Friday, January 10, 2014

ISRAFIL'S MIGHTY HORN

Tanduk Israfil. Penghujung semakin hampir.

Peringatan : Bacaan yang akan meyebabkan rasa tidak selesa kepada mereka yang konservatif.

Segala kebesaran kepada Tuhan, Pemilik alam semesta dan enam lagi lapisannya, dan Pemilik multisemesta dan setiap lapisan mereka.

Hipotesis.

Apa yang Junjungan kita ceritakan dalam pengembaraan Mikrajnya.... walaupun nampak sangat aneh dan tak masuk akal manusia..... sebenarnya tiada konflik dengan sains terkini. Bila ilmu sains semakin dalam diterokai terutamanya ilmu kosmos, fizik, quantum dan sebagainya - apa yang Nabi ceritakan adalah possible.

Ok. Sedikit intro sebelum pergi lebih dalam. 10 malaikat yang wajib diketahui sebenarnya adalah ketua. Kepala divisyen. Masing masing memiliki ketumbukan tentera di bawah perintah sendiri. Izrail sang pencabut roh adalah ketua kepada divisyen tentera malaikat pencabut roh. Begitu juga Ridhwan, penjaga syurga memerintah para malaikat penjaga syurga syurga. And so on... termasuk Israfil sang peniup sangkakala juga ada tentera tentera yang akan meniup sangkakala.

Dan Jibril adalah supreme commander kepada semua jemaah malaikat. Chief to the chief. Memiliki kekuatan luarbiasa sehingga mampu memanipulasi jirim gelap dan tenaga gelap untuk menjadikan Nabi kita galactic traveller yang terhebat dalam sejarah. Yeah, dalam Mikraj rupa rupanya Nabi kita zig zag ke seluruh penjuru alam semesta pada kelajuan jutaan warp speed dan kembara ini memerlukan amaun tenaga yang sangat besar dan tidak boleh dibekalkan oleh lapisan pertama alam semesta (alam yang kita duduk sekarang dimana cuma 4% sahaja kandungan keseluruhan alam semesta)... melainkan ada bekalan tambahan tenaga dari enam lagi lapisan alam semesta (jirim gelap dan tenaga gelap yang merupakan 96% alam semesta, dan 96% ini adalah alam ghaib yang para jin dan manusia tidak akan mampu menembusi).

Now, saiz Jibril yang sebesar planet Jupiter adalah hadis yang kuat lagi sahih. Dan saiz Jibril yang sebegini besar membolehkan manipulasi jirim gelap dan tenaga gelap dilakukan untuk menjayakan sebahagian misi Mikraj - membawa jasad Nabi pergi balik ke Sidratul Muntaha dengan selamat.

Saiz Israfil malaikat peniup sangkakala pula agak sukar ditentukan kesahihannya. Tak berapa kuat sanadnya. Tetapi berdasarkan apa yang ada, dapat dianggarkan saiz Israfil adalah lebih besar daripada matahari. Kategori 'red dwarf'. Matahari kita ialah kelas 'yellow dwarf'. Red dwarf ni dalam lingkungan 3-4 kali ganda lebih besar daripada bintang kelas yellow dwarf.

Manakala malaikat penanggung Arasy, saiznya berdasarkan keterangan hadis - hyper giant. Tidak sepatutnya wujud, tidak mampu wujud dalam alam semesta kita kerana hukum fizik alam semesta kita tidak memungkinkan kewujudan saiz hyper sebegitu. Segala teori kuantum dan fizik yang ada menyatakan, kalaulah boleh wujud pun, jangka hayatnya terlalu pendek dan matinya..... kurang 'bergaya'. Haaa tetapi lapan malaikat penanggung Arasy ni bukanlah duduk dalam alam semesta kita. Mereka diam di sebuah alam semesta yang lain. Jadi mereka tidak tertakluk kepada undang undang alam semesta kita.

Now, saiz Israfil yang sebesar 'red dwarf' walau pun kita boleh kata nampak tak mengkagumkan berbanding bintang bintang gergasi yang ada dalam alam semesta kita, tetapi implikasinya adalah sangat besar.

Bintang bintang red dwarf adalah bintang tua. Lebih tepat lagi, sangat matang. Umur alam semesta kita ialah 13.8 billion tahun. Dan saiz red dwarf, atau apa apa makhluk yang bersaiz red dwarf - menunjukkan mereka lahir serentak dengan Big Bang, dan mereka adalah penghuni terawal alam semesta, DAN mereka sekarang dalam peringkat matang, DAN mereka menunggu masa untuk mati ..... spectacularly. Absolutely spectacular.

Mana mana bintang, atau makhluk yang lebih kecil daripada red dwarf, menunjukkan mereka adalah remaja atau 'kids' dari segi umur alam semesta, dan tidak memiliki kekuatan yang cukup untuk mati dengan hebat. Manakala mana mana bintang , atau makhluk, yang bersaiz lebih besar daripada red dwarf, sebenarnya adalah muda juga, dan memiliki jangka hayat sangat pendek dari perspektif alam semesta, dan akan mati meletup tidak sehebat red dwarf.

Hanya red dwarf, atau makhluk bersaiz red dwarf, akan mati...... dengan tenaga letupan..... yang paling besar dalam alam semesta setakat ini.

Hanya red dwarf, atau makhluk bersaiz red dwarf, bila mati .... akan mampu menjadi..... supermassive black hole.

Dan supermassive black hole - ada dua jenis.

Sang Penelan. Singularity. Possible entrance into another universe. Sebagaimana Sidratul Muntaha.

Dan Sang Pemuntah. Quasar. Pemberi isyarat paling paling terang dan paling paling bertenaga ke alam semesta. Jantung galaksi. Dan isyaratnya (pelbagai sinar, radiasi, dan gelombang tenaga tinggi) boleh dikesan walau nun jauh di ceruk alam semesta.

