Wednesday, November 6, 2013

AKU KENA KIDNAP

'Goat'nap.


Kena masuk 'correction facility' di MJ Fatonah.

Patutnya hari ni aku dah ada di Kluang Johor kursus ternakan di ARB.Tapi aku dok pikir banyak lagi benda tak settle kat ladang, aku tak jadi pi. Alih alih PPK Langkap tepon bagi notis pendek untuk hadir kursus ternakan kambing di MJ Fatonah, Kuala Selangor.

Siap ada pegawai pengiring lagi, tuan Alias dari PPK Langkap. Macam paksa aku pergi ajo hahaha. Aku pun dok kira kira boleh la juga pi MJ Fatonah ni. Dalam 130km dari tempat aku. Kira boleh lah. Takdelah jauh sangat tinggalkan ladang dan anak bini.

Orait. Pasangan suami isteri encik Mohd Jamil dan puan Fatonah rupanya rajin juga baca blog aku. They recognized me, and they know my doctrine. Well aware of the doctrine, or ideology that I am carrying. Tapi kali ni aku bukan nak cerita pasal aku, tapi nak cerita pasal usaha ternak diorang.

Aaa ada banyak cerita, termasuklah cerita cerita sensasi masa berborak santai dengan diorang tapi yang sensasi sensasi ni aku tak mau ceritalah. Bahaya. I'll just keep it to myself.

Hmmm cerita dulu pasal financing. Business financing. Pembiayaan modal bisnes MJ Fatonah masa mula mula start dulu. Aku pikir menarik juga.

MJ Fatonah ni pasangan suami isteri sebaya. Dua dua engineer, buat komponen kapal terbang dan mesin. Biasaklah engineer. Pressure tinggi. Bos tekan, orang bawah pun tekan. Kepala pening, buat keputusan berhenti makan gaji. Bela lembu. Gabungan gaji dua dua masa tu adalah $15,000 sebulan. Umur 35 tahun. Tahun 2005.

Modal awal $370,000. Sendiri punya. Beli tanah 2.5 ekar kat Teluk Penyamun $83,000. Kandang $30,000. Lembu $100,000. Bakinya buat modal pusingan.

Tapi tak cukup!!

Nasib baik masa ni zaman Tun Abdullah Badawi. Ada banyak dana disediakan. Diorang pinjam MARA dan pinjam Agrobank. MARA bagi $250,000 manakala Agrobank bagi $360,000.

Now aku nak cerita sedikit pasal pinjaman yang MARA sediakan kepada usahawan ternak Melayu masa tu.

Syarat pinjaman pertanian MARA adalah mudah dan tidak membebankan. Bagi pinjaman pertanian $250,000 yang macam MJ Fatonah mohon, cagaran yang diperlukan cuma 10% nilai pinjaman. Maknanya $25,000 je.

10% je tuan puan...

Atau, kalau tak nak guna cagaran, boleh guna penjamin. Dan gaji penjamin cuma $7,500 sebulan sudah cukup untuk buat pinjaman bernilai $250,000. Hmmm....

Dan MJ Fatonah bayar balik bulan bulan $4600 kepada MARA. Dah settle? Yep pinjaman dah selesai. Cepat. Sebabnya MARA offer rebat atau diskaun 30% nilai pinjaman untuk mana mana peminjam yang nak bayar cepat.

Wooohoooo.... bestnye. Kalau aku tahu dulu, aku tak buat agrobank. Aku mohon pinjaman MARA aje. Aaaaa..... ketuk kepala kat dinding 1000X dang dang dang!

Tapi sedihnya MARA dah stop pembiayaan pertanian sebegini pada awal 2009. Oh man! Why why why?

Now masuk pula cerita agrobank. MJ Fatonah dapat loan $360,000. Bulan bulan kena bayar $4,000. Belum settle lagi tapi sedang berjalan baik. Tiada tawaran diskaun pinjaman untuk selesai cepat pinjaman.

Sekarang MJ Fatonah tengah berkira kira untuk pinjam 1 juta lagi daripada Agrobank untuk besarkan usaha ternak diorang. Asalnya nak pinjam $500,000 ajo tapi agrobank punya syarat yang buat diorang terkedu.

Bayangkan kalau nak pinjam $500,000, cagaran mesti $500,000 juga. Tapi nilai pinjaman yang dapat cuma $340,000 atau 60% nilai cagaran. Apa benda syarat macam ni weh?? Ini pinjaman untuk orang planet bumi ko atau pinjaman untuk makhluk asing dari planet Kepler 22b?

Pening aku dengar syarat macam ni. Anyway selepas rundingan tahap negara negara G7, Agrobank 'relent' dan setuju besarkan nilai pinjaman. Maknanya cagaran $500,000 tapi nilai pinjaman boleh dapat sejuta. Haaa baru nampak betul sikit, ada gaya nak tolong golongan petani dan penternak. Tak gitu jang?..(pinjam loghat tuan es emdi hehehe)

So itu saja buat masa ni. Ada lagi taklimat kursus selepas ini. Terima kasih buat tuan Jamil dan puan Fatonah yang bagi 6 kali makan sehari untuk aku dan rakan rakan sekursus (masukkan kitorang dalam program fidlot ka? hahaha), dan ketelusan dalam bercerita. Tapi yang tak bestnya, MJ Fatonah tak cukup caffeine supply. Merana orang caffeine addict atau caffeine junkie macam aku ni.... boleh tak tambah elaun kafein untuk peserta kursus, tuan puan MJ Fatonah?


Anyway thanks for the great time!


2 comments:

  1. Kursus tentang apa, Bro?? Interested juga nak join lain kali, kalau relevan kat operasi LRGF.

    ReplyDelete
  2. tabik lah.

    Master breeder pun pergi kursus!

    ReplyDelete