Sunday, May 11, 2014

MELAWAT TERJAH RAKAN PEMBIAK : RIJALUDDIN

Ahad semalam, aku pergi melawat ladang kambing. Banyak juga yang aku terjah. Dan aku dapat banyak ilmu baru, dan... refresh ilmu lama. Aku akan cerita setiap ladang yang aku pergi. Satu per satu. Pelan pelan. Rilek rilek.

Semalam juga banyak rakan perternak yang telepon aku. Bertukar tukar maklumat ternakan. Jadi kepala aku sarat sangat dengan isu dan cerita kambing. Susah nak pilih mana satu cerita yang nak diketengahkan dulu. Takpe. Tenang tenang. Slow and steady.

Baik. Ladang pertama aku pergi - aku tak mahu cerita siapa dan di mana. Yeah.. pasalnya dia ni main main bela kambing. Tak serius. Lagi lama bela dari aku, tapi aiii.... Memang akan ada golongan penternak yang macam ini. Nak bela binatang, tapi langsung tak komited nak jaga. Kebajikan ternakan tak dipedulikan. Ternakan dijadikan seperti hamba abdi. Output nak tinggi tapi input tak mahu keluar. 

Cruelty to animals. Mujurlah sikit aje bilangan ternakannya.. 

Baik. Itu yang pertama. Ladang kedua aku pergi terletak dalam ladang sawit Felcra. Attaduri. Milik  Tuan Rijaluddin. Lebih kepada lembu. Tempatan. Bebiri dan ayam kampung sebagai projek sampingan. Tuan Rijaluddin sebenarnya kontraktor, dan orang rumahnya ada buka gerai menjual buah di pekan Langkap. Laki bini meniaga.

Ada dalam 3 tahun ladang lembu Tuan Rijaluddin dah beroperasi di sini. Sebelum tu dekat Kampar, dimana lembunya ada lebih 100 ekor. Tapi banyak yang mati. Sebab... lembu berteduh bawah kandang kambing. Asyik kena kencing dan tahi kambing. Aku takde pula tanya penyakit apa yang datang. Tapi tinggal 70 ekor. 

Tuan Rijaluddin buat keputusan pindahkan operasi ke sini. Sekarang lembu dah membiak. Dah lebih 100 ekor, dan banyak anak anak lembu dah dijual. Dalam masa yang sama kandang kambing dibuat. Ada dalam 40-60 ekor tapi Tuan Rijaludin jual semuanya. Sebab Felcra tanam semula. Banyak sawit muda muda, dan peserta tanam pisang celah celah sawit, dan kambing suka kacau. Jadi bila Felcra bising bising, terpaksalah jual. 

Tapi sekarang dah tinggi sikit pokok sawit. Pisang pun takde. Tuan Rijaludin masukkan bebiri pula ganti kambing. Katanya nak biakkan baka kibasy.  Lembu, bebiri, dan ayam kampung. Sebelah menyebelah. 

Tuan Rijaluddin takde masa aku datang. Dia ni umurnya dalam 40 lebih. Pertama kali jumpa dia masa aku kursus kambing di MJ Fatonah. Sekarang dia aktif juga dalam Pertubuhan Peladang. 

Ok. Gambar gambar di ladangnya. 


Kandang ayam, kandang bebiri, kandang lembu - semuanya sebaris dan bercantum. Yang hujung tu kandang ayam kampung. Yang ada palung biru tu kandang bebiri. 


Kandang bebiri di tengah tengah. Buek sendiri ajo kandangnya. Lawo tak lawo belakang kira. Bebiri buat masa ni ada 20 ekor kot. Baru masuk. Empat bulan yang sudah.  Makan tanggung. Rumput + dedaun. Pucuk ubi pun bagi. 


Aku tak banyak tahu pasal bebiri. Langsung tak expert. Geng bebiri tahu sangatlah baka apa tu.


Ekor panjang..


Hai cik mek molek!! Dah sarapan? Kalau belum, I nak belanja!


Ekor anak yang 'double color'


Dia perasap bawah kandang. Aku tak pernah perasap kandang aku..


Kandang lembu. Kosong. Lembu dua tiga hari sekali baru balik untuk jilat garam. Kebanyakan masa dihabiskan di luar kandang. Makan. Dan termenung sambil ruminate. 


Ayam kampung. Pusingan pertama. Harga jualan ayam kampung untuk sekilo berat hidup = $20. Ahhh! Lebih kurang harga berat hidup kambing. Kalau jual borong sekilo $18. Ambik masa 3 bulan untuk digemukkan sebelum dijual.

Ada satu benda yang pelik. Takrifan ayam kampung ialah = baka ayam kampung. SAHAJA. Sistem apa yang kita gunakan untuk menggemukkan ayam - tidak diambilkira. Baik berkurung atau lepas, organik tak organik, fidlot tak fidlot, kampung style atau bandar style - tetap ayam kampung. Hmmmm..... betul ke ni? Minta pencerahan daripada geng penternak ayam.


Pelita minyak diesel. Minyak tanah susah nak cari kat daerah ni. Kalau adapun, mahal sangat. Seliter $3.50. Lima biji lampu diesel ni akan dipasang setiap malam untuk ayam ayam kampung di atas. Untuk penghangat dan penghalau nyamuk. Tapikan.... asap jelaganya macam mana pula? Bahaya tak untuk ayam ayam?


Ada juga tanam cili api sikit sikit. 

Ok.  Terima kasih kepada Tuan Rijaluddin yang membenarkan aku melawat ladangnya. Terima kasih juga kepada Tuan Rijaluddin kerana usaha usaha pembiakannya yang berpaksikan darah tempatan. Terima kasih juga kerana berusaha meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara!

TQ!

Post lain hari ini : http://alwigoatfarm.blogspot.com/2014/05/melawat-terjah-rakan-pembiak-tuan-zahar.html

No comments:

Post a Comment