Monday, February 24, 2014

RENEW PERMIT PEKERJA

Aku buat sendiri permit pekerja asing. Sampai masa dah nak renew. Aku tulis kat sini sebagai ingatan untuk aku, kerana setiap tahun aku akan lupa apa prosedur prosedurnya.

Elok sebulan sebelum tamat tempoh permit atau pas lanjutan kerja sementara (PLKS), kita dah start buat. Pastikan sentiasa bawa sijil pendaftaran perniagaan dan salinannya, cop syarikat, pasport pekerja dan salinannya.

Kehulu kehilir memang ye. Dokumen hanya mengurangkan amaun kehulu kehilir justeru belanja petrol. Tapi tetap ada aktiviti kehulu kehilir.

Pergi Fomema Ipoh kata nak renew. Dia akan bagi borang untuk buat medical check up. Kita akan pilih klinik mana berdasarkan senarai yang diberikan. Bayar $180 untuk setiap pekerja lelaki, $190 untuk setiap pekerja perempuan. Dah bayar (style money order di pejabat pos tesco sebelah aeon jusco), Fomema akan keluar surat arahan medical check up.

Ada blood test, ada x ray. Tak yah bayar apa apa kat klinik. Doktor akan claim dengan Fomema. (Sapa yang control Fomema ni? Amalan monopoli ni terang terangan).

Result medical akan keluar beberapa hari kemudian. Online. Check dengan website fomema. Kalau lulus, pergi pejabat imigresen negeri di ipoh. Pejabat imigresen daerah takde kaitan, tiada kuasa.

Sebelum pergi imigresen ipoh, ni dia checklist dokumen yang kena ada. Tak lengkap atau salah isi, bye bye bye mudik kehulu kehilir lagi seperti biasa. Sebaik baiknya tepon pejabat imigresen ipoh sebelum datang, nak pastikan dokumen yang perlu ada. Tapi kan, aku puas tepon imigresen ipoh, susah bebenor nak berangkat.

Ok. Pertama. Surat memohon sambungan permit daripada majikan. Imigresen boleh bantu dengan format sedia ada.

Borang senarai pekerja yang nak disambung permit. Dapatkan di imigresen.

Bank draft atas nama Pengarah Imigresen Negeri Perak. Jumlah berdasarkan bilangan pekerja dan jenis sektor. Macam aku sektor pertanian. Setiap pekerja bayarannya macam ini - levi $410, pas $60, proses $10, visa $15 (berdasarkan kerakyatan - lain negara lain bayarannya tapi indonesia $15 je). So amaun $495 untuk setiap pekerja. Total amount dalam bank draft ialah $990 (darab 2 sebab aku ada dua pekerja).

Now, bank draft hanya boleh dibuat dimana akaun simpanan atau akan semasa dibuat. Bank Islam depan pejabat imigresen ipoh aje, tapi aku tak boleh buat bank draft sebab takde akaun. So aku berkejar ke CIMB cawangan Silibin. Buat bank draft kat situ. Personal name. Tak boleh guna nama syarikat. Guna cash. Belakang bank draft, baru tulis nama syarikat dan nombor handphone untuk memudahkan kerja imigresen.

Ok. Itu bank draft. Satu bahagian. Bahagian kedua ialah bon sekuriti. $250 bagi setiap pekerja. Buat dengan bank juga.

Tetapi aku taknak buat dengan bank. Aku terus buat bersekali dengan insuran. Senang kerja. Buat kat kaunter kecik depan pejabat imigresen ipoh. Kaunter tu koperasi imigresen punya. Dia boleh buat bon sekuriti + insuran kesihatan. Syarikat insurannya ialah MAA Takaful. Amaun setiap pekerja ialah $286. Aku ada dua, so $572.

Kena pergi pagi pagi. Sekuriti bon dan insuran ambik masa nak didaftar dan dicetak polisi. Bank draft takpe buat sehari sebelum pergi pejabat imigresen. Buat kat CIMB Langkap pun boleh.

Pejabat imigresen negeri di Ipoh ramai orang. Ramai. Memang kena pergi awal. Pergi pagi petang baru siap.

Kalau semua dokumen dah ada - surat permohonan daripada majikan, borang senarai pekerja asing yang nak disambung permit, bank draft, sekuriti bon + insuran, salinan daftar perniagaan, dan salinan pasport (PASSPORT ORI KENA BAWA WAJIB TUNJUK KAT PEGAWAI IMIGRESEN) - ok boleh dapat kelulusan sambungan permit.

Imigresen akan tampal sticker baru di passport pekerja.

Total duit untuk renew permit tahunan setiap pekerja = $180 + $495 + $286 = $961.