Now, dalam Kalamullah peristiwa sangkakala yang menandakan Kiamat bermula dirujuk sebagai 'The Blast' atau pun Letupan. Fortunately, Nabi Besar kita beri maklumat tambahan, yakni sangkakala itu ialah 'The Horn' atau... Tanduk.

Semasa zaman Nabi, tanduk digunakan sebagai pemberi isyarat. Dari jauh lagi dah boleh dengar bunyi amaran. Tak perlu tunggu manusia pembawa khabar. MAKNANYA - peristiwa sangkakala ditiup, adalah peristiwa ISYARAT. Sign. Amaran.

Dari jauh di hujung alam semesta, semua makhluk dalam segenap pelosok alam semesta dan enam lagi lapisannya akan nampak atau akan dengar peristiwa sangkakala ini. Pasti dan pasti.

Ok. Cerita sedikit pasal quasar. Sebuah fenomena kosmos yang sangat berkuasa. Quasar biasanya sebuah supermassive black hole di tengah tengah galaksi. Dia memiliki tarikan graviti yang sangat kuat, mampu menelan semua jenis objek kosmos, tetapi dalam masa yang sama memuntahkan sebahagian apa yang ditelannya. Kuasa muntahannya adalah sangat sangat ekstrem. Kita boleh bayangkan kuasa muntahannya seperti berikut. Seorang pemain bola di Bumi menendang sebiji bola di sebuah padang. Masalahnya bola itu tak berhenti henti, terus ke langit, melepasi tarikan graviti bumi, melepasi planet Marikh, melepasi planetoid Pluto, melepasi Kuiper Belt.... dan masih bergerak..

Apa sahaja yang dimuntahkannya akan bergerak pada halaju hampir dengan laju cahaya, memiliki momentum super raksasa, dan memusnahkan apa sahaja yang melintas di hadapannya. Termasuk bintang bintang malah galaksi berhampiran.
Dan proses muntahan ini melampiaskan pelbagai isyarat bertenaga tinggi. Yang boleh dikesan hatta di penghujung alam semesta.

Sekarang kita pergi kepada tahun 2013. Februari - sepasukan saintis telah menemui kewujudan Large Quasar Group (LQG), sebuah super struktur alam semesta. Saintis telah mengetahui yang quasar quasar sering terdapat berhampiran, membentuk sebuah kumpulan quasar. Masalahnya LQG adalah terlalu besar, tidak sepatutnya wujud, dan buatkan para saintis bingung kerana Prinsip Keseragaman Alam Semesta telah.... luput.

Dan apa yang lebih 'mind boggling' ialah pada November 2013 - para saintis menemui sebuah lagi super struktur alam semesta yang jauh lebih gergasi dari LQG. Hercules Boriana Great Wall.

Semua kosmologis dalam Bumi sekarang tengah tergaru garu kepala sangat bingung memikirkan kewujudan dua super struktur alam semesta yang sepatutnya tidak wujud ini.

Now, aku yakin para saintis akan terus menjumpai quasar superstructure demi quasar superstructure yang lebih besar dan lebih besar. Dan hipotesis aku ialah Israfil dan tentera tentera malaikat peniup sangkakala di bawah arahannya akan diam antara salah satu atau semua superstruktur ini.

Dan hipotesis aku lagi ialah, Israfil dan para tenteranya akan menjana letupan gergasi demi letupan gergasi berderet deret yang jauh lebih berkuasa jauh lebih dahsyat daripada para quasar sedia ada sekarang. Ini kerana isyarat Sangkakala bukan sahaja akan nampak pada lapisan pertama alam semesta yang kita duduk sekarang, tetapi akan bergerak menembusi enam lagi lapisan alam semesta, dimana semua penghuni lapisan tersebut akan nampak dengan jelas sebagaimana jelasnya kita nampak peristiwa letupan tersebut.

Letupan yang akan dijana oleh Israfil tidak pernah wujud dalam sejarah alam semesta, dan ianya akan menjadi yang terkuat di mana isyaratnya akan bergerak ke semua penjuru, sampai kepada semua galaksi galaksi, bintang bintang, dan planet planet dalam tujuh lapis alam semesta.

Kita akan nampak. Kita akan dengar. Pasti dan pasti. Kita akan tahu ianya Sangkakala.

Dan menurut ulama, Sangkakala akan ditiup tiga kali. Yang pertama, pra Kiamat (huru hara dalam planet dan sekitar planet - kerja malaikat). Kedua Kiamat bermula (space-time semua tujuh lapis alam semesta akan dilipat lipat, semua galaksi bintang dan planet akan dikeronyokkan - kerja Tuhan, dan semua malaikat, setelah membunuh semua penghuni planet planet, menantikan pula saat saat kematian mereka sendiri). Dan ketiga, ketika semua kehidupan dibangkitkan kembali untuk menghadapi Hari Penghakiman. Judgement Day.

..........

Aku excited dengan kemampuan manusia sekarang dalam observasi alam semesta. Sains kosmos, dan pemahaman kita tentang alam semesta semakin maju. Tetapi dalam masa yang sama aku juga takut. Kerana apa yang diberitakan dalam Kalamullah semakin jelas.. dan semakin jelas.

Apa yang ada dalam Kalamullah adalah selari dengan penemuan terkini sains. Termasuklah kedudukan kita dalam lapisan pertama alam semesta, dan ... reluctantly.... sangkakala. The End is near. More visible.

Well, ini semua adalah hipotesis aku semata mata. Sesungguhnya Allah Tuhan Sekalian Alam lebih Mengetahui.

Salam hormat!





No comments:

Post a Comment