Thursday, September 19, 2013

DINGO YANG ANEH

Anjing yang tak suka menyalak.
______________________________

Anjing liar australia. Anjing feral. Semuanya warna kuning emas. Dan dipercayai berasal daripada satu anjing betina. Satu.

Ye. Semua dingo di australia sekarang berasal dari satu anjing betina. Ini kes ekstrem inbreeding. Wujud kesempitan genetik. Tetapi masih elok membiak, berketurunan seluruh australia, dan mendapat status spesis.

Dingo adalah suatu contoh inbreeding tahap ekstrem tetapi masih memiliki survivabiliti yang mengejutkan. Inbreeding tidak akan menyebabkan kematian spesis, atau kacau bilau dalam pembiakan. Sesuatu spesis masih boleh membiak baik walau wujud inbreeding.

Sama seperti yang aku terangkan sebelum ini - ada beberapa langkah yang diambil untuk mencergaskan kolam genetik walau pun terhad.

Dingo kuat berjalan, banyak mengembara. Jadi perubahan cuaca dan persekitaran memberi sedikit mutasi kepada genome. Justeru wujud sedikit variasi. Dan sedikit variasi sudah cukup baik mengurangkan risiko buruk inbreeding depression.

Selain itu, dalam sesuatu kawanan dingo, yang dibenarkan membiak hanyalah jantan alpha dan betina alpha. Jantan paling kuat, dan betina paling fit. Kedua duanya yang paling puncak jasmaninya. Betina lain lain dalam kawanan tersebut hanya tolong membesarkan anak anak jantan dengan betina alpha.

Ye, pembiakan memerlukan stamina, fitness, dan conditioning. Baru keturunan kurang masalah. Baru senang mengandungnya, kelahirannya, dan survivabilitinya.

Kambing kita pun serupa. Fitness kena tinggi. Baru boleh dapat kidding rate tinggi. Baru dapat prestasi baik pembiakan. Inbreeding hanyalah faktor kecil yang terlalu ditakuti dan menjadi taboo.

Hmmm... zaman Nabi Nuh, ketika super banjir melanda, semua haiwan dalam kapal Nabi Nuh adalah sepasang. Dan mereka semua masih baik membiak walaupun induk asalnya sepasang sahaja. Masih berketurunan meluas walau wujud inbreeding.

Kenapa kita takut sangat inbreeding ye?

Barangkali dah sampai masanya kita pertimbangkan balik banyak pandangan konvensional. Bagi aku yang penting, untuk status pembiakan pedaging cemerlang - pejantan dan induk kena fit dan tahap nutrisi baik. Isu inbreeding ni jangan dibebankan kepada para penternak kambing pedaging terutamanya yang baru. Pening kawan tu dibuatnya.

Kandang kecik aje, tapi habih semua jadi partition banyak sangat petak. Pasal nak elak kahwin itu kahwin ini. Banyak protokol. Haha kesian kesian..

Kita mudahkan. Biak itu mudah saja.

Kambing je pun. Pedaging pula tu.

Salam!







1 comment: