Thursday, May 29, 2014

SEMALAM DI LADANG

Terlebih dahulu Alfatihah buat almarhum Sultan Perak yang merupakan alumni MCKK, dan takziah buat ahli keluarga baginda. Semoga rohnya dilimpahi rahmat Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 

Baik. Semalam aku diterjah kanak kanak dari sebuah rumah perlindungan orang kurang upaya dan terbiar dari Teluk Intan. Rumah Titian Ashraful Rohaniah. Tapi nama pendek aku panggil aje Rumah OKU. 

Bagi aku, kanak kanak di rumah ini adalah benar benar yatim piatu. Mak bapak masih ada tetapi mereka ditinggalkan. Terus ditinggalkan. Mereka tidak disayangi. Mereka tidak dihargai. Mereka dianggap tidak wujud oleh mak ayah mereka sendiri. Dan ini sangat tragik. Sangat sangat tragik. Aku tidak menyangka yang kita manusia boleh sampai ke tahap ini.

Setiap kanak kanak ini ada cerita tragis mereka sendiri, dan aku kadang kadang berair air mata dan menangis dalam hati bila mendengar kisah hidup mereka. Begitu juga dengan kisah hidup para OKU dan orang tua yang ditinggalkan di rumah perlindungan ini. 

Tuan puan pembaca, Rumah OKU ini tidak mendapat bantuan rasmi kerajaan. Sumber dana mereka adalah daripada individu dan swasta. Kesibukan pilihanraya sekarang, dengan pelbagai menteri turun naik Teluk Intan, dengan kempen parti sana parti sini betul betul berhadapan Rumah OKU ni - tetapi tiada siapa pun yang menjenguk. 

Rumah OKU ini dan penghuninya.... ditinggalkan kerana tiada kepentingan. Kanak kanak yatim piatu, OKU, dan orang tua yang uzur dianggap... kurang nilai strategik. Kurang nilai korporat. Kurang nilai politik.

Dan ini sebenarnya satu peluang yang sangat bernilai untuk kita mendapat limpahan rahmat dan rezeki dari Tuhan kita. Sebagaimana yang dirasai oleh para penderma individu pelbagai bangsa dan agama yang mendermakan sebahagian harta mereka kepada Rumah OKU yang sangat memerlukan bantuan tetapi tidak meminta minta, aku juga merasa limpahan rezeki dari Tuhan bilamana aku menafkahkan sedikit harta kepada mereka. 

Ya aku pikir Rumah OKU ini suatu peluang keemasan untuk mereka yang mencari keredaan Tuhan. Siapa siapa yang nak menderma, elok sumbang terus kepada mereka. Kalau ada wakil rakyat yang sibuk sibuk nak pungut sumbangan untuk Rumah OKU ni, tak payah layan. Mengarut aje. 

Elok kita semua direct aje bagi sumbangan. Jangan guna langsung orang tengah. Risiko tinggi sumbangan kita tak sampai pada tangan yang sepatutnya. 

Ok. Gambar gambar semalam. 

Hai! Budak budak ni sibuk main lumba lari. Kat rumah diorang takde padang atau laman nak bermain main. Jadi diorang guna laman ladang aku. Takpa takpa mainlah korang. Dan oh! Ada budak kecik umur dua tahun kat belakang tu.. Hello! Kenapa tak nak main? Takut kuda ye?

Dan kepada sapa sapa nak jadi mak atau ayah angkat kepada budak budak ni, boleh hubungi Tuan Pengurus Rumah OKU. Ada juga baby umur 6 bulan di Rumah OKU ni. Cerita baby ni aku belum korek lagi. 

Aku rasa ini kali ketiga atau keempat buat tahun ini yang ladang aku dikunjungi budak budak ahli syurga ini. 


Run Forrest! Ruuuuunnnnnnn!!!


