Wednesday, February 5, 2014

SELAMATKAN KANGKUNG!

Tiada kaitan dengan Menteri Perdana.

Bini aku buat laporan yang pasar basah tempat dia beli lauk mentah hari hari semakin penuh dengan sayur kangkung. Kangkung sana sini. Semua gerai sayur ada jual kangkung dalam kuantiti yang besar.

Baik, dalam masa yang terdesak (termasuk saat kos sara hidup melambung), produk pribumi adalah hero penyelamat. Macam kangkung. Macam kambing kampung.

Mereka mudah membiak, mereka pantas membiak, kos pengeluaran mereka rendah, boleh mampu beli oleh semua lapisan masyarakat.

Kerana kangkung dan kembing kampung memiliki ciri ciri penyelamat umat manusia zon tropika, maka aku sangat sangat berharap, nilai mereka diperhatikan oleh pihak pemerintah.

Kita semua kena perhatikan dan belajar apa yang membolehkan kangkung dan kambing kampung pantas membiak dalam cuaca tropika kita. Dan kita mesti berusaha menyimpan benih benih dan maklumat genetik mereka sebaik baiknya.

Adakah kita memiliki bank genetik untuk tumbuhan dan binatang pribumi tropika? Adakah kita memiliki pusat kajian genetik khusus? Adakah kita memiliki pusat simpanan jangka panjang (puluhan dan ratusan tahun ke depan) untuk benih benih makanan pribumi?

Aku rasa macam takde aje.

Orang luar yang kelam kabut dok simpan benih benih makanan pribumi kita. Orang luar yang dok sibuk kaji sana kaji sini maklumat genetik makanan pribumi kita. Orang luar.... yang nampak nilai tinggi makanan pribumi kita.

Kita sendiri... masih dalam ketidakpercayaan akan kemampuan dan kehebatan darah tempatan.

Dang! We are twisted! We are screwed!

Aku pikir kangkung dan kambing kampung (dan produk pribumi yang lain lain) akan jadi 'pivotal' dalam usaha memenuhi bekalan makanan untuk anak cucu kita pada masa hadapan.

Maklumat genetik yang mereka bawa dalam badan mereka, bagaimana mereka memiliki ketahanan tinggi terhadap penyakit, bagaimana mereka memiliki kemampuan membiak yang menakjubkan, bagaimana mereka boleh beradaptasi dengan perubahan cuaca semenjak ribuan tahun - semua ini akan jadi maklumat penyelamat umat manusia masa hadapan.

Selamatkan kangkung! Selamatkan kambing kampung!

Selamatkan darah tempatan!


2 comments:

  1. orang Indonesia, bagi makan kangkung kering pada bebiri dan kambing. Kangkung boleh buat Fermented Plant Juice, bagus untuk bantu pertumbuhan tanaman & ternakan.

    ReplyDelete
  2. Nama saya Yusri aisyah, i am from malaysia, dengarlah, beberapa pemberi pinjaman di sini tidak bersedia untuk membantu anda, semua mereka hanya mahu di sini adalah untuk merobek anda wang keras anda yang diperolehi. Saya dan suami saya, mendapatkan pinjaman daripada peminjam yang berbeza dalam talian tetapi pada akhirnya, kita telah ditipu dan ditipu wang kita dengan mendapatkan pinjaman kami dari syarikat-syarikat pinjaman yang berbeza dalam talian.
    Kami juga meminjam wang untuk membayar pemberi pinjaman dalam talian ini tetapi pada akhirnya, kami mendapat apa-apa.
    Suami saya dan saya berada dalam hutang, dan kami tidak mempunyai sesiapa untuk lari ke tolong, perniagaan keluarga kami telah dimusnahkan dan kita di mana tidak dapat untuk mendapatkan wang untuk memenuhi perbelanjaan harian sehingga kita telah diperkenalkan kepada Puan Glory yang membantu kami dengan menawarkan kami jumlah pinjaman tidak bercagar $ 125,000 tanpa cagaran.
    Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk mencapai Puan Glory atau mengikuti prosedur pinjaman, hubungi saya melalui e-mel saya: aisyahyu7@gmail.com
    Atau anda boleh menghantar e-mel kepada Puan Maha Suci: gloryloanfirm@gmail.com

    ReplyDelete