$961.... setiap tahun untuk setiap pekerja. Ini majikan buat sendiri, dan permit atas nama aku sendiri. Kalau buat dengan agen, bayaran ialah $1800 ke $2000.

Dan aku tanggung separuh bayaran renew permit. Biasanya majikan tak tanggung.

Menggajikan pekerja asing jadi semakin mahal sekarang. Oooiiii....

Tapi takde pilihan. Betul tak?

(alwigoatfarm adalah pembekal kambing muda, pembekal kambing aqiqah / kambing akikah, dan pembekal kambing qurban / kambing korban. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no telefon yang tertera di atas)



37 comments:

  1. Leceh jgak kejenya tu alwi..mudik ke hulu ke hilir..den xnampak byang lagi nak pkai pkerja ni.hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambik pekerja rohingya saja..asal ada kad UNHCR..

      setiap 3 tahun renew..make sure tak ade rekod jenayah..sure ok je...tak kluar modal.. kalau polis tempatan dah tau dimana ia tinggal (kalau dah biasa kena periksa sebelum tu) biasanya polis tak kacau.

      Delete
    2. rohingya bleh amik keje ke bro zaki..elok sgtler tu,den mmg cdg2 nk amik Rohingya nnti..pkrja Indonesia xkekal lama,kalu Rohingya mmg kalu bleh diorg xnak balik dh Myanmar tu..lagi senang..

      Delete
    3. Salam. Macam mana ya nak dptkan pekerja rohingya?
      hairizanjohar@gmail.com

      Delete
  2. mendapatkan quota pengambilan pekerja asing,permit kerja,emnesty, email saya. azman.westport@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Email sy or whtapp azroy_army@yahoo.com 0196131199

      Delete
    2. Email sy or whtapp azroy_army@yahoo.com 0196131199

      Delete
    3. How to renew visa for construction worker? Visa expired 20 Jan 2020...old agent already bankrupted...

      Delete
  3. As salam,
    Untuk renew permit whatsapp/sms sy 0133178323.
    Will call u back. Tq

    ReplyDelete
  4. yer mmg payah pon! SANGAT. cukup lah sekali aritoo dah tk sanggup lagi. dengan pergi embasy lagi
    menagis kau :'(

    ReplyDelete
  5. salam encik, sy ada beberapa soalan berkenaan pengambilan pekerja asing, sudi la kiranya encik membantu sy berdasarkan pengalaman encik dgn menghubungi sy utk urusan pertanyaan.. whatsapp sy 0182949054.. kerjasama encik sy hargai.. terima kasih encik.

    ReplyDelete
  6. saya ada kawan yang mempunyai temporary pass yang akan expied pada 15/3/2016. Macamana nak apply visit pass or work permit and kos

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang dah pun tamat..kawan encik anonymous ada lakukan tindakan apa2 lgi ke..kalau belum saya boleh cadangkan egensi yang dilantik kerajaan untuk mengendalikan program pemutihan PATI dibawah program 3p baru2 ni..

      Delete
  7. As salam cik.saya nak tnya pernah tak wat proses kehilangn paport pekerja asing.mcm mne proses dia yer.ade sape2 bole share?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bab kehilangan passport kebiasaannya orang dah tak pedulikan dah encik..bukan apa..sebab dah payah lagipun nak trace ke apa ke..bnyak prosidur..jadi kalau ada kes macm kehilangan / tiada passport dan cuma ada KTP..jadi memandangkan sekarang Kerajaan Malaysia dah buat Program Pemutihan PATI dibawah program 3P..iaitu termasuk warga asing yang tiada langsung dokumen seperti passport dan permit kerja..kecuali dengan syarat ada KTP atau lebih mudah paham seperti kad pngenalan warga asing itu dari tempat dia datang..alhamdulillah kalau ada mana2 warga nak buat passport dan terus buat permit kerja boleh berurusan dengan sebuah agensi ni..lokasi pejabat di Batu caves Selangor..ada hubungan terus degan JIM dan KDN..

      www.facebook.com/TunasIdenbumi
      Tel: 03 6177 3597 ( Office ) -> sebarang keterangan lanjut / pertanyaan atau keraguan.

      Delete
    2. Assalamualaikum. .office ni masih wujud ke?nak hubungi sebab ada nak bantu warga asing ni..kesian byk kali ditipu..mohon pencerahan jika agensi ni benar2 blh bantu...

      Delete
  8. Pekerja asing permit sudah mau sampai nak sambung tapi nak tukar majikan boleh tak....susah tak nak sambung????

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Nak sambung permit pekerja asing tapi nak tukar majikan boleh tak????

