Saturday, September 21, 2013

BILA ROMBONGAN OKU DATANG

Aku pandang rombongan anak anak yatim piatu dan orang kurang upaya yang datang ke ladang aku sebagai suatu penghormatan besar. Aku pandang mereka lebih mulia lebih VIP lebih barakah daripada rombongan menteri sultan selebriti.

Tapi mereka datang mengejut. Dan aku tidak membuat sebarang persediaan. Jadi aku rasa ralat, apalagi tidak dapat menunaikan hajat utama tuan punya rumah OKU - meminjam seekor kambing pejantan. Aku punya kambing jantan semua dah abis. Tinggal yang kecik kecik baru cerai susu.

Aku biasa dengan rumah OKU ini. Setiap tahun akan bagi beberapa ekor kambing, dan berhasrat meneruskan tradisi ini in sha allah. Dan aku ingin berkongsi dengan tuan puan akan cabaran yang dihadapi dalam menguruskan rumah OKU ini.

Rumah OKU ni tidak mendapat bantuan kerajaan. Semuanya poket sendiri dan sumbangan orang ramai yang prihatin. Ada lebih kurang 70 individu yang menghuni rumah ini - kebanyakannya anak terbuang, cacat, tua, dan sakit mental. Situasi rumah perlindungan OKU ini adalah lebih urgent, atau higher priority berbanding madrasah atau sekolah tahfiz.

Jabatan Kebajikan Masyarakat pun ada rujukkan 20 kes ke rumah OKU ni. JKM tak dapat handle, jadi minta bantuan rumah OKU ni. Macam macam kes yang kritikal - sebabnya rumah perlindungan inilah satu satunya rumah sebegini di daerah ini. Rumah lain semuanya anak yatim atau madrasah. Tetapi walau pun JKM minta tolong, tapi rumah OKU ni tak dapat pun dana dari JKM. Kan pelik macam tu?

Kemudian isu wakil rakyat. Wakil rakyat yang baru ni datang melawat sekejap sangat. Tak sampai 5 minit. Tak salam dan beramah mesara pun dengan penghuni. Janji macam macam tapi sampai sekarang apa benda pun takde. "Janji Ditepati" lah konon.

Dan yang lebih skandalnya ialah penyelewengan kutipan derma oleh wakil rakyat dan konco konconya. Rumah OKU ini bagi kebenaran untuk wakil rakyat dan pembantunya untuk mengutip derma atas nama rumah OKU ni. Tapi semua bantuan dan derma itu tidak sampai ke tangan yang sepatutnya. Semuanya masuk kantung wakil rakyat. Lubang pecah bila banyak individu bertanyakan rumah OKU ni ada ke sumbangan yang mereka berikan kepada wakil rakyat sampai ke tangan mereka.

Rupanya bukan rumah OKU ini sahaja yang jadi mangsa wakil rakyat, tetapi semua rumah anak yatim dan madrasah yang memberi kebenaran kepada wakil rakyat menggunakan nama mereka untuk kutipan derma. Ini bukan "Rakyat Didahulukan" tetapi "Rakyat Dibahamkan".

Wakil rakyat rupanya Jerung Rakyat.

Jawatan wakil rakyat diidamkan bukan untuk berkhidmat kepada masyarakat, tetapi berkhidmat kepada diri sendiri. Takde integriti langsung. Macam mana nama boleh lepas dalam senarai calon pilihanraya? Parah parah. Elok panggil SPRM siasat wakil rakyat ni.

Kemudian, dari segi layanan kerajaan kepada rumah OKU ini juga berbeza banding dahulu masa berlokasi di Selangor. Di Selangor bila ramadhan waktu buka puasa jadual rumah OKU ni sesak dengan jemputan keraian. Semua VIP sibuk datang cari bagi sumbangan terus kepada rumah OKU ni. Tapi di sini sambutan begitu dingin sedingin benua antartika.

Aduh la sedih betul tengoknya.

Harapnya keadaan akan berubah semakin baik. Tapi kan, kalau dok harap aje, mana jadi tak? Kena ada aktivitism, ada nampak pergerakan nak berubah, bukan dalam hati aje.

Jadi aku bermula di sini, dalam blog dan facebook aku sendiri, aku dedahkan togelkan kebobrokan yang berlaku. Whistleblower. Tapi tak cukup nyaring. Well... jadilah buat permulaan.

Kepada semua rakan ternak, sekiranya ada kambing jantan yang boleh dibuat pejantan, dan berbesar hati untuk menyumbang kepada rumah OKU ni, bolehlah contact aku. Nanti aku bagi no telepon terus hubungi pentadbir rumah. Dan juga sesiapa nak bagi sumbangan dalam bentuk tunai dan lain lain, (aku tengah terfikir mungkin kita boleh upgrade kandang kambing rumah OKU ini), adalah sangat sangat dialukan.

Semoga kita semua golongan penternak kambing menjadi golongan yang memberi, bukannya golongan yang meminta minta.


"Kerajaan yang hebat diukur pada layanan kepada rakyat terbawah, bukannya layanan kepada pemerintah".

No comments:

Post a Comment