Tuesday, February 11, 2014

LAGI PASAL BREEDLOT

Don Jenal kata lagi baik bagi kambing bagi makan foraj dulu diikuti dedak. Sememangnya kehadiran foraj dalam perut ruminan melambatkan pencernaan dedak. Jadi kecekapan penghadaman lebih baik.

Tapi sikit je. Tak signifikan sehingga memerlukan kita golongan penternak beriman sepenuhnya kepada kefahaman 'foraj dulu, baru dedak'.

Yang lebih penting ialah jadual kita atau kehendak kita sebagai penternak. Dahulukan yang itu. Bagi aku adalah maha penting kambing kambing sistem breedlot aku ni tidak sampai kepada rumah Bedah Tong Gas di hujung kampung sebaik sahaja pintu kandang dibuka. Adalah maha penting juga kambing kambing breedlot ni tidak sampai kepada kebun betik AhSeng seluar pendek singlet pagoda yang terletak bersebelahan ladang aku. Adalah maha penting juga kambing kambing breedlot ni cuma berlegar legar tak hilang dari pandangan mata aku, sebab AhFat hilux hitam ada bela 15 ekor anjing kat kebun dia yang berdekatan kubur cina, dan kubur cina dekat je ngan ladang aku.

Maha penting - jarak meragut kambing kambing breedlot aku tidak jauh.

Sebab itu aku bagi dedak dulu. Bagi kambing kambing ni kekenyangan sampai jadi couch potato. Malas nak pergi jauh jauh.

Kalau aku bagi dedak kemudian daripada meragut - alamatnya kambing aku hilang ntah ke mana. Dan... nope, aku tak nak jadi macam tu.

Ok dah nampak reason aku.

Kemudiannya cerita pasal breedlot yang dikategorikan sebagai high input - adalah berbaloi, berdasarkan keadaan tertentu.

Antara banyak banyak teknik atau sistem pembiakan kambing pedaging, aku nampak yang breedlot adalah sistem high input, dan yang paling banyak output berbanding sistem sistem high input yang lain.

Dan pastikan apa sahaja input tambahan kepada operasi pembiakan kita, mendatangkan jumlah output yang maksimal, atau pun optimal. Jangan pula output kita tak seberapa bila naikkan input. Atau jangan pula output tu masuk kategori hukum pulangan berkurangan bila kita naikkan input.

Tengok contoh pemberian botol susu kepada anak kambing. Bagi aku ini adalah kerja kerja atau input yang outputnya masuk dalam hukum pulangan berkurangan. Bayangkan kos pengeluaran seekor anak kambing yang dibesarkan secara natural adalah $90-$120. Kalau bagi botol susu, kos pengeluaran melonjak jadi $200 - $250 per ekor. Tetapi harga jualan sama je. Haaa ..... nampak tak?

Kenapa nak buat benda yang hanya mengurangkan untung? Dan kenapa nak buat benda yang banyak curi masa?

So bagi operasi pembiakan pedaging, pemberian botol susu adalah input yang tidak berbaloi. Tidak sepatutnya menjadi pilihan. Kalau operasi susu, mungkin lain pula ceritanya.

Breedlot pula, adalah input yang memberikan impak output yang tinggi. Aaa... high impact project. Jarak kelahiran lebih pendek, kambing pantas membiak kambing pantas membesar. Darjah keuntungan tinggi, dan memudahkan atau melapangkan masa kita. Berbaloilah walau pun input tinggi. (Tapi sistem breedlot ada kelemahan juga - rujuk post sebelum).

Apa pun pastikan sepasti pastinya - bila kita naikkan input, output mesti besar mesti maksimum dan.... seboleh bolehnya lebih memudahkan kerja kita.

Begitulah sifat operasi pembiakan pedaging yang cekap.


Salam pembiak! 

5 comments:

  1. Pukul 5 ptg buka kandang,pkl 7 ptg gerenti balik kandang.2 jam dah cukup untuk kambing meragut.Inilaa cara yang ambo akan guna pakai.Trimo kasih banyok2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atas asuhan sebenarnya tok ba.saing ambo ragut dalam setengah jam jah.kambing sudah kenyang.tapi downturn dia kambing tak cukup exercise la.

      Delete
  2. awal2 dah kena sebut. hahahaha.

    modal cekang, kasi langgar je breedlot ni.. kalau tak cekang, jangan buat pasal.. takut sekerat jalan je

    ReplyDelete
  3. Ye laa DCH,pellet kena ade,jangan putus.Tu le ambo tak brani lagi nak tambah2.Ambo ikut cara spt cifu Alwi tulis tu,BREEDLOT.Ambo sebenarnye tak tahu,cara yg ambo buat dah hampir setahun tu BREEDLOT namenye.Heheheeh

    ReplyDelete