    ReplyDelete
  11. Nak sambung permit pekerja asing tapi nak tukar majikan boleh tak????

    ReplyDelete
  12. Boleh call utk lAnjutan pekerja asing atau nk amek baru email aimi_miyako@yahoo.com..insyallah lulus

    ReplyDelete
  13. Boleh call utk lAnjutan pekerja asing atau nk amek baru email aimi_miyako@yahoo.com..insyallah lulus

    ReplyDelete
  14. Boleh call utk lAnjutan pekerja asing atau nk amek baru email aimi_miyako@yahoo.com..insyallah lulus

    ReplyDelete
  15. Salam , saya ada buat service renewal permit pekerja ,pelbagai sektor , inshaaAllah sebelum urusan boleh jumpa saya kita bincang perkara yang berkaitan. Semua urusan kami selesaikan a to z , stamp, medical , fomema. Harga inshaaAllah berpatutan dgn cara kami uruskan. Boleh whatsapp 0177051956. Atau call direct. Trm ksh tuan puan. Salam.

    ReplyDelete
  16. renew mengambil masa hampir 1/2 tahun, bayaran yang sama di kenakan tetapi dalam masa menunggu proses renew siap pekerja tak boleh pergi mana mana pasalnya selama menunggu proses siap petmit selama 1/2 tahun, permit yang di guna sudah expired lebih baik tanpa permit lagi baik

    ReplyDelete
  17. Salam satu Malaysia
    Minit Kelulusan untuk Semua permohonan\siap dalam masa seminggu saja.call/wshp.014-5214611 jasmi(putra Jaya)

    ReplyDelete
  18. Hi saya nk tnya berkenaan visa yang dh nk tmat tempoh..apa yg sya perlu buat ye untuk renew tu?

    ReplyDelete
  19. salam awk.. nk tny... td ade ckp fomema dimonopoli oleh siapa?blh kt borak detail x? sy puna ade mslh pkerja yg mbabitkn fomema.. blh whtsup 0147171147

    ReplyDelete
  20. Saya baru nak mula Perkhinmatan Renewal Permit ni boleh tunjuk ajar tak.

    ReplyDelete
  21. Salam Sejahtera saya Orang Indonesia dan saya baru keluar dari syarikat uabg saya ikut kerja
    Saya sudah 5 tahun lebih ikut majikan(China)
    Itu hari sebelum raya 2019
    Saya try Cakap Sama Bos Saya Cakap Nak Balik Cuti. DAN Bos pun bagi Surat Cuti
    Yang Saya Haerankan Saya kan kerja dah 5 tahun lebih. Saya try cakap cuti pun. Bos x beoi Tiket. Apa lagi Bagi Bonus 1rm pun x da apa lagi habuk,,,
    Lepas Satu Bulan saya Datang jumpa Bos Fan Bos betul" Nak saya kerja lagi sama dia
    Saya dah x da minat ikut kerja dia lagi. Singkat cite
    Saya jumpa bos saya cakap elok" tapi bos pergo lari naik hilux
    Saya vall via whtspp dia jawab sikit je tu puh x berapa jelas
    Lalu saya hantar voice meses kat whtspp
    Di dah huka whtspp saya. Dan dia x reply

    Esok harinya saya dengan niat baik saya datang ofgice bincang elok" dan setelah tunggu 1/2 jam. Lalu
    Orang office kasih satu surat pelepasan
    Allhamdulillah saya ucapkan

    Permit saya mati tanggal 13/07/2019
    Saya cari agen untuk urus permit saya dan agen minta saya
    Datang office mibta sama bos fotocopt ID sama nombor seri syarikat
    Saya terkejut

    Kenapa minta itu

    Agen ckap guna bikin sambung permit saya. Tapi saya cakap. Kalai bisa tumpang lah syarikat lain

    Sepatutnya agen kan tahu

    Setelah tuh. Saya dah x hub agwn tuh


    Satu hari lagi permit saya mati
    Adakah ornag yang nak tampung saya kerja,,,,

    Swya kahu kerja apa" janji ada permit. Nanti gaji bulan" pun boleh ambil buat bayar permit pun tak apa


    Kepada sesiapa yang membutuhkan tenaga saya siapnkerua apa pun

    Sebelum dan sesudahnya saya ucapkan terima kasih

    ReplyDelete
  22. kenapa tak renew dalam MYEG. kan senang

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum,
    Saya Yazid, ada sesiapa nak buat permit @ pembantu rumah boleh contact saya. Yang passport sudah mati pun kami boleh bantu dapatkan. 0182900015

    ReplyDelete
  24. 2024 , pembantu rumah visa permit sudah tak Ada sticker Di passport ke ?

    ReplyDelete