Wednesday, September 18, 2013

KENAPA ADAM DAN HAWA DIPISAHKAN

Dari segi sains. Aku tak sentuh aspek lain.

Bagi sesiapa yang membaca Kalamullah perlahan lahan merenungi setiap patah perkataan, dan memiliki sedikit ilmu kosmos, akan terbit hipotesis demi hipotesis yang mengejutkan. Gelombang demi gelombang kejutan.

Syurga Adam dan Hawa ketika mula mula dicipta ialah sebuah planet. Yep, planet. Planet batuan, dalam lapisan langit pertama. Planet yang mungkin kita boleh nampak dan rungkaikan misterinya dengan teknologi cerapan yang lebih baik. Mungkin juga planet Venus yang bersebelahan Bumi kita, mungkin juga planet Marikh, atau mungkin juga mana mana planet dalam sistem bintang lain.

Harapnya pencerap Kepler dan pencerap akan datang, TESS, dan pencerap pencerap pemburu planet selainnya, akan dapat memberi sedikit petunjuk kepada kita.
_____________________________________

Ketika Adam dan Hawa 'crash landed', atau terhempas ke Bumi beserta Iblis, mereka masing masing terpisah sangat jauh. Memakan masa 40 tahun sebelum bertemu kembali di Padang Arafah, suatu acara yang kita raikan sebagai anak cucunya setiap kali musim haji.

Ada sebab menarik kenapa Allah pisahkan Adam dan Hawa sebegitu jauh sebegitu lama. Jauh. Lama.

Ok kita perhatikan, Adam dicipta keseorangan. Kemudian Hawa dicipta dari tulang rusuknya. Secara asasnya, dari segi sains, Hawa ialah klon.

Klon. Salinan yang sempurna. Tetapi berbeza jantina. Dan sains belum mampu memahami apalagi menghampiri teknologi ini.

Dan kalau kita perhatikan, semua makhluk makhluk lain yang Tuhan jadikan, adalah berpasang pasang. Contohnya lembu atau kambing. Kambing dicipta di bumi dengan jantan dan betina. Sepasang. Dan ada pasangan lain. Mungkin 4 pasangan, mungkin 8 pasangan, wallahualam. Tetapi yang penting ialah berpasangan. Multiple pairs.

Maknanya semua makhluk lain memiliki diversiti (kepelbagaian, kekayaan) genetik yang cukup untuk membiak sebaiknya - kurang risiko inbreeding.

Tetapi Adam seorang, dan Hawa ialah klon. Genetik serupa. Tidak cukup diversiti, atau mungkin juga tiada diversiti - risiko inbreeding sangat sangat sangat tinggi. Kegagalan pembiakan sangat mudah terjadi.

Sebab itu di syurga asal Adam dan Hawa, mereka tidak membiak, mereka tidak berkahwin, tidak melahirkan keturunan walaupun syurga mereka terlampu banyak sumber. (Dan ada ulama yang mentafsirkan pohon khuldi sebagai senggama atau seks).

Apa apa pun kita tahu Adam dan Hawa tidak berketurunan di syurga asal, tetapi di Bumi barulah mereka membiak. Setelah terpisah begitu jauh dan lama. Di mana masing masing keseorangan, mengalami pengembaraan yang menakjubkan, beradaptasi dengan cuaca dan topografi yang berbeza, bertarung dengan saat saat cemas berhadapan binatang buas dan mungkin juga hominid, dan akhirnya bertemu di Arafah.

Aku katakan di sini, keupayaan fizikal Adam dan Hawa sebagai manusia pertama di muka bumi adalah sangat sangat sangat menakjubkan. Survivabiliti mereka di Bumi yang sangat asing, berbeza dengan syurga asal, adalah benar benar di luar dugaan. Pengembaraan yang mereka alami sebaik terhempas di Bumi adalah suatu pengembaraan sangat historik. Pengembaraan kedua terhebat setelah Isra' Mikraj.

Ok. Sains di sebalik pengembaraan hebat Adam dan Hawa itu.

Saintis genomik mendapati walaupun secara asasnya, genome 7 billion umat manusia sama sahaja, tetapi keupayaan mutasi manusia adalah sangat pantas berbanding makhluk lain. Maknanya adaptasi manusia pantas kepada cuaca dan persekitaran. Maknanya lagi - persekitaran kita mampu mengubah atau mutasikan gen, menjadikan ia kaya dengan varian.

