Monday, April 28, 2014

PROJEK WAYANG NASIONAL

Projek Boer Nasional di Pondok Tanjung dah bertukar menjadi Koridor Utara Ruminants Centre. KURC.

So ini adalah pengurusan ketiga yang menguruskan projek kambing $50 juta ni. Projek start 2009. Jadi dalam masa 5 tahun dah 3 pengurusan.

Isu saman menyaman juga sedang rancak bersambung sambung tak habis habis. Kacau bilau sungguh.

Takde stabiliti.

Sedangkan blueprint Projek Boer Nasional ialah membiakkan boer kelahiran tempatan untuk dibekalkan sebagai baka dan induk kepada penternak kambing tempatan seluruh Malaysia. Dan projek pembiakan adalah projek jangka panjang.

Dan semua projek jangka panjang perlukan stabiliti.

Perlukan masa.

Perlukan kepercayaan.

5 - 7 tahun adalah framework mana mana program jangka panjang. Masa ini baru nampak hasil yang berterusan dan berkepuk kepuk.

Dan pilihlah mereka yang mahir dan selari dengan objektif asal Projek Boer Nasional. Projek pembiakan kan. Jadi lantiklah pembiak sebagai pengurus. Koman koman pun penasihat.

Adalah input dari golongan pembiak. Asyik dengar input importer aje.


Ah pening lah Projek Wayang Nasional ni..

Projek Pembiakan dah bertukar jadi Projek Import Besar Besaran. Wayang sungguh!

Aku ni kena dibiakkan. Baru selari dengan dasar sekuriti makanan. Kalau aku asyik diimport, jawabnya..... sendiri mau ingatlah. Jangan main wayang bro!

19 comments:

  1. Maksudnya dia sebagai tempat persinggahan untuk pengimport jelah bro?

    ReplyDelete
  2. Kalau tak tahu cerita sebenar baik duduk diam

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tahu cerita sebenar, ceritalah..dah brape lame pondok tanjung tu kluar untung?

      Delete
    2. ahmad zaki, nak jwpn pergi tanya kat fb alwigoatfarm.. tuan punya badan sedia menjawab dah tu

      Delete
    3. betul..kami pembiak bukanlah anti pengimpot..aku sendiri pernah hantar memo kat KSU MOA psal pembelaan kepada pengimpot dan pembiak. Sebab aku tau pengimpot buat feedlot or fidlot wahtever. tak salah bagi aku.

      ini projek national, mesti ada prioriti sebab ia projek besar kerajaan.

      Cuma masalahnya, apa cerita kalau bab pembiakan bagi kat pengimpot buat? itu persoalan sebenar.

      betul kah pengimpot bleh buat?

      Delete
  3. La tak boleh tanya ek? Tak pelah sy tanya tuan dia sdiri la....

    ReplyDelete
  4. projek baru start dh kondem gile vavi...agak2 bro...biar projek jalan 2 3tahun dulu..baru boleh komen....
    melayu ooo melayu.....x abis2 hasat dengki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pembiak tak komen, sapa lagi nak komen?..nak bagi makcik pakcik? atau pengimpot vavi?
      p/s aku cuma copy hang punya bahasa..so cakap baik sikit..

      Delete
    2. nko ckp pengimport babi ke bro ?

      Delete
  5. Ini kes x dpt la ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe serkap jarang brother.. hangpa ingat kami macam hangpa ka..sampai meleleh air liur

      Delete
  6. Komen dan kondem tu ada beza ya.. harap blh bezakn..

    pernah ke dtg ke pondok tanjung lihat sendiri keadaan kt sana?

    Salah ke importer nk jadi breeder? Tak perlu nk berhasad dengki sesama melayu.. sepatutnya kalau dh bijak sgt buat breeding, dtg dh bg bantuan dan nasihat..

    Buangla hasad dengki tu jauh2 dr org melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la sekali sekala masuk blog alwi..boh nama sendiri la brother..tak payah pakai anon..haha..

      Delete
  7. Babi dlm negara dah terlebih dah mana ada pengimport dah.... Pengeksport ada la.... Self- sufficiency utk babi dah 121%.... Harap maklom

    ReplyDelete
  8. kihkih..smpai bab ni rmai plak peminat blog alwi ni.xyah nak gaduh2 la bro2 dan sis2 skalian..bagi masa 2-3 tahun kita tengok lah hasilnya nanti.Kalau baik Alhamdulillah kalau sebaliknya pulak..buat post mortem tnjuk sebab kegagalan utk jadi panduan akan datang,kang ada lg duk repeat bnda sama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy baca sahaja if info berguna...dan pabila ia menyentuh syarikat big bro saya maka saya dengan rela hati komen la ingin minta penjelasan dan kepastian.... untuk kebaikan syarikat dia jgk untuk masa akan datang......

      Delete
  9. kita komen ka condem ka untuk bangsa kita jugak..tak kan nak tunggu barak obama komen kot,,dia tu kapiak..tapi aku rasa dia dah komen..lepas tu orang kita salah tafsir plak...hehe.dia komen psal 'meritokrasi'..

    kita balas plak psal obama kononnya 'pilih kasih' 'dengki''... haru-haru..tu pun komen setelah dia blah dari sini..

    sorry prof, aku melalut plak dalam blok hang,,menyemak je..orang tua buat camne (muda dulu bleh gak control) hehe..

    ReplyDelete
  10. Den setuju jika kita condem mengondem, jika bertujuan untuk melakukan penilaian dan pembetulan.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih di atas input tuan puan semua! Terima kasih banyak banyak!

    ReplyDelete