Thursday, November 14, 2013

CERITA SIKIT PASAL PPK



Salam. Semalam aku minum pagi bersama tuan Alias, timbalan pengurus PPK Langkap. Dia ni geng kursus aku masa pi MJ Fatonah itu hari. Dan  aku jadi ahli PPK, tapi tak aktif, dan selalu tak hadir mesyuarat. (Jangan ikut aku ye!)

Adalah molek bagi mana mana petani dan penternak untuk masuk keahlian Pertubuhan Peladang Kawasan dan aktif di dalamnya. Nak jadi ahli kena beli saham. Minimum $250. Lepas tu boleh tambah setakat mana yang mampu. Kalau tak silap aku jumlah saham maksimum dibenarkan bagi setiap ahli ialah $200,000. Kot. Kena check dengan PPK masing masing.

Kalau kita ahli yang aktif, dimana banyak ahli lain dan staf PPK kenal, almaklumlah, bolehlah kita 'push' atau 'request' untuk PPK menjalankan program dan projek (samada kecil, besar, atau juga sangat besar) yang berkaitan dengan kita. Kita juga boleh mohon pinjaman PPK yang fleksibel dari segi pembayaran balik. 

Oklah ada banyak lagi manfaat jadi ahli PPK. Aku memang sangat menggalakkan geng penternak untuk jadi ahli PPK. 

Yang paling best manfaatnya - dividen saham ialah 8% ke 10% setiap tahun. Konsisten. Maknanya kalau ada saham $100,000 - dividen untuk tahun tersebut ialah $10,000. Ok sangatlah tu. 

Hmmm aku rasa dah empat lima tahun jadi ahli PPK tapi tak pernah aktif. Masa tengah 'struggle' untuk kembangkan usaha ternak dulu memang takde masa dan tak ambil pusing aktiviti PPK. Tapi bila dah stabil sikit ni, baru aku rajin sikit jenguk jenguk pintu masuk PPK.

Tapi bukan nak dapatkan projek atau pinjaman atau memancing apa apa dana - cuma nak menyimpan (tambah saiz saham - kalau simpan cuma dapat 2% serupa dengan bank punya fixed deposit). Sikit sikit pun jadilah. 

Itu saja. Salam ternak!

1 comment: