Thursday, May 22, 2014

KAMBING AKAN SENTIASA 'SLIMMER' DARI BEBIRI

Kambing difitrahkan untuk memanjat dan mencari makan pada  muka bumi yang sukar.  Gunung ganang. Curam cenuram. Gaung ngarai. Manakala bebiri difitrahkan untuk mencari makan pada mukabumi landai. Bukit bukau. 

Makanya kambing secara genetiknya, ada 'rock climber physique'. Bentuk tubuhnya akan slim dan ototnya kuat. Sepertimana bentuk fizik manusia yang suka panjat gunung dan batuan curam. Slim slim tapi kuat. 

Sifat 'rock climber physique' ini sangat kuat dan diwariskan kepada keturunanannya. Jadi secara genetiknya, karkas kambing tidak akan mampu menandingi peratusan karkas bebiri. 

Yaa... bebiri akan senantiasa ada kelebihan karkas yang tinggi tetapi kadar pembiakan yang sedikit rendah berbanding kambing. Manakala kambing akan senantiasa kurang peratusan karkas tetapi kadar pembiakan lebih pantas berbanding bebiri.

Kedua duanya saling melengkapi. 

Segala puji kepada Tuhan Yang Maha Bijaksana.

Selamat membiak!


Gambar kambing akrobat yang aku kebas dari blog House of Goats. Kambing secara fitrahnya adalah 'rock climber' dan memiliki 'rock climber physique'. Karkasnya tidak akan dapat menandingi bebiri tapi kelebihannya ialah kepantasan pembiakan. 

Perhatikan bentuk petak petak kandang. Struktur sebegini lebih kuat berbanding yang aku gunakan dalam kandang aku.




Kambing adalah 'ultra rock climber'. The ultimate hard core. Tengok! Mana ada pakai tali keselamatan!



1 comment:

  1. kambing berbeza habitat, berbeza nic, berbeza cara kemandirian dia......sebab tu bila kambing luar dibawa masuk....kambing tu jadi pening kepala, tak ada pokok (macam dikampong dia) nak dipanjat, tak ada bukit batu nak didaki......sebab tulah hargailah kambing tempatan. Ayoh kita biak kambing tempatan banyak2.

    ReplyDelete