Yang belakang ni dah pancit.. Dan aku gagal  men'cheerleader'kan dia.. aiii


Boer dua ekor tercengang cengang tengok budak budak ni lari kesana kesini


Penat eh? Nanti uncle bagi air minum


Budak budak ni suka main dengan Diego, dan Diego pun suka main dengan diorang

Tapi aku ada saspen juga bila budak budak ni datang menerjah ladang aku. Biasalah budak budak. Suka kejar kambing. Habih kelam kabut kambing dan anak kambing dalam kandang dibuatnya. Lari sana lari sini. Pehhh jangan sampai roboh kandang uncle sudahlah ye! Buahaha....


Tengah prepare untuk upload kambing ke dalam van. Aku keluarkan zakat ternakan untuk mereka. Rumah OKU ni ada bela kambing. Tapi kecik kecik ajelah. Kalau ada rakan rakan penternak yang nak berzakat ternakan, boleh juga beri terus kepada mereka. 

Lagi bagus kalau sapa sapa yang terlebih duit, besarkan kandang diorang ni. Boleh letak lagi banyak kambing.


Anak anak ini tetap gembira walau apa pun yang terjadi pada diri mereka. Betul kan? Kanak kanak adalah segembira gembira manusia, dan seikhlas ikhlas manusia. Semoga Tuhan merahmati kamu semua!


Bye! Jumpa lagi! Terima kasih kerana datang melawat uncle dan kambing kambing, kuda , ayam, itik, monyet, ikan, ..... uncle!

Ok. Itu cerita belah pagi sampai tengahari. Let see, apa yang aku buat selepas itu..


Diego cuba nak keluar. Dia tahu macam mana nak buka selak pintu pagar tu.


Ada lagi batman kat rumah aku. Aku dah buang tujuh ekor sebelum ni. Tapi datang balik.  Memang rumah aku dah jadi batcave lah. 


Donald Duck dan Daisy Duck sedang meratah pokok dalam kebun


Aku bersilat dengan ayam bengong ni. Boleh pula kepala lutut aku dipatuknya. Cinabeng punya ayam!

*Semua pelawat kena hati hati dengan ayam bengong ni. Dah ada pelawat yang kena patuk. Aku mohon maaf kepada Tuan Nordin (ayah Hariz) dari Setiu, Terengganu yang pernah di'cop mohor' oleh ayam cinabeng ni.  I am very sorry sir!


Situasi garam jilat KNZ universal multi. Cepatnya. Dah nak abis..


Situasi garam jilat SK. Macam takde apa apa je. Buahaha. Tapi aku masih prefer SK banding KNZ universal multi. 


Ooohhhh... it's a hot day!


Hellooo!


Palung makan sebelah dalam adalah 'bad idea'.


Palung makan sebelah dalam adalah 'really really bad bad idea'.


Red Fellow sedang berkira kira untuk merempit bersama dedak 50kg dibelakangnya.


Eh Red Fellow! Baik ko mengucap dulu. Mengucap banyak banyak. Sesungguhnya syurga itu dibawah tapak kaki ibumu. Eh? Ko ada mak ke?


Red Fellow sedang merenung masa depannya .... 


Red Fellow sedang bermeditasi merenung masa depannya  pada 'port' yang lebih afdal... yeah that's more like it.

Ok. Itu saja buat kali ini. Terima kasih semua!

Semoga usaha biak kambing rakan rakan pembiak diberkati Tuhan Maha Perkasa!


3 comments:

  1. Assalamu'alaikum Alwi.. Entri kali ini sangat mencuit hati.

    Betul betul menghiburkan.

    ReplyDelete
  2. Kenapa tak tukar terus garam KNZ dengan SK tu..transition period belum habis lagi ke?

    ReplyDelete
  3. Mula2 baca mmg terkesan rasa sedih dan insaf sume. Alih2 baca ttg red fellow buatkan aku gelak sampai tersembur air minum. Lawak la bro. Mmg entry yg terbaikkkk

    ReplyDelete