harap jangan lokek ilmu perkambingan yang ada ye,ambo tak lekang ngan blog demo.Salam

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih banyak banyak kerana sudi membaca blog saya!

      Delete