Tuesday, October 1, 2013

SURAT TERBUKA KEPADA SEMUA BAKAL PENTERNAK KAMBING

SURAT TERBUKA KEPADA SEMUA BAKAL PENTERNAK KAMBING

Salam hormat.

Sesungguhnya aku telah lali dengan ketidakpercayaan bakal penternak kambing kepada para penternak dan pembiak kambing berpengalaman. Aku tahu mereka sangat teruja untuk terjun dalam industri dan orang pertama industri mereka akan jumpa ialah para importer, sebagaimana yang terjadi kepada aku dan rakan rakan penternak suatu ketika dahulu.

Bakal penternak sudah pasti akan mendengar nasihat para importer, dan akan memberikan para importer kedudukan istimewa dalam program penternakan mereka.

Dan seperti biasa bakal bakal penternak, dalam keterujaan mereka, akan memberi tindak balas negatif bilamana mereka terjumpa pembiak berpengalaman yang memberi nasihat jauh berbeza. Bakal penternak akan menuduh para penternak dan pembiak berpengalaman, sebagai penuh hasad dengki, kolot, minda terjajah, dan tidak pandai mengambil keuntungan yang terhidang di depan mata.

Ini bukan soal hasad dengki kepada saudara sebangsa, samada India Melayu dan lain lain bangsa, tetapi soal survival industri jangka panjang. Tiada agenda bangsa dalam pertempuran ideologi pembiak kambing dengan importer kambing.

Ketahuilah bakal penternak sekalian,

Para importer, apa bangsa sekali pun, utamanya apex importer dan sekutunya, telah mematahkan ribuan tengkuk para penternak yang ikhlas menyahut cabaran meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara. Adakah kita hanya mahu suasana industri dimana : para importer dua tiga kerat, terus hidup sihat dalam industri; manakala ratusan dan ribuan penternak dan pembiak kambing terkulai layu saban tahun?

Adakah ini keadilan? Adakah kita akan berdiam diri? Adakah bila kita bersuara menentang kezaliman, kita akan dituduh penuh hasad penuh dengki kepada kejayaan orang lain?

Dan aku tahu inilah harga yang mesti dibayar untuk mendapat keadilan dan mendedahkan kebenaran. Dan ketahuilah wahai bakal penternak, kebenaran akan menerbitkan dirinya sedikit demi sedikit apabila kita semakin lama dalam industri.

Wahai bakal penternak kambing sekalian,

Adakah kita berbangga dengan status Malaysia sebagai pengimport kambing terbesar dalam rantau Asia Tenggara ini? Adakah kita berbangga bila kita mengimport sebanyak banyaknya kambing orang kafir untuk ibadah umat Islam di Malaysia ini? Adakah kita berbangga dengan kambing feral yang direject, ditolak, dan dianggap sebagai perosak oleh orang kafir - golongan anti Tuhan dan Tiga Tuhan, untuk digunakan dalam korban kita kepada Allah Tuhan yang Satu, dan untuk digunakan dalam aqiqah anak anak kita yang disayangi?

Dimanakah harga diri kita sebagai umat Islam? Dimana harga syahadah kita? Dimana harga laungan Allah Maha Besar di saat mata pisau bertemu urat kambing?

Adakah kita akan membiarkan orang kafir yang merendah rendahkan Tuhan kita, terus tersenyum sinis geli hati melihat kebergantungan kita kepada mereka?

Wahai bakal penternak kambing sekalian,

Jadilah detektif. Siasatlah blog blog penternak kambing terdahulu, yang telah senyap menyepi. Telitilah posting posting mereka, dan tanyalah mereka. Baka apa yang mereka gunakan, sistem apa yang digunakan, adakah mereka bermain jual beli kambing import, adakah wujud letusan penyakit dan kematian dalam kawanan kambing mereka, adakah mereka mampu menghasilkan kambing pedaging pada satu dinar.

Tanyalah sepuas puasnya. Nescaya kita boleh banyak belajar daripada kesilapan mereka - yang biasanya bermula saat mereka bermain kambing import.

