Friday, May 9, 2014

MELAWAT TERJAH RAKAN PEMBIAK : RZ BERKATJAYA FARM

Driven.

Intensely driven.
________________

Salam sejahtera semua rakan pembiak kambing!

Semalam, balik dari Putrajaya atas urusan permit pekerja (gagal!), aku sempat singgah sebuah ladang kambing di Sungai Buloh. RZ Berkatjaya. Diuruskan pasangan suami isteri warga emas >60 tahun. Tuan Haji Rahim dan Puan Hajah Zabedah. 

Ini kali kedua aku melawat. Dalam hujan. Kali pertama melawat pun hujan juga. Dan semalam aku sampai hampir sangat maghrib. Sampai sampai terus berborak lebih kurang, makan pengat pisang (yang pisangnya dibaja tahi kambing, dan satu pokok memiliki dua tandan) dan minum kopi o, dan solat berjemaah bersama Tuan Haji Rahim. 

Baik. Hj Rahim dan Hjh Zabedah pernah melawat ladang aku. Sekali. Maka kedudukan markah 1 (rz berkatjaya) vs 2 (alwigoatfarm). Kiranya aku mendahului sebab aku dah lebih lawat. (Isal Keratong Agro 4 atau 5, alwigoatfarm 0 - ahhhhhh...... aku kena melawat ladang ko isal.... wajib mat arid lissukuunn).

RZ Berkatjaya dah 7 tahun operasi. Membiakkan kambing. Dalam kawasan penduduk yang medium density dimana keliling adalah rumah jiran. Ada lebih 250 ekor kambing, dan kandang tambahan sedang dibina - marvellous!

RZ Berkatjaya tidak bersandarkan jualan livestock sahaja, tetapi membangunkan pemasaran susu dan tahi kambing. Juga buat servis sembelih, lapah, dan memasak daging kambing. (Banyak kerja tu, banyak guna tenaga. Hari hari pukul 4 ke 5 pagi dah bangun start kerja. Tapi biasalah banyak kerja banyaklah jualan dan untungnya). 

Gambar gambar  lawatan aku semalam.

Petak besar mak dan anak. Kandang RZ Berkatjaya besar sebenarnya. Aku tak dapat nak ambik gambar sepenuhnya sebab dah gelap sangat. Sistem yang diamalkan ialah sistem intensif (berkurung).  Makanan ialah campuran dedak + napier + silaj batang jagung. Napier penuh depan rumah, tapi tak cukup. Kena topup roughage - beli silaj dalam pek 25kg dari Kampung Gajah, Perak. 

Hj Rahim sanggup dapatkan bekalan silaj dari tempat yang jauh (>150km dari ladangnya) kerana isu konsistensi dari segi kualiti dan kuantiti. Dan ketahuilah para penternak sekalian! Bukan senang nak cari pembekal makanan ternakan yang reliable dan berkualiti! 

Hello auntie kambing! Sori ye saya datang ambik gambar aje. Bukan nak bagi makan..

RZ Berkatjaya menggunakan EM dalam makanan dan persekitaran ladang demi mengawal indeks 'bau kambing dalam udara'. Maklumlah keliling rumah jiran. Sapa sapa yang bela kambing dekat rumah jiran, elok sangatlah guna EM.

Anak anak jantan yang dah cerai susu. Banyak juga bilangannya..

Tuan Haji Rahim dan Puan Hajah Zabedah... driven.. intensely driven. Penternak kambing yang sangat berdisiplin dan patut sangat menjadi contoh kepada penternak generasi muda.

Ada 3 ekor bebiri dorper yang sedang dieksperimen untuk dibiakkan. Beli dari Tuan Haji Nasir Samat. Semosa Farm. 

Lagi kambing..

Jebat. Pejantan primer RZ Berkatjaya. 

Tu dia botol susu berderet deret... Sistem pemberian susu untuk anak anak kambing yang tak cukup intake susu. 

Kandang baru sedang dibina. Luas oooo kandang RZ Berkatjaya. Lagi besar dari kandang aku.

Antara penghuni kandang baru

Aku geram betul tengok mata anak kambing tu. Macam pakai eye shadow..

Pam air untuk mencuci lantai kandang dan lantai simen bawah kandang. 

Antara petak beranak..

Pasteurizer susu kambing. Made in US. $2200 seketul. Mak datuk!

Close up pasteurizer

Susu kambing keluaran RZ Berkatjaya. Terima kasih kepada puan hajah Zabedah yang hadiahkan aku dua botol susu. Anak bongsu aku suka sangat!

Tuan Haji Rahim, dan Puan Hajah Zabedah yang umurnya 62 tahun... eh sorrii! 26 tahun haa....... amacam geng penternak mudo? rasa rasa boleh lawan ko kudrat pasangan warga platinum ni?

Selamat membiakkan kambing!! Jumpa lagi!

9 comments:

  1. Wow...terangsang eden tengok post ni,Bro!! Tahniah pada Tn Hj Rahim dan isteri!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita semua pembiak! Kita semua percaya pada kemampuan darah tempatan! Kita semua benar benar menggalas cabaran meningkatkan pengeluaran kambing dalam negara!

      Delete
  2. Hebat tuan.. tahniah untuk kedua pasangan platinum!!

    ReplyDelete
  3. Ni betul-betul otai masih berbisa. Orang lelaki biasanya akan perform superbly dalam apa-apa bidang yang diusahakan bila dapat sokongan mantap dari pasangannya, yang sanggup susah senang bersama. Tahniah TH. Rahim dan PH. Zabedah.

    ReplyDelete
  4. Kalau TH.Rahim dan PH.Zabedah 62th,masih mampu berjaya, kenapa kita yg lebih muda ni tak mampu berjaya macam THdan PH?(ambo 56 doh hehehehehe!).Umur saje platinum,tapi kudrat masih macam Hercules.Selamat berjaya kepada TH Rahim dan isteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 56 mantap lagi tu tuan!

      tua tua berbisa.. peh!!

      Delete
  5. Greetings from Florida! I'm bored to death at work so I decided to
    browse your site on my iphone during lunch break. I really like the information you provide
    here and can't wait to take a look when I get home.
    I'm shocked at how fast your blog loaded on my cell phone ..
    I'm not even using WIFI, just 3G .. Anyhow, amazing blog!


    my homepage: Christian Louboutin Boots (www.abdlsites.com)

    ReplyDelete