Friday, November 15, 2013

BUAT NERNNYAGROFARM DI SARAWAK

Cerita Pasal Kambing Baka Panas Kering


Komen nernnyagrofarm di blog aku :

"Prof, sy nak tanya dua bulan yang lepas kambing sy 12 ekor beranak dan anaknya 13 ekor. Tapi malangnya nasib sy 5 ekor anak dan ibunya 3 ekor mati. Sistem ternakan sy semi intensif. Tolong Prof dapat selesaikan masalah sy."

"Baka kacukan boer dgn nubian, farel, saanen... tiada makan dedak dan hanya makan foraj liar (pelbagai rumput). Kawasan ragut ada paya dan berair selalu hujan bulan ini. Belum ada dewormer selama 8 bulan kerana mengandung sebelum ini."
_____________________

Orait. Yang pertama, aku bukan pakar baka panas kering. Pengalaman aku bela baka non tropik cuma lebih kurang 2 tahun aje. Adalah lebih baik tanya dengan geng geng pembiak baka panas kering yang koman koman dah bela 4-5 tahun. Boleh juga masuk group penternak baka panas kering di facebook. Agaknya adalah yang expert expert dalam group tu.

Yang kedua, aku nak tambah sikit cerita berasaskan pengalaman aku sendiri.

Dari segi nutrisi, baka panas kering takde masalah nak menggemuk dalam cuaca tropika kita. Aku dulu bela boer, buat cara gembala. Makan foraj aje semata mata tanpa sebarang dedak tambahan. Meragut kawasan paya basah berair. Dan memang boer boleh jadi gemuk betul. Super bulat, melebihi kambing kacukan kampung aku.

Yang tak berapa syoknya bila sampai isu pembiakan.

Baka zon panas kering tak boleh tahap inputnya sama macam baka tropika. Kita kena up sikit (ok, banyak kot) baru dapat tahap pembiakan yang memuaskan.

Baka panas kering tidak biasa dan tidak mewarisi ketahanan semulajadi terhadap parasit zon tropika. Makanya program dewormer, semburan anti parasit, dan semburan antikuman hendaklah dibuat setiap 3 bulan sekali.

Boleh guna dewormer pada ibu mengandung. Kelas ivermectin jangan guna melainkan doramectin. Benzimidazole (utamanya albendazole - bukan oxfendazole atau fenbendazole) pun boleh guna. Kelas imidathiazole pun boleh guna tetapi kena tambah bahan aktif yang boleh cover tapeworm.

Ada dua cacing yang standout dalam zon tropika - tapeworm dan flukes. Cari dewormer yang boleh bagi perlindungan terhadap dua jenis cacing ini. Penting bagi mereka yang kawasan ragutnya banyak kawasan berair atau lembap.

Aku recommend nernnyagro buat mass deworm setiap 3 bulan. Dan juga semburan antiparasit dan antikuman.

Kalau gembala, pastikan koman koman 4 jam. Baru kambing cukup makan. Kalau tak sampai 4 jam, memang kena tambah suplemen. Kalau boer, atau dorper tulen, dimana diorang ni adalah pedaging specialist, memang kena jaga betul bab nutrisi. Formula nutrisi kena betul kena cukup. Baru boleh capai potensi penuh (kenaikan berat badan).

Suhu main peranan besar dalam potensi pembiakan. Anak anak baka zon panas kering TIDAK boleh dibiarkan terdedah kepada PERUBAHAN suhu yang ekstrem pada siang ke malam hari. Guna lampu penghangat untuk pastikan kadar survivabiliti anak yang lebih tinggi.

Bagi situasi cirit birit yang sering terjadi, kena ada program cegah coccidiosis. Cocci ni parasit biasa zon tropika - protozoa. Boleh guna coccidine powder campur ke dalam air minum buat tiga hari berturutan sebulan sekali (tetapi asingkan kambing bunting daripada minum air campuran tersebut, sekali minum dah cukup bagi kambing bunting). Atau boleh guna baycox tapi ini untuk individu. Jadi leceh sikit.

Bila kambing zon panas kering, atau bukan asal tropika, nak beranak - ada program atau protokol khas yang mesti dibuat. Ada suplemen tertentu, ada injection tertentu, dan MESTI jadi bidan bila sampai waktu kelahiran. Mesti bantu. Banyak komplikasi kelahiran wujud bagi baka non tropic, atau baka besar besar.

Bila dah selesai saat beranak yang mendebarkan, kena pandai uruskan postpartum nutrition. Biasanya anak satu, tapi kena pastikan suplemen yang bantu pengeluaran susu diberikan. Pasalnya baka non tropic memang jatuh prestasi pengeluaran susu bila masuk zon tropik. Kalau anak dua - samada diasingkan dimana satu anak minum dengan maknya dan satu lagi diberi botol susu, ATAU bagi dedak khas booster susu pada tahap tinggi. Jadi maknya boleh keluarkan cukup susu untuk dua anak. Jangan guna langsung feed yang 'unproven' masa tempoh menyusukan ni.

Fuhh boleh tahan input yang nak dikeluarkan. Dan apa yang aku tulis mungkin tak tepat. Mungkin geng pembiak boer tak setuju. So lebih baik terus tanya dengan diorang. Ada lagi tu protokol protokol yang mesti dibuat, dan aku tak larat nak cover.

Hmmm baka kacukan kampung takde pula kena ikut SOP macam di atas.

Terpulanglah pada selera penternak masing masing.

Kalau bela baka eksotik, mungkin boleh dapat kontrak dengan kerajaan untuk jadi supplier sebab kerajaan cuma iktiraf baka eksotik. Tak berapa selera tengok kambing sendiri. Dan biasanya kerajaan beli pada harga yang menarik, harga yang membolehkan sapa sapa yang kelemasan boleh timbul bernafas kembali.

Kalau bela baka tempatan, boleh bernafas sendiri, walaupun harga yang kita jual biasa biasa. Tak perlu harapkan ihsan kerajaan.

Jadi terpulanglah kepada setinggi mana semangat 'freedom' atau 'independence' dalam diri masing masing. Tepuk dada tanya selera.


Terima kasih!

7 comments:

  1. Panjang nye prescription..berasap baca..

    ReplyDelete
  2. Panjang nye prescription..berasap baca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya panjang lagi SOP. ARB ada buat. Contoh terbaik ada kat BoDen. Boleh rujuk dengan diorang.

      Delete
  3. Terang lagi bersuloh...sungguh pedas bagai cili di cicah budu....good advise

    ReplyDelete
    Replies
    1. cili cicah budu? haha memang sedap tu. Favorite aku bila balik pahang dan terengganu kampung bini

      Delete
  4. Prof Alwi, Jutaan terima kasih diatas penerangan yang amat penting dan berguna diberikan kepada sy. Semoga Prof tidak jemu memberi tip-tip yang boleh dijadikan sebagai rujukan kepada semua penternak baru diluar yang amat memerlukan bantuan. Dengan penerangan ini saya akan sedaya upaya memperbaiki sistem ternakan sedia ada. Sy doakan supaya Prof menjadi penternak yang berjaya pada suatu hari nanti, sekian terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih nernny agro. harap usaha ternak tuan semakin maju dan makmur.

      Delete