Aaa kita boleh umpamakan 7 billion umat manusia ni, dari segi keserupaan genetiknya, adalah rumah teres yang seragam. Atap sama, pintu sama, layout dia sama, bilangan tingkap sama - cuma bentuk tingkap yang berbeza. Hmmm boleh mula nampak kot ni.

Bentuk tingkap yang berbeza inilah yang kita panggil varian. Ada tingkap bulat, ada tingkap empat segi, ada segitiga, ada bubuh langsir kuning hijau merah pelbagai. Haaa inilah maksud aku. Cuaca dan persekitaran mengubah tingkap tingkap ini kepada pelbagai bentuk. Jadi nampaklah diversiti, nampaklah sedikit perbezaan.

Kalau makhluk lain, rumah teres juga. Bentuk sama, atap sama, layout sama, tapi pintu dan tingkap berbeza berbeza. Lebih banyak varian. Lebih banyak mutasi. Lebih diversiti.

Sekarang ini penting. Sangat penting. Sedikit beza, sedikit varian, sedikit mutasi - sudah cukup untuk mengurangkan risiko inbreeding dengan drastik.

Sebab itulah Adam dan Hawa terpisah jauh. Tuhan mahukan mereka membuat persediaan yang cukup, memiliki status jasmani pada sepuncak puncaknya, dan memiliki cukup variasi dalam genome mereka - sebelum mereka dibenarkan membiak melahirkan kita semua. Breeding vitality.

Dan tahap breeding vitality, dan mutasi genetik, yang dimiliki Adam dan Hawa, terima kasih kepada perpisahan 40 tahun mereka - adalah berada pada peringkat yang sangat mengkagumkan - di mana mereka berterusan mewariskan sifat mampu biak kepada generasi demi generasi umat manusia sehinggalah generasi akan datang. Dan breeding vitality ini mampu mengelakkan kesan buruk inbreeding buat bergenerasi.

Fuhhh sekarang kita boleh nampak sebab musabab peristiwa perpisahan Adam dan Hawa dari segi sains. Kesimpulannya, aiseyman banyak juga kesimpulan ni, aku ambik yang penting aje lah:

Pertamanya, risiko inbreeding lebih besar buat manusia berbanding makhluk makhluk lain. Kerana manusia dicipta satu, sebenar benarnya. Berbeza dengan makhluk lain yang dicipta 'multiple pairs'. Justeru kurang risiko inbreeding.

Keduanya, walaupun genome manusia betul betul serupa pada awalnya, tetapi mutasi hasil perubahan cuaca dan persekitaran membantu mencipta variasi dan diversiti. Dan sedikit variasi sudah cukup mengelakkan situasi inbreeding depression.

Ketiganya, bila kita mengembara ke mana mana tempat di bumi, cuaca dan persekitaran akan mutasi genetik kita pada kadar lebih pantas, pada darjah lebih besar berbanding makhluk makhluk lain. Adaptasi kita lebih cepat.

Keempatnya, makhluk lain termasuk ternakan kita - kambing - akan ambil masa lama untuk adaptasi bila merentas zon cuaca. Pasalnya. Tuuu.. yang aku cerita kat atas tu. So mana mana makhluk yang merentas zon cuaca akan jatuh breeding vitality. Susah nak membiak.

Dan, setakat itu sahaja lah buat masa ini. Terima kasih kerana sudi membaca. Bye!

*Saintis genomik mendapati breeding vitality manusia dah mula surut. Keupayaan pembiakan dah menurun. Kita tidak lagi pantas membiak seperti dahulu. Bukan sebab ubat, bukan sebab penyakit, bukan sebab banyak chemical dalam kehidupan harian kita - tapi disebabkan 'genetic timer'. Setiap kali membiak, setiap kali muncul generasi baru, setiap kali itulah berkurangnya breeding vitality. It tapers off.

Kita semakin hampir ke penghujung hayat spesis kita. Tetapi Kiamat akan mendahului kita.

Anyway, terima kasih kepada Adam AS dan Hawa AS kerana perjuangan legenda mereka semasa mula mula mendarat di Bumi. Kita semua terhutang budi kepada mereka berdua. Semoga Allah senantiasa mencucuri rahmatNya ke atas mereka.


Salam!

1 comment:

  1. Bagus bahasan ilmiah di sini..mohon share tuan..utk kita sama sama fikirkan ttg hal kejadian alam yg maha luas..

    ReplyDelete