Monday, May 26, 2014

DITERJAH RAKAN PEMBIAK : ROSLAN

Semalam petang, dalam hujan lebat Tuan Roslan dari Cenderong  Balai datang menerjah ladang aku. Bawak adik ipar dia, Tuan Azuan yang kerja Penolong Pegawai Kesihatan Teluk Intan. Cari kambing jantan dua ekor. Untuk digunakan hujung minggu ni. 

Lebat betul hujan turun. Lama. Kambing kambing jantan aku tak dapat makan turun meragut seperti kebiasaan. 

Gambar gambar semalam. 

Basah basah macam ni banyak pacat kat sekitar ladang aku. Semua pelawat kena hati hati..








Terkebil kebil semuanya tak dapat meragut. Tak dapat makan foraj. Dan aku tak cari rumput. Kena pula hujan lebat lebat petir berdentum.

Yaaa barangkali fodder solutions atau tauge solutions berguna ketika ini. Sort of..

Ok. Terima kasih banyak banyak kepada Tuan Roslan dan Tuan Azuan kerana datang menerjah dan order kambing dengan aku semalam. Thanks!

Selamat membiak!


No comments:

Post a Comment