Thursday, April 24, 2014

KALAU KAMBING SUSU DIGEMBALA..

(Berdasarkan pengalaman kawan aku yang belasan tahun ternak kambing susu. Sekarang dah pencen. Aku sendiri tiada pengalaman menternak kambing susu. So please beware. I can be completely, utterly wrong).

Lebih 10 tahun dulu.

"Mr Somebody" dapat 250 ekar tanah milik JPV. Kawasan bukit bukau yang sangat indah lagi sejuk. Dan Mr Somebody telah mencurahkan lebih rm 2 juta untuk setup fasiliti kambing tenusu dan agro pelancongan di situ. Jumlah kambing tenusu ada 500 ekor. Saanen. Tulen.

250 ekor kawasan bukit ini telah ditanam dengan rumput. Ada macam macam pesen rumput (tapi tiada dedaun). Setiap paddock lain rumput. Tapi kebanyakan paddock ditanam rumput guinea. Kiranya 'highly managed pasture'. Beautifully managed pasture. Bukan rumput dan dedaun liar tumbuh semulajadi.

Keep that in mind.

Saanen tulen 500 ekor ini dibiarkan bebas 'meragut' (sebenarnya grazing, bukan browsing) dalam kawasan 250 ekar ini. Ada suplemen dedak no 5811. Penghasilan susu per ekor seperti biasa yang dijangka daripada seekor Saanen yang merentas zon cuaca. 2.0 - 2.5 liter per hari. Kalau di zon asalnya boleh dapat 3.0 - 4.0 liter susu setiap hari.

Mr Somebody ada kilang mini untuk menghasilkan produk berasaskan susu kambing. Yoghurt dan keju premium. Dan Mr Somebody memiliki instrumen pemasaran yang berkuasa. Sering dapat liputan media tempatan dan luar negara. Kiranya antara penternak kambing susu tercanggih di Malaysia ini suatu ketika dahulu.

Tetapi ada satu masalah.

Susu yang dihasilkan oleh kambing susu Saanen tulen dalam ladang Mr Somebody yang indah molek ini kurang kepekatan lemak. Cair. Langsung tak lepas untuk proses penghasilan yoghurt dan keju. (Susu Saanen memang banyak berbanding baka baka susu lain tetapi cair atau kurang berlemak - jadi 'kurang best' untuk citarasa pihak pihak tertentu).

Selain itu 'somatic cell count' atau kepekatan bakteria Salmonella dan Staphylococcus juga tinggi, jadi susu Gred A kurang, dalam ladang Mr Somebody.

Erti kata lain, input tinggi untuk kambing saanen tulen Mr Somebody tidak dapat menghasilkan output yang setara, baik untuk susu mentah, apalagi untuk keju dan yoghurt. Rendah kualitinya.

Jadi Mr Somebody terpaksa rekrut kawan aku yang menternak kambing saanen kacukan yang dibela secara gembala bawah sawit. Kawan aku ada 200 ekor saanen kacukan beserta nubian kacukan dan alpine kacukan. Susu daripada kambing kacukan yang digembala inilah yang membantu 'survival' bisnes Mr Somebody.

Kawan aku masa itu kurang nama kurang reputasi. Jadi bila dapat kontrak besar daripada Mr Somebody yang bereputasi tinggi, ok jalan ajelah, janji dapat consistent sales.

Susu daripada baka susu kacukan yang digembala nampaknya lebih pekat lemaknya (creamier), dan kurang kepekatan bakteria, dan ini menepati keperluan penghasilan keju dan yogurt premium Mr Somebody.

So apa yang aku nampak, takde masalah bela kambing susu jenis apa - tulen atau kacukan. Takde masalah juga gembala tak gembala. Yang pentingnya target market, dan kita kena tahu kaedah yang sesuai untuk mencapai pasaran sasaran.

Yaa... ada pelbagai jenis pasaran sasaran. Ada customer jenis nak susu berlemak. Customer yang ni pula nak kurang lemak. Ada yang very concern dengan status organik. Ada yang tak kisah langsung. Ada yang cerewet. Ada yang tak cerewet.

Yang pastinya, pasaran susu kambing lebih kompleks daripada pasaran kambing pedaging. Kena pula tahap komersial yang target mass market. Highly competitive. Yang small scale senang sikit boleh target niche market.

Tapi biasalah bila benda dah berisiko tinggi, kalau betul caranya, pulangan pun besarlah juga. Biasa biasa..

Salam pembiak!

(Pendirian aku masih cenderung kepada : jangka panjang, baka tempatan zon cuaca masing masing pastinya memberi darjah input-output yang terbaik).




1 comment: