Tuesday, May 20, 2014

HARI INI DI LADANG

Aktiviti belah petang tak dapat direkodkan gambar gambar kerana aku tertinggal kamera. 

Pukul 10 pagi. Getting ready for breakfast. Ada kambing yang kena deworm. Lama sangat dah aku tak deworm ni. 


Bucky the Shrub Slayer.


Woiii... pergi jagalah kambing kat depan tu. Hangpa ni main main pulak


Uh oh. Hujan lebat petir berdentum. Tapi dalam gambar still tak nampak hujan.


Diego berteduh bawah kandang kambing. Baik punya 'port' eh?


Balik balik! Hujan lebat sangat. (Pelik ah, kamera aku tak dapat tangkap gambar hujan). 


Kambing kambing kebasahan


Temon pun lenjun. Mana si Paris Hilton?


Kambing balik kandang, tetapi akan dilepaskan kembali bila hujan dah reda. Sementara menunggu hujan berenti, aku pekena kopi o dengan gembala aku. Dan... dia boleh minum kopi o segera 3 dalam 1 + gula + susu pekat. Wahhhhhh!!! Manisnya! Gula 1 kg boleh habis dalam 3 hari. Mak aihhh...

Dan dia tersenyum lebar pasal aku sedang berkira kira nak naikkan gaji dia. Kalau ada rezeki in sha Allah.


Disebabkan aku tengah 'high' akibat penangan kopi o terlebih gula yang dibuat khas oleh gembala aku, aku terlupa nak tutup pam air. Tangki overflow! Membazir!!

Ok. Cerita belah petang tak dapat disiarkan. Aku takde mood pasal tertinggal kamera. Apa pun aku nak ucap terima kasih kepada pelawat dari Besout. Wak Roqid, isteri, dan anaknya. Terima kasih kerana order kambing jantan empat ekor dengan aku. 

Semoga ketemu lagi! Salam hormat!

No comments:

Post a Comment