Wednesday, May 21, 2014

SAHAM KACANG AKAN MENAIK!

Sebelum Revolusi Industri, tahap karbon dioksida dalam atmosfera bumi ialah 280 ppm. Selepas itu, bahan api fosil digunakan secara meluas dan kini tahap karbon dioksida, pada bulan sudah, mencecah 400 ppm buat pertama kali. Akan datang, sehingga 2050, tahap karbon dioksida PASTI berada pada >550 ppm.

Selamat datang ke dunia baru yang penuh ancaman.

Dalam jurnal Nature, ada sebuah kajian Universiti Harvard US, oleh pasukan Prof Samuel Myers, dan mereka telah observasi sesuatu yang mengejutkan.

Didapati bila meningkatnya karbon dioksida, tumbuhan bijirin utama manusia (padi, jagung, gandum, kacang soya) - naik kandungan tenaga TETAPI turun tahap zat besi, zink, dan protein.

Misalnya bagi gandum yang membesar dalam kepekatan tinggi karbon dioksida - 9% kurang zink, 5% kurang besi, 6% kurang protein.

Manakala padi - 3% kurang zink, 5% kurang besi, 8% kurang protein. Jagung pun serupa. Kacang soya pun serupa, tetapi disebabkan ianya jenis legum, BUKANNYA rumput seperti gandum padi jagung, maka kadar protein tidak berubah.

Uh oh .... this is bad.

Apa yang aku nampak, makanan utama masa depan umat manusia sangat mudah menggemukkan atau mengobesitikan manusia, DAN ternakan mereka, TETAPI mengancam kesuburan dan pembiakan disebabkan kandungan zat besi dan zink yang sangat rendah.

Memanglah semulajadinya bijirin rendah zat besi, zink, dan protein (sebab itu Tuhan wujudkan upacara aqiqah dan korban, dan menyuruh kita makan daging merah - nak pastikan umat Islam cukup zat untuk tahap kesihatan dan kesuburan yang optimum - jangan anut fahaman vegan!)- masalahnya sebahagian besar umat manusia sangat bergantung kepada bijirin akibat kesukaran mendapatkan daging merah.

Dan aku juga nampak, bagi para pembiak ruminan seluruh dunia akan datang, saiz kecil dan sederhana akan menjadi lebih menarik.

Sebabnya?

Kerana rumput akan berkurang zat besi dan zink, dan kerana saiz ruminan yang kecil hanya memerlukan kuantiti rendah besi dan zink untuk berada pada tahap kesihatan dan kesuburan optimum. Yeahhh... lagi besar binatang, lagi tinggi keperluan zat zat untuk maintain metabolisme. Belum lagi peruntukan untuk pembiakan.

Yep. Kecil itu mudah dan murah untuk dijaga. Pantas pembiakannya. Tinggi daya tahannya terhadap perubahan persekitaran.

Nilai genetik baka kacang akan naik dan menaik.


Masa untuk menilai semula strategi jangka panjang industri ruminan kita!

Kalaulah baka kacang ni umpama saham syarikat dalam BSKL, maka eloklah kita semua melabur kerana potensi pulangan jangka panjang yang menarik dan menggiurkan. Akan jadi bluechip oh yeah!

No comments:

Post a Comment