Saturday, April 26, 2014

YESTERDAY : PETANG

Sabtu. 26 April 2014.

Masuk lewat ke ladang. Makan tengahari kat rumah dulu. Main main dengan anak anak perempuan aku dulu. Masing masing kuat membebel. Non stop. 

Ok. Apa yang aku buat semalam. Di kandang. 

No 947 beranak. Single. Kali kedua beranak. 

Retagging (pasang semula tag) No 672 yang hilang. Kacukan toggenburg.  Beranak kembar pada 19hb lalu. Masa adik adik aku kahwin. Anak betina kedua duanya. Teteknya ada bengkak sedikit. Lain macam. Aku bagi injection terramycin LA.  

Memantau keadaan No 8 Losin dan 3 anaknya yang berumur sebulan. 2 ok 1 kecik sikit. Tetek Losin ada luka dan bengkak. Mesti pasal 3 ekor anaknya yang sentiasa berebut rebut puting. Bagi antibiotik. 

Memantau keadaan No 159 Buyutih dan 3 anaknya. 2 ok 1 kecik sikit. Biasalah tu bagi 3 anak. Tetek Buyutih ok. Takde tanda luka. 

Memantau keadaan No 52 Suu Kyi dan 3 anaknya. Tiga tiga ok saiz badan. 

Retagging No 121 Heliza. Body condition sedang menurun. Inilah yang terjadi apabila kambing beranakkan dua ekor jantan yang kuat minum susu dan tiada sebarang suplemen diberikan kepada induk. Juga tiada dewormer diberikan. Tetapi Heliza adalah produktif dan sangat menguntungkan. Dua ekor anak jantannya yang kini berumur 3 bulan aku asingkan (cerai susu) hari ini demi menjaga kondisi Heliza. 

 Kembar jantan anak kepada No 268 diasingkan untuk fattening phase. Budak budak ini 'very nervous' dan 'very jumpy' semasa berhadapan dengan aku. Boleh dilompatnya dinding kandang yang tinggi 4.5 kaki.... pehhh..

Anak jantan kepada No 95 Aiwa sedang cirit. Aku bagi antibiotik. Tapi aku rasa bukan pasal kuman ni.... tapi pasal beban cacing yang terlalu tinggi. Dan aku tak pernah bagi dewormer atau suplemen dedak. Kena pula libidonya kuat semacam. Makan tak cukup. Sibuk nak kahwin aje. Jadi badannya tengah heavy stress. Cacing ambik kesempatan. aiiii.... silap bagi ubat.. (atau pun rehatkan sekejap. Jaga makan. Yeah makes more sense...)


Anak jantan kepada induk No 323 juga diasingkan untuk fattening phase. Dah pandai ikut kawanan gembalaan. Rumen pun ok. 


Diego kau buat apa sebelah kereta ni? Aaaaaa...... mesti buat nakal ni. Aku saspen betul Kalau Si Diego ni dekat dekat dengan kereta. Mesti ada benda nak digigit.


Inilah apa yang terjadi kalau aku benarkan Diego main main dekat kereta. Habih calar kereta di'autographnya!'


Ni baru betul betul ayam kampung organik. Langsung takde dedak dan sebarang ubat. Cari makan sendiri. Ulat ulat cacing cacing dan serangga yang bersarang celah celah tahi kambing bawah kandang. Konfem daging ayam ni tinggi omega 3. 

Ok. Itu sahaja buat petang hari ini. Salam hormat!

1 comment:

  1. Cantik2nye name,Oprah Whinfrey tak ada ke?, hehheheheheh.

    ReplyDelete