Wahai bakal penternak kambing sekalian,

Pergilah kepada blog blog dan facebook para importer pula. Saksikanlah betapa banyaknya 'link dan like' penternak baru dalam website mereka. Dan betapa banyaknya juga 'link dan like' yang telah mati. Tetapi langsung tiada 'link dan like' kepada para penternak dan pembiak kambing yang berjaya dan berpengalaman. Tiada. Tiada sebarang 'link' kepada mereka yang masih hidup membiak walaupun sekian lama dalam industri.

Sebaik sahaja seorang penternak berjaya dalam pembiakannya, sebaik sahaja seorang penternak berjaya menghasilkan kambing pedaging pada harga mampu satu dinar tanpa perlu bergantung kepada produk dan servis para importer ini, mereka para importer akan terus shut down, atau black out sang penternak.

Sang penternak dianggap suatu ancaman, dan kejayaan para penternak tidak boleh dan tidak akan digembar gemburkan. Malah dianggap sesat dan tidak boleh dijadikan contoh kepada bakal penternak atau penternak baru.

Para importer mahu mindset penternak terus bergantung kepada mereka. Mereka akan katakan operasi pembiakan adalah mustahil berjaya. Lebih baik bergantung kepada bekalan kambing yang mereka sediakan.

Wahai bakal penternak kambing sekalian,

Burulah para penternak dan pembiak tulen yang telah lama dalam industri. 5 tahun, 8 tahun, 10 tahun, 12 tahun, 20 tahun - dengarlah pandangan mereka. Mereka perlu diburu, kerana kewujudan mereka cuba dihapuskan atau dipadam padam oleh para importer. Dan aku pasti, sangat pasti, pandangan mereka jauh berbeza bagai langit dan bumi dibandingkan pandangan para importer.

Kita akan tahu siapa sebenarnya yang berjuang untuk kebaikan industri, dan siapa yang berpura pura berjuang untuk industri.

Wahai bakal penternak kambing sekalian,

Ketahuilah semua negara pengeksport kambing tidak membenarkan kambing diimport sewenang wenangnya ke dalam negara mereka. Australia, South Africa, New Zealand, Thailand, Indonesia malah Myanmar sekali pun tidak membenarkan kambing diimport. Syarat mereka sangat sangat ketat. Hanya kualiti baka, dan dalam kuantiti yang sangat sedikit, dibenarkan dibawa masuk. Mereka benar benar menjaga industri kambing tempatan mereka.

Ketahuilah bagaimana Australia dalam saat awal projek pembangunan boer, hanya membenarkan embryo transfer boer afrika selatan dilakukan. Dan kambing boer yang muncul dari embryo transfer itu dikuarantin selama 10 tahun sebelum dibenarkan membiak ke dalam kawanan kambing di Australia. Australia sangat sangat risau dan mengambil langkah berjaga jaga dengan kehadiran kambing asing.

Tetapi kita di Malaysia, membuka pintu seluas luasnya kepada kebanjiran kambing kambing import. Kita adalah hab, kita adalah pusat, kita adalah syurga kambing kambing imigran. Tapisan kita sangat longgar sehinggakan kambing status reject atau sampah berleluasa diluluskan kewarganegaraan mereka.

Dan letusan demi letusan wabak penyakit terus menghantui industri ternakan Malaysia. Membunuh dan membankrapkan sekian ramai penternak selama puluhan tahun. Berterusan menggagalkan cabaran memenuhi tahap sara diri. Dan sesungguhnya zaman kita adalah zaman paling sukar di mana banyak rakan rakan pembiak seangkatan telah terbunuh dan mudah terbunuh.

Wahai bakal penternak kambing sekalian,

Ketahuilah apabila kita berhenti mengimport, nescaya semua orang berlumba lumba menjadi penternak dan pembiak. Situasi serius 'undersupply' yang tercipta akan sangat sangat menggalakkan tumbuh membiak suburnya kreativiti - bab membiak dan penggunaan sumber tempatan, dalam usaha kita mengejar pengeluaran untuk memenuhi permintaan.

Industri akan dipenuhi peserta peserta kreatif, yang akhirnya akan menghidupkan kembali, bernafas kencang sebagaimana ikan yang tercungap cungap masuk kembali ke dalam air, dan memecut laju ke ufuk baru yang penuh cahaya.

