Friday, May 23, 2014

PURE BREEDER - DONGENG?

I am a pure breeder. I am. 

Logiknya, aku tidak patut wujud. Logiknya, aku tidak patut survive. Logiknya, aku tidak patut hidup sehingga kini. 

Tidak, tidak, tidak. Aku sepatutnya tidak berjaya dalam industri ternakan ruminan zaman moden di Malaysia ini. 

Kewujudan aku diragui. Kewujudan aku disangsikan. Kewujudan aku tak masuk akal. Kewujudan aku... illogical.

Tetapi..

Aku fikir kalau kita ikut jalan para Rasul Allah, walau pun kita tak nampak 'reasoning', walau pun jalan itu nampak tak logik, walau pun pada mulanya kita gementar lagi waswas mengikut jalan para Rasul, walau pun semua pihak berhimpun dan meniup bertubi tubi kesangsian ke dalam telinga dan jiwa kita - ketahuilah sekiranya kita cukup bersabar, jalan itu akan bertemu kemenangan. 

Dan ketahuilah sebagaimana yang terjadi kepada AlFateh dalam usahanya menakluki Constantinople yang berlapis lapis kubunya, setelah banyak kali usaha penaklukan pemerintah sebelumnya gagal, yang ditanya ketika pemilihan panglima besar yang bakal mengetuai serangan keesokan hari - siapa yang menjaga solat fardhu dan solat sunat. 

Siapa yang paling rajin dan paling menjaga solat... Bukannya siapa yang paling berpengalaman.. Bukannya siapa yang paling banyak menang dalam peperangan.. Bukannya siapa yang paling arif dalam 'siege warfare'..

Tak logik.. memang tak logik.. tetapi kita semua tahu yang mereka berjaya mengukir sejarah menumpaskan Constantinople buat pertama kali dalam sejarah.

Mereka menang, dan mereka memilih jalan yang tidak logik.

Dan ketahuilah rakan rakan penternak sekalian, 

Aku tidak pernah menggalakkan tuan puan mengikut jalan pure breeder seperti aku. Buatlah apa sahaja yang tuan puan perlukan untuk berjaya dalam usaha ternak. Tetapi bila sampai kepada usaha membiakkan kambing pedaging - sunnah para Rasul Allah sebagai pengembala, dan digabungkan dengan kekuatan genetik tempatan - meninggikan peluang kejayaan kepada usaha biak kita. 

Dan ketahuilah rakan rakan pembiak sekalian,

Aku adalah yang paling kurang takwanya di antara rakan rakan sekalian, aku banyak berbuat dosa, aku banyak buat perkara sia sia, aku banyak bermain main, aku tidak menggunakan teknologi, aku tidak berdisiplin dalam menjaga kambing kambing, aku langsung tidak agresif dalam pemasaran - aku adalah benar benar penternak dan pembiak kambing pedaging terburuk dalam sejarah......................

dan aku masih hidup. Aku bukan dongeng.

Dan ketahuilah rakan rakan penternak sekalian,

Aku pasti dan sangat pasti, selepas ini, akan muncul generasi penternak dan pembiak kambing yang jauh lebih bertakwa daripada aku, jauh lebih berdisiplin, jauh lebih agresif dalam pemasaran...... jauh lebih berkaliber daripada aku, jauh lebih berhasil daripada aku. 

Mereka akan jadi master breeder. Mereka akan jadi tiang industri pada masa depan. Mereka akan jadi paksi kepada usaha mencapai tahap sara diri penuh. Mereka akan jadi sauh dalam usaha membebaskan umat Islam dari kebergantungan makanan kepada orang kafir. 

Mereka akan muncul... in sha Allah. 

Dan aku hanyalah permulaan.. the beginning.. the precursor.. yang tergagap gagap terbatuk batuk..

Nantikan kemunculan rakan rakan penternak dan pembiak yang bertakwa, berkaliber dan karismatik! Yang akan membawa industri ke suatu tahap baru. Yang berani berubah dan mengubah.

Bersama sama kita memacu perubahan! 


No comments:

Post a Comment