Monday, May 5, 2014

ALKISAH SEBUAH PROJEK KAMBING

Alkisah Sebuah Projek Kambing


2001 - 2002.

Sebuah ladang yang baru dibuka buat keputusan untuk membiakkan kambing boer. 200 ekor. Induk induk (betina betina) boer semuanya dibawa masuk dari australia. Baka tulen atau fullblood. Pada harga $2400 seekor. Pejantan $3000. Bekalan induk dan baka adalah dari ladang pembiak terpilih di Australia. Bukan main order aje. Atau main hentam. 'Stringent selection'.

Semua boer ini diimport terus. Maknanya belum masuk fasa adaptasi. (Kalau kelahiran tempatan, apalagi yang dikacukkan dengan darah tempatan - aku percaya ianya lebih stabil, lebih prestasi).

Tapi kandangnya kandang simen. Kandang bawah. Bukannya kandang kayu. Bukannya kandang atas.

Kambing makan dengan cara lepas meragut. Pagar letrik. Tiada gembala. Bawah sawit. Yang ditanam rumput guinea.

Dalam tahun pertama operasi, lebih kurang 50% induk mati. Begitu juga dengan anak anak. Banyak yang mati, dan mana yang survive kebanyakannya gagal membesar kepada saiz jualan.

Post mortem menunjukkan pneumonia. Radang paru paru. Barangkali disebabkan terlalu sejuk akibat penggunaan lantai simen. Jadi cepat cepat sebuah kandang atas menggunakan kayu dibuat. Semua kambing dipindahkan ke atas.

Kemudiannya pengurusan ladang buat keputusan untuk memperbaiki prestasi rendah baka tulen boer dengan memperkenalkan darah baru ke dalam kawanan - darah Saanen. Harapannya mortaliti anak dapat dikurangkan drastik bilamana susu induk bertambah. Dan Saanen ialah baka susu yang terkenal dengan banyak susu.

50 ekor Saanen diimport pada harga >$3000 seekor. Untuk dikacukkan dengan boer sedia ada. Ada program saanen jantan dikahwinkan dengan betina boer. Dan ada program boer jantan dikahwinkan dengan saanen betina. Dan ada juga program asal, boer jantan dengan boer betina. Semua ini untuk dibuat perbandingan.

End of story. Aku tak tahu apa yang benar benar terjadi terhadap tiga program tersebut selepas itu. Tapi aku tahu ladang itu ditutup buat sementara. Dan sekarang 'kickstart' balik menggunakan darah tempatan. Modal tinggi melangit. Jadi takde masalah survivabiliti.
_______________________________

Observasi.

Pertamanya berkenaan pneumonia atau radang paru paru. Adalah jelas kepada aku salah satu penyakit yang sering melanda bukan sahaja boer, tetapi semua baka dari zon cuaca yang berlainan dengan zon cuaca kita. Pneumonia. Mudah sangat menyerang baka baka zon panas kering dan temperate.

Kesukaran bernafas dan kegagalan pernafasan memang pasti akan merendahkan prestasi tumbesaran dan survivabiliti kambing.

Stres merentas zon cuaca akan menyebabkan sistem imun menurun dan bakteria atau virus akan mengambil kesempatan.

Dan ada satu cara mudah mengatasinya, atau mengurangkan risiko pneumonia. Gunakan lampu penghangat/inkubator. Macam ladang penetasan telur ayam.

Pneumonia (tak kisahlah bakteria atau virus) sebenarnya mudah menyerang ketika STRES akibat BEZA suhu ketika siang dan malam.

BEZA suhu yang terlalu besar akan menyebabkan risiko pneumonia akut yang mendadak. Kambing nampak elok aje terloncat loncat riang penuh tenaga duracell masa siang, alih alih besok dah gol terbongkang.

Guna termometer untuk ukur suhu kandang waktu siang dan malam. Sekiranya beza terlalu besar, maka hidupkan lampu penghangat. Biarkan anak kambing duduk rapat dengan lampu tersebut.

Bolehkah ini merendahkan mortaliti anak kambing? Ye. In sha Allah.

(BEZA suhu, dan kecepatan beza suhu, yang mendatangkan stress besar kepada ternakan. Badannya tak sempat menyeimbangkan suhu dalam badan dengan luar badan. Bukannya panas atau sejuk itu sendiri).

(Ada juga yang kata pneumonia boleh disebabkan jangkitan cacing peparu. Lungworm. Memang boleh jadi juga. Tetapi bagi mana mana ladang kambing yang gunakan kelas ivermectin atau moxidectin sebagai dewormer - patutnya takde masalah lungworm). 

Baik. Itu satu.

Kemudiannya bila kita buat fullblood, kemudian kacukkan pula - dah salah strategi pula ni. Fullblood mahal. Harga ribu ribu. Tapi bila dah kacuk macam saanen dengan boer - jatuhlah harganya.

Pelik juga, boer dikacukkan saanen. Objektif kambing pedaging dah lari.

Haaa... yang sebenarnya aku nak sampaikan, ialah - kalau kita nak biakkan pedaging, tak yah susah susah guna fullblood. Guna kacukan dari awal awal projek lagi. Senang cerita.

Kalau buat pembakaan - takpe guna fullblood. Tapi pastikan market baka kita ada access. Tak kisahlah jual retail atau kepada kerajaan.

Kalau buat susu? Yang ni aku tak pandai. Kena tanya geng susu. Diorang lagi mahirlah daripada aku bab bab ni. Diorang lagi tahu mana lagi cantik - saanen kacuk boer, atau boer kacuk saanen.

Mana satu jang yang lebih baik?


Salam hormat!


2 comments:

  1. Semalam baca post di blog House of Goat, ada sebut pasal pneumonia. Baca post hari di blog prof Alwi pun ada sentuh pasal pneumonia.

    Beberapa hari lepas blog LRGF sebut pasal susu kambing boer dan blog ni pun ada bagi ulasan tersendiri pasal susu kambing boer.

    Nampaknya dah ada interaksi antara 3 blog favourites saya ni dan saya rasa interaksi ni sangat bagus especially untuk newbie macam saya ni untuk memahami sesuatu topik. Dapat terus lihat beberapa pandangan dari sudut berlainan. Contohnya, bro Imran House of Goat ada sebut pasal simptom-simptom untuk mengenalpasti kalau sesuatu kematian tu disebabkan oleh pneumonia. Hari ini prof Alwi tambah lagi faktor-faktor yang boleh mendatangkan pneumonia dan langkah mengatasinya.

    Saya rasa budaya ilmu perkambingan kita sedang rancak berkembang. Good job otai-otai sekalian!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih zhafran di atas input tersebut. harapnya kita semua menyumbang kepada pembudayaan ilmu kambing dalam industri ternakan tempatan. tak mau dah macam dulu dulu - ayik nak menjual aje. too commercialised!

      Delete