Ketahuilah yang kita boleh capai tahap sara diri, dan eksport, apabila kita berani berhenti mengimport sebagaimana yang dilakukan oleh semua negara pengeksport ternakan.

Wahai bakal penternak kambing sekalian,

Ketahuilah bahawasanya hanya pembiak pedaging yang percaya kepada kehebatan darah sendiri, dan mengikut jalan pengembala sebagaimana yang ditunjukkan oleh para anbiya' - mampu bertahan kukuh di sebalik keruntuhan industri.

Percayalah yang Tuhan tidak mempersiakan kejadian darah yang membesar daripada tempat tumpahnya ia. Dan percayalah yang Allah akan memelihara jalan para rasulNya.

Sesungguhnya kepercayaan kepada darah sendiri, dan kepercayaan kepada jalan para anbiya' - akan membebaskan diri kita daripada kebergantungan kepada pihak lain. Kita akan bebas untuk berfikir, bebas berkata kata, dan bebas bertindak.

Kita tidak lagi melihat kambing peliharaan kita dengan mata kasar, tetapi kita melihat dengan mata hati. Kita akan nampak kebenaran, tiada lagi kepalsuan yang melilit.

Bebaskanlah diri kita daripada importer. Bebaskanlah diri kita daripada belenggu penjajah.

Setiap penternak kambing berhak akan kebebasan.

Bebas!

Terima kasih.

Yang benar,

Sang Pembiak.

8 comments:

  1. penternak2 baru memang macam tu, nak cari yang nampak senang buat duit je, long term tak fikir. tak tahu nak beza mana yang hak dan batil. nak buat breeding, tanya orang trading, macam timur dengan barat je pendapat dia.

    saya selalu syorkan penternak baru untuk jumpa dengan prof Alwi, jumpa dengan prof, tukar2 pendapat & bertanya. at least saya dah tunjuk jalan bunga ros, batang berduri, di hujungnya bunga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana satu Don yang betul ni? Don Capra Hircus, ke Kapten Don Jenal?

      Betul lah tu.

      Yang nak untung short term ni yang cepat tumbang. Yang sabar buat long term akan dapat menuai hasil.

      Delete
    2. hahaha.. it's the same man.

      Delete
  2. http://nernnyagrofarm.blogspot.com/October 2, 2013 at 5:00 AM

    Sy setuju dengan hujah Prof Alwi, inilah dasar kerajaan memberi peluang kepada pengimport bermaharajarela dalam penjualan kambing dan mengekplotasi penternak baru. Alasan kerajaan memberi kebenaran adalah kerana penternak tidak dapat menyediakan supply dengan mencukupi dan harga yang murah. Sy berpendapat satu cara mengekang perkara ini berlarutan adalah dengan menubuhkan persatuan penternak kambing. Persatuan berkuasa menetapkan segala urusan berkaitan dengan penternakan kambing secara keseluruhan dalam negara. Dengan ini penyagak-penyagak pengimport dapat dihapuskan atas desakan persatuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat macam indonesia. terus haramkan import. terus berkembang biak industri ternakan. siap boleh eksport. siap pedajal lagi si australia kih kih

      Delete
  3. kak sokong...dulu kak baru2 ceburi terkapai2 jugak; bagaimana nak bina kandang, nak bagi mkn kambing, nak bagi kambing sihat........masa tu takde rezeki berjumpa alwi, bila dah jumpa, kak rasa membiak kambing nie senang kalau kena caranya....local blood (or cross), enviroment semulajadi (mengembala) dan yang penting adalah kawasan atau lokasi kandang......Alhamdulillah.....sekiranya kita nak membuat keputusan atau nak sesuatu, minta dan pohonlah pada Allah swt. Itulah kebetulan lokasi kandang kak dibelakangnya ada sungai besar, adalah tempat mengembala, Allah swt beri rezeki bertemu blog Alwi, Allah swt ilhamkan mengembala ditepi sungai....Alhamdulillah, Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya biak kambing itu senang cerita sebenarnya. tahniah kak nooraini kerana menurut jalan yang sama dengan para anbiya'. semoga usaha kak bertemu kejayaan

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete