Saturday, November 2, 2013

BILA AZAROL DATANG

Jam Badan Kambing


Petang semalam pukul 4 petang Azarol Nazwi datang bersama rakannya. Dari Sitiawan. Sekejap dan ringkas pertemuan. Yang aku pula pukul 4 petang, baru masuk opis (ladang lah!), dan baru je pakai 'office attire' bila Azarol tepon kata dia dah sampai.

Aku tak banyak tanya pasal Azarol. Misteri jugak dia ni. Yang aku tahu, dia ada ladang sawit. Baru tanam, dan sawit dah kira boleh lah kalau nak masukkan kambing. Yang bestnya tanah potensi ragutan dia luas. Aku tak ingat samada ladang dia dekat estet Felcra yang dah tentu beratus ratus ekar, atau sebahagian dari bekas ladang sebuah agensi kerajaan seluas 8,000 ekar. Wohoooo...

Apa apa pun, Azarol ada akses kepada kawasan ragutan yang sangat luas, jauh melebihi aku. Jadi dia ada potensi besar lagi mahsyuk ni. Bro Azarol, JV dengan aku lah hehehehe....

Anyway, Azarol perasan yang pejantan aku sedang diasingkan masa dia datang melawat. Aku terangkan yang belah petang aku bagi diorang rehat kejap, dan malam aku akan campurkan dengan betina.

Pandangan aku ialah waktu malam merupakan masa yang lebih kondusif untuk 'mating' berbanding siang. Aku fikir kejayaan persenyawaan lebih tinggi pada malam hari, ketika hormon melatonin dirembeskan dan berada pada tahap tinggi, berbanding ketika waktu siang di mana hormon melatonin berada pada tahap rendah.

Yep, hormon melatonin ada kaitan dengan hormon pembiakan yakni testosteron dan estrogen dan mana mana hormon yang sewaktu dengannya. Diorang ni semua sinergistik, sangat 'delicate' atau sensitif, dan sentiasa mencari keseimbangan. Kalau berada pada keseimbangan yang tepat, barulah prestasi pembiakan berada di puncak.

Aku ada terbaca kaitan melatonin dengan tahap kesuburan dan penuaan tapi aku dah lupa kat mana. Dan hormon melatonin ini tergantung kepada kitaran siang dan malam. Dulu ada farmaseutikal yang jual pil melatonin kononnya sebagai pil ajaib untuk melawan penuaan tetapi yang sebetulnya bukan kuantiti melatonin yang kita makan untuk mendapatkan keberkesanannya.

Tetapi kitaran melatonin itu sendiri. Badan kita, dan semua mamalia bukan 'nocturnal', memang ada 'body clock' yang automatik keluarkan melatonin, dan ianya bergantung kepada betapa banyak isyarat cahaya yang menerjah masuk pada sel sel kulit yang 'photo sensitive'.

Bila cahaya sikit (maknanya malam dah menjelma) maka automatik melatonin akan dirembeskan. Semakin gelap semakin banyak yang dikeluarkan. Bila cahaya dah semakin banyak (siang dah bermula) maka automatik kadar melatonin diperlahankan.

Now, kitaran itu yang sangat penting, bukannya kuatiti melatonin. Kitaran yang stabil. STABIL. Inilah yang memelihara keupayaan dan prestasi pembiakan.

Bila kita kenalkan cahaya tiruan (lampu) kepada diri kita atau kambing kita, maka cahaya tiruan ini berupaya mempengaruhi atau mengacau perembesan melatonin. Kitaran melatonin jadi kacau bilau. Body clock atau body rhythm jadi tak keruan. Dan ini menurunkan prestasi pembiakan dengan signifikan.

Signifikan. Bukan main main kesan lampu tiruan ni ye tuan puan. Orang dulu dulu kuat membiak ramai keturunan pasal takde lampu malam malam. Lebih lebih pun lampu pelita atau lilin yang suram aje cahayanya. Kena kita sekarang lampu terang benderang malam jadi siang. Memang lari habih 'body clock' kita dibuatnya.

Itu pasal lah testosteron rendah aje. Libido pun tak de. Kalau nak boost libido kita, tak yah telan pil kuat 10-20 biji tiap tiap malam. Lagi elok switch off semua lampu bila tidur malam, dan tidur awal pukul 10. Jaga kita punya natural body clock, yang dah ribuan tahun kekal dalam genetik manusia.

Kambing kita pun serupalah. Tak yah pasang lampu malam malam. Barulah dia produktif jadi kilang keluarkan anak anak kambing. Dan aku rasa untuk boost success rate artificial insemination untuk kambing, elok dibuat ketika malam. Bila melatonin tinggi sikit. Dan jangan terang benderang masa buat AI tu, biar suram suram romantik candlelight dinner gitu kih kih kih. Biar pening berpinar mata doktor AI tu.

Anyway, kambing setiap zon cuaca akan berbeza body clock dan prestasi pembiakan. Tropika lain, panas kering lain, temperate lain, artik lain. Dan semuanya memiliki kesensitifan yang tinggi terhadap kestabilan kitaran melatonin.

Kita bawak aje mana mana kambing merentas zon cuaca yang berlainan dengan zon cuaca asal mereka - memang kelam kabut kitaran melatonin, tunggang langgang body clock, jadi jangan harapkan kambing itu memiliki prestasi yang sama dengan prestasi asal zon cuaca asli mereka.

Its not going to happen.

Melainkan kita keluarkan input tinggi untuk mencipta suasana asal zon asli mereka. Yep high input farming. Dan ini hanya boleh dilakukan oleh mereka mereka yang ada akses kepada sumber modal yang besar. Yang kecik macam aku, jangan haraplah boleh buat.

Loan paling besar aku pernah buat pun takat $30,000. Agrobank. Masa awal bela kambing. Itu pun seksa tertonggeng tonggeng juga nak bayar balik hahahaha. Tapi aku bayar habih gak weh. Ada kawan pinjam 2 juta dana 3F terus lesap. 6 juta, 250 juta.... yang pinjam besar besar ni banyak yang lesap terus tak bayar bayar. Harapkan kita yang pinjam kecik kecik ni yang bayar.

Haaa ok ok cukuplah tu. Satu gelas kopi dah habis. Dah takde mood nak tulis lagi. Orait, terima kasih sekali lagi kepada Azarol dan kawannya yang datang melawat. Jumpa lagi!

Salam pembiak!





1 comment:

  1. Wah, Bro. Kambing pun pandai nak candle light dinner!...nak romantik. Nak gesek biola tak, Bro?? Hehehe....
    Kalau terkurung dan bergaul kat kandang 24 jam tiap-tiap hari, agaknya naik bosan juga Penjantan tu, yer Bro?? Agaknya perlu pisahkan waktu siang hari, dan jemput masuk bilik waktu malam ajerr??Ini macam cerita harem istana raja-raja zaman dulu-dulu.Kahkahkah..
    Dan satu lagi, Bilakah perlu kah kita bagi Penjantan ni cuti?? Tq, Bro.

    ReplyDelete